Monday, April 7, 2008

SERONOK JUMPA RAKAN TENTERA


Skot Regular 21 - dari kiri Kol Kamarol (Pengarah Armor), Kol Fadzlette (Pemangku Pengarah Cawangan Perhubungan Awam Kementah), LH, Kol Hassan (Pengarah Gerak Khas) dan Lt Kol Md Din (PS1 Am Jabatan Arah Infantri)

Nostalgia lama berulang apabila bertemu semula rakan-rakan lama di dalam tentera. Masing-masing kini berjawatan tinggi dan memegang pentadbiran rejimen.

Ada sesetengah mereka sudah menjadi Panglima Briged dan memakai ‘bintang’ di bahu.

Rasanya bagaikan berlaku semalam ketika berkawad di padang di depan Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi Kuala Lumpur.

Tangga di tepi bukit yang seakan-akan tangga Batu Cave tingginya, bagaikan tak puas diharungi. Tapi rupanya semalam, masing-masing sudah beruban. Ikuti kisahnya di sini.




Selepas makan di Rejimen ke-14 Askar Melayu Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas

Masih rindu dengan masakan ini

2 comments:

Unknown said...

Syabas Lokman kerana menyiarkan berita-berita menarik tentang skot TJT 21. Memang tak sia-sia 2 thn training di iron river, masih kuat semangat tentera. Saya dah lama juga mengikuti blog ni tapi setakat curi-curi tengok saja tak sempat nak komen. Saya sekarang masih lagi belajar di UUM (dah nak masuk tahun ketiga) hampirx nak khatam insyaAllah.. selalu juga jumpa Tayazi..Ok jumpa lagi.

LEKLOOK said...

Terima kasih skot. Kita perlu ada re-union lagi. Salam untuk Tayazi.