Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
LUAHAN UNTUK IBU TIRI
(Terjemahan saya dari blog seorang FOLLOWER. Sekadar untuk renungan bersama.)
Kira-kira empat tahun sudah berlalu. Ibu meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Kini saya terasa kesunyian.
Setelah beberapa bulan ibu meninggal, ayah berkahwin dengan seorang janda. Sebenarnya seorang janda muda yang tidak pernah mempunyai anak dalam hidupnya dan tidak mempunyai pengalaman langsung untuk menjaga anak.
Dia kemudian hadir dalam hidup kami, tiga anak yang membesar dan seorang suami baru.
Selepas ayah memperkenalkannya kepada saya dan adik-beradik lain, tiada terdetik dalam hati saya untuk menganggap dia seorang perempuan yang tidak baik. Ini kerana sebelum mengahwini ayah, dia melayani saya dengan baik. Saya tahu itu semua muslihat untuk menarik perhatian supaya saya menghormatinya dan sebagainya.
Tetapi saya tidak dangkal untuk terpengaruh dengan semua itu, namun saya masih bersikap seperti biasa. Saya tidak menunjukkan rasa marah dan berperlakuan tidak beradab.
Selepas dia mengahwini ayah, keadaan semakin buruk. Dia mula menekan ayah, tetapi ayah tidak berbuat apa-apa kerana ayah seorang lelaki yang penyabar. Dia menguasai semua yang ada di rumah, kewangan kami malah perkara-perkara kecil mengenai saya.
Saya kira semua perlakuan ibu tiri yang ditonjolkan dalam filem tidak benar. Tetapi rupanya ia benar-benar berlaku terhadap diri saya.
Suatu hari selepas saya menamatkan pengajian sekolah menengah, saya berkata kepada diri saya, "saya bersedia untuk berperang.".
Saya mula menentang tindakan perempuan itu, semua yang diperkatakannya menjadi TIDAK kepada saya. Saya tidak menuruti apa yang dipertuturkannya. Malah jika dia menekan ayah, saya akan melawan.
Tapi sekarang, saya sudah letih untuk melawan. Tindakan itu pernah membuatkan saya rasa puas tetapi bukan lagi sekarang. Kini saya perlu menjaga hati ayah.
Setiap kali kami bertengkar, saya dapat merasakan ayah bersedih. Air muka kesedihan ayah menyebabkan saya berasa tidak gembira.
Saya jadi duka dan menjadi lebih marah, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Saya cuba untuk belajar memaafkannya. Kini saya sedang membina masa depan saya untuk keluarga....ini tidak bermakna saya tewas.. Tunggu dan lihat....

RASIONAL GANTI MiG-29N
Oleh AZMI HASSAN (Utusan)
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pihak Kementerian Pertahanan sedang meneliti perolehan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) dari empat negara pengeluar iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Itali dan Sweden sebagai ganti kepada pesawat pejuang sedia ada iaitu MiG-29N.
Pengumuman tersebut yang dibuat pada 28 Oktober lalu telah mengesahkan bahawa perkhidmatan pesawat tempur MiG-29N dari Rusia yang sedang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia akan ditamatkan pada penghujung tahun 2010. Pada ketika ini TUDM mempunyai 16 pesawat MiG-29N yang berpangkalan di Kuantan.
Keputusan menggantikan MiG-29N tersebut menarik perhatian ramai bukan sahaja kerana kos yang tinggi tetapi juga ia bakal merubah senario penguasaan udara rantau Asia Pasifik.

Sememangnya tidak dapat dinafikan setiap pembelian aset pesawat tempur sudah pasti akan menelan perbelanjaan yang tinggi dan keputusan yang dibuat itu sudah pun dikaji dengan mendalam.Perolehan 18 pesawat pejuang Sukhoi SU-30 MKM sudah pasti menarik perhatian kerana ia melibatkan perbelanjaan yang agak besar iaitu sebanyak RM3.42 bilion. Tetapi kos yang tinggi tersebut dengan mudah dapat mengimbangi kepentingan strategik pemilikan SU-30 dalam konteks pertahanan dan kedaulatan negara.
Jika ada pihak yang masih mempertikaikan perolehan SU-30, suara tersebut hanyalah merangkumi golongan minoriti.Jika ada pihak yang mempertikaikan penggantian MiG-29N, ia banyak berkisar kepada logik bahawa pesawat tersebut masih boleh digunakan kerana usia penggunaannya oleh TUDM baru menjangkau 20 tahun.
Menggunakan dalil tersebut pihak berkenaan juga telah menghujahkan bahawa keputusan penggantian MiG-29N itu bakal menguntungkan pihak tertentu yang sering berurusan dengan Kementerian Pertahanan.
Sememangnya boleh diterima bahawa MiG-29N masih mempunyai peranan dalam TUDM tetapi sepanjang dua dekad operasinya, pesawat tersebut banyak mendatangkan masalah terutama sekali berkaitan dengan kos baik pulih.
Secara puratanya kerajaan terpaksa membelanjakan sehingga RM260 juta setahun hanya untuk senggara 16 MiG-29N iaitu satu nisbah kos senggara per pesawat antara paling tinggi di dunia.
Pada pembentangan Bajet 2010 yang lepas, Angkatan Tentera Malaysia menerima peruntukan yang agak terhad untuk urusan operasi dan pembangunan pertahanan negara.
Peruntukan pembangunan pertahanan tahun 2010 sebanyak RM1.9 bilion umpamanya adalah jauh berkurangan jika hendak dibandingkan dengan tahun sebelumnya sebanyak RM2.3 bilion.
Tambahan pula dengan perolehan dua kapal selam Scorpene, sudah pasti kos operasi aset Angkatan Tentera Malaysia akan naik dengan begitu mendadak.
Malaysia tidak boleh mengambil pendekatan doktrin pertahanan Singapura umpamanya kerana Angkatan Tentera Singapura (SAF) mampu menyusun strategi pertahanan mereka dengan begitu rapi kerana mempunyai peruntukan tahunan yang agak lumayan sehingga mencapai 6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik tersebut.
Perolehan aset pertahanan SAF tidak kira sama ada melibatkan pesawat pejuang, kapal selam atau helikopter tempur, lazimnya tidak mengambil endah kos yang bakal ditanggung kerana peruntukan pertahanan Singapura membenarkannya.
Setiap keputusan perolehan aset hanya mengambil kira satu faktor, iaitu kepentingan strategik yang mampu menjamin kedaulatan negara tersebut.
Sebab itu keputusan menggantikan MiG-29N dianggap sebagai dasar yang strategik bukan sahaja untuk kepentingan menjamin kedaulatan negara tetapi juga untuk memastikan bahawa perbelanjaan sama ada untuk operasi atau pembangunan pertahanan digunakan sebaik-baiknya. Membelanjakan sebanyak RM16 juta setahun untuk operasi satu pesawat MiG-29N adalah tidak berbaloi kerana keupayaan pesawat tersebut jauh ketinggalan berbanding dengan SU-30.
Jika diteliti dari sudut strategik pula, gandingan pesawat pejuang SU-30 dengan MRCA yang bakal dibuat adalah begitu menakjubkan tidak kira MRCA tersebut dari AS, Perancis, Itali atau Sweden.
Kemampuan SU-30 sahaja dapat menandingi malah melebihi kemampuan yang dimiliki oleh jet pejuang canggih buatan AS seperti F-22 Raptor. Malah tidak keterlaluan jika dinyatakan jet pejuang AS yang lain seperti F5, F15 dan F16 seperti yang dimiliki oleh Tentera Udara Singapura (RSAF) adalah jauh ketinggalan dengan kemampuan SU-30.
Jika perolehan 18 jet pejuang SU-30 sudah menakrifkan TUDM sebagai kuasa udara yang dominan di rantau ini, maka amat pasti sekali gandingan SU-30 dan MRCA yang bakal diperolehi sudah tentu akan menjadikan TUDM sebagai kuasa udara yang perlu dihormati.Persepsi sedemikian rupa bukan sahaja penting untuk pertahanan negara malah lebih penting untuk menjamin kedaulatan Malaysia.
PENULIS ialah GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Felo Pelawat ISIS Malaysia.
Thursday, December 24, 2009
GPS KADANG-KADANG MENYESATKAN
Berjalan-jalan cari angin di tempat yang tidak pernah dikunjungi memerlukan pandu arah yang tepat supaya tidak sesat.
Alat GPS yang sekarang semakin popular sangat membantu.
Tetapi sejak saya kehilangan GPS kerana kereta dipecah, saya hanya menggunakan google map yang akses internet di telefon bimbit.
Malangnya pencarian tidak tepat. Ahad lalu ketika bercuti di Sungai Petani kami tertipu lagi.
Pencarian kami melalui google map untuk ke Pantai Merdeka berakhir di Jambatan Merdeka yang kami lalui untuk ke rumah kenduri kahwin seorang rakan di Penaga sabtu lalu.
Akhirnya kami memutuskan untuk tidak menggunakan google map dan tiba di Pantai Merdeka dengan lebih mudah.
Ketika balik ke hotel penginapan, perjalanan lebih mudah dan cepat.
Malam itu kami sekeluarga memenuhi ruang masa di dalam KTV Box dan melayan anak bermain bowling di pusat bowling bersebelahan.

Tuesday, December 22, 2009
DAPAT TAYAR BARU DENGAN HARGA RM24
Hari ini urusan lain yang dirancang, urusan lain yang kena buat. Pagi-pagi lagi terpaksa ke bengkel kereta berhampiran rumah untuk membuat pemeriksaan tayar. Dalam perjalanan balik dari Sungai Petani semalam kereta bergegar ketika memandu 100 ksj selepas melewati Kuala Kangsar. Namun apabila memandu melebihi 140 ksj kenderaan kembali stabil.
Hari ini selepas membuat ‘balancing’ mekanik memberitahu tayar kiri di belakang tidak stabil, kembung dan perlu diganti.
Saya katakan tayar baru ditukar tahun lalu. Cina itu kemudian menjelaskan tayar ini tahun 2006 bukan tahun lalu, sambil menunjukkan tanda kod pada tayar.
Darah mula menyirap dan memarahi Cina itu serta taukeh bengkel. Nasib baik resit tahun lalu ada disimpan di dalam kereta.
“Lu jangan tipu saya, ini resit tunjuk tahun 2008. Lu kasi tayar 2006. Sekarang saya mahu tukar tayar, tapi saya tak mahu bayar,” bentak saya.
Saya buat havoc satu kedai, habis semua pelanggan dan mekanik lain diam. Akhirnya taukeh bengkel akur dan mengantikan kedua-dua tayar yang saya beli tahun lalu dengan yang baru, walaupun murah sedikit harganya daripada tayar yang sudah lebih setahun saya pakai.
Saya meninggalkan bengkel setelah membayar hanya RM24 untuk upah 'balancing' keempat-empat tayar, walaupun harga sebenar kedua-dua tayar kira-kira RM900.
Laksanakan hak anda sebagai pengguna.

Sunday, December 20, 2009
REUNION DI KENDURI KAHWIN ANAK
Sepohon pokok di tengah sawah mengalu-alukan kedatangan kami.
Kunjungan ke majlis perkahwinan anak seorang rakan yang seperguruan di Maktab Tentera Diraja (RMC) yang diadakan di Kampung Lembah, Penaga Seberang Prai Utara semalam amat memberi makna.
Ini adalah kali kedua membabitkan rakan seperguruan dari RMC membuat kenduri kahwinkan anak. Sebelum ini Kol Rezil daripada Kor Risik kendurikan anak di Melaka. Rezil sekarang dah bergelar datuk kerana anaknya pun dah menjadi ibu.
Majis di rumah Mejar Harun Din daripada Askar Melayu mengumpulkan 10 daripada beberapa puluh rakan seperguruan. Kami berkumpul di Sungai Petani sebelum bertolak ke Penaga yang didahului kenderaan perintis oleh Kol Jalal daripada Askar Melayu dan Mejar Norkiah daripada Kor Semboyan yang telah membuat tinjauan sehari sebelum itu.
Antara yang turut serta dalam konvoi kami Kol Rezil, Lt Kol Fuad dan Lt Kol Razak daripada Kor Jurutera Letrik & Jentera serta Lt Kol Dr. Zulkifli daripada Kor Ordenance.
Mejar Fauzi daripada Kor Jurutera yang bertolak awal pagi dari Perlis menunggu konvoi kami di persimpangan masuk ke Kampung Lembah. Manakala Mej Md Akhir daripada Askar Melayu menjadi orang terakhir menyertai kami di rumah Harun Din.

Walaupun tempoh bersama di RMC singkat berbanding masa panjang berkhidmat dan menempuh hidup, ia begitu berkesan untuk menanamkan sifat kebersamaan (esprit d’corp).Benih yang ditanam di RMC rupanya ranum ketika anak-anak kami sudah besar panjang dan menjengah alam rumahtangga.
Kebersamaan yang ada seharusnya tidak terhad dengan menghadiri kenduri kahwin anak. Ia harus dilebarkan merangkumi pelbagai bidang kehidupan termasuk membuka jalan untuk menyediakan masa depan anak-anak.
Perhimpunan terbesar yang bakal disertai keluarga masing-masing di perkarangan RMC April depan diharap menjadi kenyataan. Komitmen yang ada pada Lt Jen Datuk Hadi mungkin dapat merealisasikan impian itu untuk semua skot Regular 20 & 21 berhimpun.
Saturday, December 19, 2009
CUTI LEBIH SIKIT JALANPUN SESAK
Bulan ini cuti umum hari Jumaat berlaku saban minggu. Dan setiap kali cuti hujung minggu yang disambung dengan cuti umum beginilah keadaannya di lebuhraya. Kenderaan bergerak ‘pungung ke pungung’. Lebih memburukkan keadaan apabila masih terdapat pemandu yang tidak berhemah. Memecut dan memotong sesuka hati.
Foto : Kalau dah sesak tandas di stesen Petronas tempat terbaik untuk melepaskan hajat.
Di setiap ‘R & R’ keadaan begini kerap berlaku. Tiada ruang untuk parkir untuk sekadar membuang air kecil. Gerai dan meja makan penuh sesak. Cara terbaik tunggu dalam kereta, yang lain turun beli makanan bungkus dan selepas itu makan dalam kereta.
Ada juga pemandu yang tidak segan silu dan tidak ingat bahaya, letak saja kereta di tepi jalan dan buatlah macam air terjun di sebelah Gua Tempurung.
Foto : Ini bukan di R & R tapi di sebuah restoran sesampainya di destinasi di Bukit Jambul.
Ada juga pemandu yang tidak segan silu dan tidak ingat bahaya, letak saja kereta di tepi jalan dan buatlah macam air terjun di sebelah Gua Tempurung.
Subscribe to:
Posts (Atom)