Saturday, July 14, 2007

SURAT UNTUK REGULAR 21 (2)


JEMPUTAN MAJLIS 'REUNION REGULAR 21'

SEMUA SKOT TAULIAH JANGKA TETAP KE-21 (REGULAR 21) DIJEMPUT HADIR PADA:

TARIKH : 2 SEPTEMBER 2007 (AHAD)

TEMPAT : MESS PEGAWAI JURUTERA PAKAR (Berhampiran Tugu Negara)

MASA : 1400 - 1700 HRS

KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. JADIKAN PERTEMUAN KALI INI KEHADIRAN YANG TERBESAR DAN TEMPAT UNTUK MENGIMBAU KENANGAN LAMA. SESUATU UNTUK MASA DEPAN KITA AKAN DIRANCANG!

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
KOL MASRANI, MEJ (B) FAUZI DAN MEJ (B) OMDA.
PENGESAHAN KEHADIRAN SILA EMAIL :

Wednesday, July 11, 2007

MEJAR (B) ROZITA KIRIM SALAM

Skot kita Mejar(B) Rozita Abd Ghani kirim salam. Bekas pegawai Kor Polis Tentera (MP) ini mengambil Ijazah Undang-Undang semasa dalam berkhidmat dulu.

Selepas bersara Rozita buka firma guaman bersama rakan kongsi. Selepas lima tahun, kini Rozita mengendalikan sendiri firma guamannya.

Bagi rakan-rakan skot yang memerlukan khidmat guaman untuk membeli rumah atau apa juga urusan guaman, sila hubungi Mejar (B) Rozita atau dapatkan nombor telefonnya daripada saya dan rakan-rakan skot yang lain.

Beliau mengalu-alukan rakan-rakan skot yang ingatkan perkhidmatannya terutama sebagai panel guaman syarikat.

Sunday, July 8, 2007

DATUK SERI SHAHIDAN RASMI PERSIDANGAN UMNO PUCHONG

JAWATAN POLITIK JANGAN DIMINTA

Persidangan UMNO Bahagian telah bermula 1 Julai lalu di seluruh negara. Bagi UMNO Bahagian Puchong ia diadakan hari ini di IOI Palm Garden Hotel. Itulah tempat persidangan bahagian ini setiap tahun, selain Marriot Hotel, Putrajaya.

Jika tahun lalu ia dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Johor, Dato Ghani Othman, tahun ini Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim diberi tanggungjawab itu pula.

Sepatutnya Datuk Seri Shahidan tiba untuk merasmikannya pada sebelah pagi sebelum persidangan bermula. Tetapi kerana kenduri kahwin anaknya semalam yang berlarutan hingga awal pagi, Menteri Besar Perlis itu minta perasmian dibuat selepas persidangan selesai.

Oleh itu, persidangan dimulakan dengan ucapan dasar Ketua Bahagian, Dato’ Dr Mohd Satim Diman dan seterusnya diikuti pembentangan laporan daripada Setiausaha Bahagian dan Bendahari. Pembentangan dan sokongan usul Ekonomi, Pendidikan dan Agama serta Sosial menyusul kemudian.

Kerana pindaan aturcara, tiada perbahasan pada persidangan kali ini. Hanya seorang perwakilan yang terkenal dengan kepetahan berpidato dibenarkan mewakili perwakilan yang lain.

Saya hanya berkesempatan berada di barisan atas pentas sehingga usul pendidikan dibentangkan. Dato’ Dr Satim mengajak saya menjemput Datuk Seri Shahidan di bilik rehatnya di hotel berkenaan.

Sementara menunggu pembentangan dan perbahasan selesai menjelang tengahari, kami berbual bersama Datuk Seri Shahidan di biliknya, turut hadir Exco Pelancongan Perlis yang juga bekas wartawan YB Azihani Ali (Kak Cik).

Perbualan antara lain mengenai tanggungjawab sebagai orang politik dan ‘kegilaan politik’. Menurut Datuk Seri Shahidan, dalam politik jangan minta jawatan tetapi terima jawatan. Ia sebenarnya berkaitan dengan keiklasan melakukan kerja.

Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam rencananya di Mingguan Malaysia hari ini turut mengulas perkara itu.

Beliau memetik hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Musa katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah! Seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya.


Dalam hadis yang lain baginda menyebut: Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya (riwayat al-Bukhari).

Itulah kelebihan negeri Perlis dengan mufti mudanya yang mempunyai pandangan-pandangan yang dinamik. Dr Asri mempunyai kepakaran dalam bidang hadith.

Namun bila ditanya sampai bila Dr Asri akan berkhimat di Perlis, Datuk Seri Shahidan berkata tugas mufti muda itu tidak lama kerana USM sudah beriya untuk menuntut perkhidmatanya semula. Lagipun Dr Asri sudah berada pada jawatan tinggi iaitu JUSA II yang tidak melayakan beliau menyandang jawatan itu.

Selain Dr Asri, Perlis mempunyai barisan anggota fatwanya yang muda-muda yang mempunyai Phd dalam pelbagai bidang disiplin agama. “Sayang jika ilmu yang ada pada mereka tidak dimanfaatkan”, kata Datuk Seri Shahidan.

Namun kebanyakan mereka bukan anak jati Perlis. Perlantikan Dr Asri dulupun setelah Datuk Seri Shahidan mendapat petunjuk selepas melaksanakan solat istiqarah.

Sebelum kami beredar turun ke dewan persidangan, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis itu sempat menghulurkan sumbangan wang tunai kepada UMNO Bahagian Puchong.

Yang tak sedapnya, wang tunai RM50 dengan jumlah RM10 ribu itu terpaksa saya bawa dalam poket seluar baju Melayu saya sehingga dapat saya serahkan kepada Bendahari Bahagian, Dato Aziz Singah.


Friday, July 6, 2007

LAGI MAKLUM BALAS DRD SKOT REGULAR 21


Reaksi Kol Redzuan terhadap usaha penyatuan Regular 21 (Website & Reunion)

Lokman' assalamualaikum.

You're the right man to start the ball rolling. Believe me, Reg 21 will all out to support this noble intention. Let us begin with small group. Later, the rest will follow.

Everybody are busy nowadays with their own business...but sooner or later they will look back to search their lost friends!. We are not getting younger skot...Lokman, let us make it happen.

Kol Redzuan Hj Baharuddin (3001667) Komandan PULADA.

Thursday, July 5, 2007

KHIDMAT DUA WANITA DIPERLUKAN

(Wan Sabariah)

(Fadzelette)


WAN SABARIAH BERHIJRAH KE TV9
Bekas wartawan kanan Berita Harian dan juga orang kuat majalah Jelita, Wan Sabariah Sheikh Ali tidak semena-mena menyertai keluarga muda TV9. Semakin meriah dan membesarlah ahli keluarga "Dekat Di Hati".

Sembang-sembang dengan beliau di meja saya hari ini, keputusan untuk menyertai kami dibuat secara mengejut dan tidak dirancang. Semuanye berlaku secara tiba-tiba.

Wan Sab akan dipertanggungjawabkan untuk menerajui rancangan 'Talk show" yang bakal ke udara setiap hari (week days). Tahniah dan selamat menempuhi cabaran dunia kewartawanan penyiaran.

LT KOL FADZELLETTE DITAWARKAN SEMULA JAWATAN
Timbalan Ketua Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Lt Kol Fadzellette yang permohonan berhentinya diluluskan, khabarnya ditawarkan semula jawatan di cawangan itu.

Menurutnya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu beliau meneruskan tugas di Mindef.

Bagaimanapun tidak diketahui jawatan dan status perkhidmatan yang ditawarkan. Fadzellette belum memberikan keputusannya dan kini beliau di Makkah mengerjakan umrah.

Perkhidmatan Fadzellette memang masih diperlukan berdasarkan pengalamannya selama 27 tahun di cawangan itu. Saya pernah memperkatakan perkara ini dalam entry saya sebelum ini.

Semuga Lette dapat memilih keputusan yang bijak selepas solat Istiqarah di tanah suci.

Tuesday, July 3, 2007

MENANG LAPORAN TV TERBAIK AMP '06


Memenangi Anugerah Media Pertahanan (AMP ‘06) kategori Laporan TV Terbaik semalam, bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sangat. Namun rasa bersyukur kepada Allah s.w.t perlu ada.

Tidak perlu bangga kerana anugerah itu perlu diberikan kepada wartawan-wartawan muda. Mereka perlu diberi peluang untuk berkarya.

Saya menghasilkan laporan itu secara kebetulan. Bulan Oktober tahun lalu saya dijemput secara peribadi oleh Kementerian Pertahanan untuk mengikuti lawatan Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke Sahara Barat. Hanya TV3 sahaja dijemput mengikuti rombongan enam orang itu.

Pada mulanya, saya telah menamakan seorang wartawan untuk mengikuti rombongan berkenaan. Namun setelah saya maklumkan kepada bos saya, Datuk Kamarulzaman Zainal Abidin, beliau mahu saya sendiri ikut serta.

Saya tahu alasan beliau itu untuk memberi peluang kepada saya ke luar negara. Peluang seperti itu hanya diperolehi dua tiga kali setahun. Selain pergi untuk tugasan, sekurang-kurangnya dapatlah menyedut udara negara orang dan keluar dari kepompong bilik berita.

Penyertaan saya dalam AMP ’06 juga kebetulan. Lt Linda (TLDM) dari Cawangan Perhubungan Awam Kementah berkali-kali mengingatkan saya untuk menyertainya. Bukannya sombong, tetapi untuk menyertai anugerah itu memerlukan banyak kerja.

Saya perlu mengesan tarikh dan waktu siaran laporan itu ke udara. Saya juga perlu mencari bahan itu di Pusat Sumber. Kemudian perlu susun dan disunting semula serta dialihkan ke DVD. Borang perlu diisi dan mendapatkan pengesahan bos. Nasib baik ada orang yang membantu untuk menyunting dan menyalinkan semula laporan itu ke DVD. (Terima kasih Faizal!)

Tidak seperti kategori lain. kategori Laporan TV Terbaik memerlukan penyertaan bersama, iaitu wartawan dan jurukamera. Walaupun laporan baik, jika tidak disertai dengan visual yang baik ia akan menjadi laporan yang dangkal.

Oleh itu sebagai wartawan yang bertanggungjawab (kononnya), saya turut mengisikan borang dan butiran jurukamera saya Sdr Johari Salleh untuk dihantar ke Urusetia AMP.

Alhamdullilah rezeki saya bersama Johari di Sahara Barat dan Maghribi berpanjangan sampai ke malam AMP ’06. Lepas ini kita kena belanja makan mereka yang terlibat di bilik berita dan juga Lt Kol Fadzelette serta anak-anak buahnya. Dapat sikit, sikitlah kita kongsi bersama mereka.



REUNION KEDUA REGULAR 21


(Sebahagian yang hadir dari kiri; Mej Wan Rahman, Mej (B) Omda, Mej (B) Fauzi, Kol Masrani, Mej Iqbal, Mej Ramli, Lt Kol Rizil, Mej (B) Jamal, Lt Kol Azmi, Lokman dan Lt Kol Kenali)

Mej (B) Fauzi mengirimkan foto di atas melalui email sebagai kenang-kenangan reunion kedua Regular 21 di Restoran Lotus, Ampang. Reunion pertama sebelum ini telah diadakan Wisma Perwira Rejimen Jurutera Diraja, berhampiran tugu negara.

Lebih tiga tahun berlalu, dan kita perlu adakan lagi pertemuan seperti itu.

**(Kandungan entry ini telah diperbaiki dari segi fakta. Terima kasih Mej (B) Fauzi - 08 July 1200hrs)