Setiausaha Politik mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri semalam, mereka ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (ADUN Kok Lanas) dan Datuk Vincent Lim Kian Tick, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Reezal Merican Naina Merican; Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh; Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafei Abdullah dan Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri Bernard Dompok), Benedic Lasimbang.
Turut mengangkat sumpah ialah Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Shahruddin Md. Salleh (ADUN Jorak); Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz), Datuk Mohamed Ismail Othman; Setiausaha Politik Menteri Luar, Zainuddin Ismail; Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua, Hsbie Satar; Setiausaha Politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Sebastian Ting Chiew Yew; dan Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohammad Khairi A. Malik.
Selainnya ialah Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr. Azmi Setapa; Julita Mojungki (Menteri Sains dan Teknologi); Dr. Richard Rapu @Aman ak Begri (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar); Wong Jee Yai (Menteri Pengangkutan); Wong Ban Seng (Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga); Mohammad Safie Asnawi (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Dr. Zainul Fithri Datuk Osman Abdullah (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi); Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Menteri Kerja Raya); Yoo Wei How (Menteri Kesihatan); Dr. Junaidy Abd Wahab (Menteri Penerangan); Datuk Yahaya Bujan (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah); Ong Boon See (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Mohd. Emil Azril Bahari Md. Noor (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim); dan Mohd Azizan Che Omar (Menteri Belia dan Sukan).
Thursday, April 24, 2008
Saturday, April 19, 2008
PENAFIAN KUMPULAN 11
KUMPULAN 11 TIDAK TUNTUT SUPAYA MAHKAMAH HARAMKAN UMNO PADA 1988
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Kumpulan 11 yang didakwa sesetengah pihak menjadi punca Umno diisytihar pertubuhan tidak sah daripada segi undang-undang pada tahun 1988, hari ini menegaskan bahawa mereka tidak menuntut supaya Mahkamah mengharamkan parti itu.
Salah seorang anggota kumpulan itu, Abdul Rahim Abdul Rahman, yang mendakwa mewakili anggota yang lain, berkata mereka cuma meminta supaya mesyuarat dapat diadakan semula selepas pemilihan Umno 1987.
"Hari ini saya buat kenyataan berhubung pengharaman Umno dan kes pemecatan hakim-hakim termasuk Ketua Hakim Negara (ketika itu) Tun Salleh Abas dan hakim-hakim kanan.
"Saya yang juga ahli Umno dan bertanggungjawab kepada parti, berasa perlu menerangkan beberapa isu atau tuduhan dan tohmahan lebih 20 tahun yang digambarkan bahawa orang yang membawa kes Umno ke mahkamah sebagai orang jahat atau pengkhianat. Ini semua pada fikiran saya perlu diperbetulkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian tempatan bahawa tuntutan kumpulan itu telah diluluskan Mahkamah Tinggi oleh Hakim Datuk Harun Hashim dan keputusan itu juga membawa kepada pengisytiharan Umno sebuah badan tidak sah daripada segi undang-undang kerana mendapati cawangannya tidak berdaftar mengikut Akta Pertubuhan.
Beliau berkata tindakannya untuk memfailkan petisyen membatalkan keputusan pemilihan Umno 1987 dibuat berikutan banyak cawangan yang tidak didaftarkan selain mempunyai anggota yang tidak sah yang menjadi perwakilan, sekali gus menjadi wakil bahagian ke persidangan perwakilan peringkat kebangsaan.
"Ini adalah perkara yang dibentangkan dalam perbicaraan yang dipanggil 'agreed fact'. Semua pihak bersetuju ada perkara yang tidak perlu kita bincang. Maknanya kita terima bulat-bulat dan bermakna cawangan haram, ahli tidak sah, perwakilan yang tak sah, perwakilan yang menipu umur yang tak sah.
"Maknanya dalam perbicaraan di dalam mahkamah itu, perkara ini sebagai 'an agreed fact'. Yang dibincangkan di mahkamah itu, apakah masa itu, perkara ini boleh menyebabkan Umno itu haram atau tidak, itu pada pemikiran saya," katanya.
Abdul Rahim berkata berikutan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Umno sebuah pertubuhan tidak sah, kumpulan 11 juga telah bertindak merayu kepada Mahkamah Agung supaya keputusan itu dapat dibatalkan atau diubah kerana mereka hanya mahukan mesyuarat semula diadakan.
"Kita nak sepertimana yang kita dakwa untuk mengadakan semula mesyuarat, itu sahaja," katanya.
-- BERNAMA

Thursday, April 17, 2008
GENERASI MUDA TAK TAHU PENGORBANAN TENTERA
Masyarakat kini asyik memperkatakan pelan peralihan kuasa dalam UMNO dan kerajaan. Ada yang suka dan ada pula yang kononnya tak mau ambil peduli.
Yang tak mau bising, kononnya mahu memperkukuhkan parti. Tetapi sebenarnya itulah strategi mereka untuk meraih simpati dan sokongan sebelum pemilihan parti Disember ini.
Golongan muda terutama ahli-ahli Pemuda dan Puteri turut menyusun strategi untuk mendapat tempat sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau pusat. Tetapi saya rasa terkejut, rupanya masih ada lagi golongan itu, buta sejarah.
Mereka tidak tahu Malaysia pada satu ketika dahulu diancam komunis yang mengugat kestabilan negara. Remaja kini seakan lupa terhadap pengorbanan anggota keselamatan terutama polis dan tentera.
Daripada perbualan saya dengan beberapa orang anggota Pemuda dan Puteri, mereka rupanya tidak terdedah dengan fakta sejarah itu.
Minggu lalu, apabila rakan saya (berpangkat Leftenan Kolonel dalam Rejimen Ranger) bercerita mengenai pengalaman beliau berhadapan dengan anggota komunis di hutan, golongan pemberita muda yang mendengarnya masing-masing tercengang. Rupanya itu kali pertama cerita-cerita pengorbanan tentera seumpama itu didedahkan kepada mereka.
Manakala seorang pegawai berpangkat Mejar daripada Mindef pula bercerita, ketika beliau menuntut di universiti dulu rakan kuliahnya tidak tahu menahu mengenai wujudnya penganas komunis di Malaysia.
Bagi mereka, pembangunan Malaysia sudah tersedia tanpa mahu tahu peranan yang dimainkan oleh pasukan keselamatan.
Diharapkan bekas-bekas tentera termasuk cawangan Perhubungan Awam serta cawangan veteran Kementerian Pertahanan dapat mendokumentasikan lebih banyak lagi pengalaman-pengalaman itu untuk tatapan generasi muda.
Sanggup berdiri berjam-jam seperti ini bagi menewaskan musuh.
Saturday, April 12, 2008
ULASAN DATUK IBRAHIM YAHAYA (TIGER) MENGENAI HASRAT ZAHID
ZAHID SEDIA TANDING NAIB PRESIDEN
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, sedia untuk bertanding jawatan Naib Presiden parti sekiranya mendapat sokongan daripada peringkat akar umbi.Bagaimanapun, Dr Zahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, keputusan muktamad hanya akan diumumkan jika mendapat sokongan dan restu rakan-rakannya di peringkat akar umbi setelah membuat tinjauan secara teliti.
Berita itu dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini.
Dr Zahid layak untuk bertanding Naib Presiden kerana beliau bertatih dari bawah, dikeluarkan oleh "kilang" Pemuda, setia kepada UMNO dan sentiasa bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
Ramai yang layak menjadi pemimpin tetapi tidak menyerlah sebagai pejuang. Ramai yang layak menjadi imam tetapi adakalanya tidak mahu menjadi makmum.
Sejak dulu lagi, Dr Zahid yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO adalah seorang makmum dan imam yang baik, membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin dan pejuang bangsa Melayu.

Thursday, April 10, 2008
MAKAN TENGAHARI BERSAMA SKOT
(Duduk dari kiri : Mej Zaki, Kol Fadzlette dan Mej Wong. Berdiri dari kiri : Mej Razali, Kol Kamarol, Lokman, Mej Hanafiah, Lt Kol Rani, Lt Kol Md Sham, Mej (B) Romli, Mej Nasir dan Kol Hassan)
Berkumpul dan bertemu skot REGULAR 21 pada makan tengahari di Bora Ombak, Ampang Kuala Lumpur sempena kenaikan pangkat Hassan Ali sebagai Kolonel dan Pengarah Gerup Gerak Khas. Walaupun singkat, ia amat bermakna!
Monday, April 7, 2008
SERONOK JUMPA RAKAN TENTERA
Skot Regular 21 - dari kiri Kol Kamarol (Pengarah Armor), Kol Fadzlette (Pemangku Pengarah Cawangan Perhubungan Awam Kementah), LH, Kol Hassan (Pengarah Gerak Khas) dan Lt Kol Md Din (PS1 Am Jabatan Arah Infantri)
Nostalgia lama berulang apabila bertemu semula rakan-rakan lama di dalam tentera. Masing-masing kini berjawatan tinggi dan memegang pentadbiran rejimen.
Ada sesetengah mereka sudah menjadi Panglima Briged dan memakai ‘bintang’ di bahu.
Rasanya bagaikan berlaku semalam ketika berkawad di padang di depan Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi Kuala Lumpur.
Tangga di tepi bukit yang seakan-akan tangga Batu Cave tingginya, bagaikan tak puas diharungi. Tapi rupanya semalam, masing-masing sudah beruban. Ikuti kisahnya di sini.

Selepas makan di Rejimen ke-14 Askar Melayu Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas
Masih rindu dengan masakan ini
Friday, April 4, 2008
DEMOKRASIKAH UMNO KETIKA ZAMAN DR M?
Melihat senarai bekas-bekas Ketua Pemuda UMNO di muka depan Berita Harian hari ini, sejarah tidak dapat menafikan pembabitan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam jawatan itu.
Sejarah juga tidak akan padam, bagaimana beliau dipaksa melepaskan jawatan itu.
Daripada senarai itu Tan Sri Syed Jaafar Albar (1976-1978) dan Datuk Zahid (1996-1998) masing-masing hanya sempat menerajui pergerakan itu dalam tempoh singkat iaitu dua tahun.
Mungkin Datuk Zahid mempunyai banyak rahsia di sebalik tindakannya melepaskan jawatan itu. Tetapi ramai yang tahu, beliau dipaksa membacakan teks yang disediakan pada sidang media bagi mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO.
Demokrasikah UMNO ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad?

Tuesday, April 1, 2008
DR KHIR ADA MAHLIGAI?
Petang semalam ketika bertemu dengan seorang doktor di kliniknya bersebelahan TESCO di Pusat Bandar Puchong, ada benda yang saya perolehi di samping ubat yang diberi.
Biasanya bila bertemu dengan beliau, banyak benda yang dibualkan selepas membuat pemeriksaan kesihatan. Hari ini cerita politik pasca Pilihan Raya Umum ke-12 masih menjadi topik hangat untuk dibualkan.
Doktor itu berkata dia mempunyai seorang rakan yang bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat pembinaan. Menurutnya rakan beliau mendakwa bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sedang menyiapkan sebuah banglo 20 bilik di Rawang. Tempat letak keretanya di bawah tanah.
“Iya ke?”, Saya cuba meminta pengesahannya. “Betul, rakan saya itu antara yang mereka-bentuk banglo tu. Tak percaya pergilah siasat”, tambah doktor itu.
Tak kuasa saya….! Tapi yang saya tahu Dr Khir sekarang sudah ada blognya sendiri sebagai wadah komunikasi beliau dengan orang ramai, serta boleh dijadikan platform untuk menidakkan tohmahan. Entrinya pertama yang ditulis Jumaat lalu sudah mendapat komen beratus-ratus responden.

Subscribe to:
Posts (Atom)