
Kali ini percutian ke Cameron Highland berakhir dengan peristiwa yang tidak diduga. Namun ia berupa pengalaman yang amat berharga.
Perancangan bercuti ke tanah tinggi itu dilakukan secara spontan. Selepas persetujuan dibuat akhirnya kami tiga keluarga bertolak melalui Simpang Pulai. Dua kereta bertolak dari Tanjung Malim dan sebuah kereta dari Ipoh.
Perancangan bercuti ke tanah tinggi itu dilakukan secara spontan. Selepas persetujuan dibuat akhirnya kami tiga keluarga bertolak melalui Simpang Pulai. Dua kereta bertolak dari Tanjung Malim dan sebuah kereta dari Ipoh.

Ketika kami menuruni pekan Brincang untuk pulang, isteri menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penanda suhu pada ’dask board’ kenderaan kami. Setelah dua kali memberhentikan kenderaan, didapati air di radiator berkurangan. Walaupun ditambah air, indikator masih menunjukkan suhu yang tinggi selepas beberapa minit perjalanan.
Atas nasihat abang Wahab yang menelefon saya dari Tanjung Malim, kami tidak meneruskan perjalanan. Selepas beberapa keputusan awal dibuat, akhirnya dua kereta diarah pulang dahulu ke Simpang Pulai membawa anak-anak yang lain.
Saya dan Farris ditinggalkan untuk mengurus perjalanan kenderaan MPV berkenaan. Akhirnya kenderaan tunda diperolehi dengan kadar bayaran RM600 untuk ke Tanjung Malim.
Sesampainya di tol Tanjung Malim pada jam 1:30 pagi, saya menghubungi Bala, seorang makenik rakan abang Wahab. Kami merancang untuk menyimpan sementara kenderaan berkenaan di bengkelnya.

Setelah ditukar dengan penutup baru yang berharga RM12 yang dibelikan abang Wahab pada hari berikutnya, segala masalah selesai. Terima kasih kepada semua yang membantu.
Pengalaman ini amat berharga kepada kami!
