ZAHID SEDIA TANDING NAIB PRESIDEN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, sedia untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti sekiranya mendapat sokongan daripada peringkat akar umbi.Bagaimanapun, Dr Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan muktamad hanya akan diumumkan jika mendapat sokongan dan restu rakan-rakannya di peringkat akar umbi setelah membuat tinjauan secara teliti.
Berita itu dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Dr Zahid layak untuk bertanding Naib Presiden kerana beliau bertatih dari bawah, dikeluarkan oleh "kilang" Pemuda, setia kepada UMNO dan sentiasa bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Ramai yang layak menjadi pemimpin tetapi tidak menyerlah sebagai pejuang. Ramai yang layak menjadi imam tetapi adakalanya tidak mahu menjadi makmum.
Sejak dulu lagi, Dr Zahid yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO adalah seorang makmum dan imam yang baik, membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin dan pejuang bangsa Melayu.
No comments:
Post a Comment