Monday, May 7, 2007

MESYUARAT AGUNG CAWANGAN BERMULA

(Dari kiri; Wakil Bahagian bersama Ketua Cawangan Bandar Bukit Puchong (Sdr Zawavai), Timbalan Ketua Cawangan (Haji Esa), dan Pengerusi Tetap Cawangan (Haji Rahman)
(Sebahagian daripada Perwakilan Cawangan yang hadir)

(Selaku Wakil Bahagian berucap kepada Perwakilan Cawangan Bandar Bukit Puchong, Sabtu lalu)


Bulan ini cawangan UMNO di seluruh negara masing-masing sibuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Ia adalah forum bagi anggota-anggota UMNO daripada peringkat akar umbi untuk berhujah mengenai hal ehwal parti dan pelbagai isu.

Bagi Ketua Bahagian, EXCO Bahagian dan AJK UMNO Bahagian, hari-hari sepanjang dua bulan ini (terutama hujung minggu) adalah hari yang sibuk untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Biasanya AJK Bahagian akan hadir memantau mesyuarat berkenaan bagi mewakili bahagian. Mereka akan disertai wakil-wakil Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian untuk membuat laporan ke peringkat bahagian.

Dan dalam keadaan tertentu wakil-wakil bahagian dikehendaki merasmikan mesyuarat berkenaan mewakili Ketua Bahagian, walaupun ia tidak diperlukan dalam peraturan mesyuarat.

Namun mesej daripada wakil bahagian adalah penting, kerana ia suara dan pandangan bahagian terutama yang menyentuh dasar parti dan isu-isu semasa, sama ada tempatan, nasional atau antarabangsa.

UMNO Bahagian Puchong misalnya yang mempunyai lebih 80 cawangan telah memulakan siri Mesyuarat Cawangan sejak 1 Mei lalu. Bilangan cawangan yang mengadakan Mesyuarat Agung bertambah pada hujung minggu.

Pada peringkat Mesyuarat Agung Cawangan, pada tahun-tahun yang tidak melibatkan pemilihan pucuk pimpinan, perwakilan perlu memilih wakil cawangan ke Mesyuarat Agung UMNO Bahagian. Mereka juga perlu memilih wakil bahagian yang dicalonkan ke Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Putra, PWTC.

Mesyuarat Cawangan perlu diadakan sebelum Mesyuarat Agung UMNO Bahagian. UMNO Bahagian Puchong menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh mesyuarat.

Senerio yang sama juga berlaku ketika Mesyuarat Agung UMNO Bahagian. Pada peringkat ini wakil perhubungan negeri akan dihantar bagi memantau atau membuat laporan Mesyuarat Bahagian. Wakil perhubungan negeri adalah terdiri daripada Ketua Bahagian yang terpilih bersama ahli-ahli jawatankuasa bahagiannya.

Biasanya perasmi Mesyuarat Agung Bahagian terdiri daripada kalangan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

4 comments:

AkaZukii ChaCha said...

memang ada gaya, mutu keunggulan menjadi ahli politik cik loksz :-)

. said...

Selamat meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Jangan lupa Agenda Melayu -- bukan untuk dibibir, tetapi dilaksanakan.

Lenggong Valley said...

Selepas meja berita di TV3 kini berjuang untuk UMNO di alam maya...bagus tu, Lokman.
Semoga berjaya.

Senang-senang lewatilah blog saya di http://huluperak.blogspot.com

Aziz Ahmad Shariff: bersama di meja berita dulu tapi mungkin kini kita kini di perbatasan berlainan...

LEKLOOK said...

Terima kasih semua. Saya ahli politik kerdil, perlu bimbangan tetapi sudah nampak banyak lurah di depan dan kaca bertaburan. Terima kasih Nurul, Norizan dan sahabat lama saya Aziz Ahmad Shariff. Walaupun di perbatasan berlainan perjuangan tetap sama.

Terima kasih.