Saturday, May 19, 2007

KLIP VIDEO PERKAHWINAN RAJA MUDA PERAK

(DYTM Raja Dr Nazrin dan Tuanku Zara)
(Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim)


KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bernama hari ini menjelaskan bahawa ia tidak mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat telekomunikasi untuk menawarkan klip video perkahwinan Diraja antara Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim.

Mengulas laporan akhbar mengenai tawaran sebuah syarikat telekomunikasi mengenai istiadat itu, Pengurus Besar Bernama Datuk Azman Ujang berkata pihak pengurusan Bernama tidak pernah memberi kebenaran untuk menyiarkan klip video itu menerusi peralatan mobile atau Internet.

Beliau berkata Bernama memohon maaf terhadap sebarang kekeliruan yang berbangkit daripada tawaran yang tidak pernah dibuat ini.
-- BERNAMA

No comments: