Khamis lalu ketika menghadirkan diri pada majlis Malam Bersama Media oleh seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, saya terpandang seorang kenalan yang pernah bertugas di Bahagian Komunikasi Korporat, stesen TV Dekat Di Hati.
Beliau meninggalkan stesen TV itu tahun lalu dan kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengurus, Perhubungan Kerajaan dan Awam di Astro.
Ketika mendekati beliau di sebuah meja di sebelah meja saya, beliau memberikan kad namanya.
Tetapi saya berasa pelik, selepas beberapa minit beliau tidak mengenali saya ketika saya bersalaman dengannya untuk pulang.
Namun apabila seorang pegawai menteri itu menyebut nama saya baru beliau menyedari saya, dan sekali lagi hendak menghulurkan kad namanya.
Menurutnya, beliau tidak mengecam saya kerana berpakaian batik 'sedondon' dengan kebanyakkan pegawai kerajaan yang hadir.
Nik Ruzi....., mungkin salah saya kerana berpakaian batik. Tapi masa di meja, ko tak kenal aku la ya? Apapun semuga sukses di tempat baru.
2 comments:
Salam Sdr Lokman,
Saya pun nak kongsi kes yang hampir sama malah lebih hebat kot. Kami tinggal berdua di bilik asrama selama empat semester ketika zaman kampus.
Takdirnya saya menyusuli dia berkhidmat di TV3. Ingatkan bila dah bertahun-tahun tak jumpa pastilah 'gempak' dan 'bercantum pipi' namun hampeh.
Dia cuma mengangkat kening dan senyum sumbing sebelum dengan selamba berlalu pergi. Waktu itu seingat saya, saya tak pakai baju batik
Maklumlah dah glam dan ternama; dah baca berita. Dah tak sama taraf lalu saya pun akur..
Sdr Zaki Rahim,
Hidup yang penuh warna-warni dan berliku-liku ini sememangnya dijadikan begitu.
Dan kita semua diuji bagaimana untuk mencorak dan meluruskannya.
Macam kita sama-sama jadi orang Kuching ketika membuat liputan di Sarawak lama dulu.
Post a Comment