Masyarakat kini asyik memperkatakan pelan peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan. Ada yang suka dan ada pula yang kononnya tak mau ambil peduli.
Yang tak mau bising, kononnya mahu memperkukuhkan parti. Tetapi sebenarnya itulah strategi mereka untuk meraih simpati dan sokongan sebelum pemilihan parti Disember ini.
Golongan muda terutama ahli-ahli Pemuda dan Puteri turut menyusun strategi untuk mendapat tempat sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau pusat. Tetapi saya rasa terkejut, rupanya masih ada lagi golongan itu, buta sejarah.
Mereka tidak tahu Malaysia pada satu ketika dahulu diancam komunis yang mengugat kestabilan negara. Remaja kini seakan lupa terhadap pengorbanan anggota keselamatan terutama polis dan tentera.
Daripada perbualan saya dengan beberapa orang anggota Pemuda dan Puteri, mereka rupanya tidak terdedah dengan fakta sejarah itu.
Minggu lalu, apabila rakan saya (berpangkat Leftenan Kolonel dalam Rejimen Ranger) bercerita mengenai pengalaman beliau berhadapan dengan anggota komunis di hutan, golongan pemberita muda yang mendengarnya masing-masing tercengang. Rupanya itu kali pertama cerita-cerita pengorbanan tentera seumpama itu didedahkan kepada mereka.
Manakala seorang pegawai berpangkat Mejar daripada Mindef pula bercerita, ketika beliau menuntut di universiti dulu rakan kuliahnya tidak tahu menahu mengenai wujudnya penganas komunis di Malaysia.
Bagi mereka, pembangunan Malaysia sudah tersedia tanpa mahu tahu peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan.
Diharapkan bekas-bekas tentera termasuk cawangan Perhubungan Awam serta cawangan veteran Kementerian Pertahanan dapat mendokumentasikan lebih banyak lagi pengalaman-pengalaman itu untuk tatapan generasi muda.
Sanggup berdiri berjam-jam seperti ini bagi menewaskan musuh.
No comments:
Post a Comment