Monday, December 29, 2008

KEPUTUSAN PMR ESOK

Seramai 472,060 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara akan mengetahui keputusan masing-masing esok.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam berkata, analisis keputusan itu akan diumumkan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Menurutnya, calon-calon boleh mengambil keputusan esok di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala keputusan bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pelajaran negeri.

Beliau berkata, daripada keseluruhan pelajar yang menduduki PMR, seramai 442,791 (93.8 peratus) adalah calon sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran manakala 15,430 (3.3 peratus) calon sekolah-sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu.

Selain itu, sebanyak 13,491 (2.8 peratus) orang merupakan calon swasta manakala 348 (0.1 peratus) ialah calon persendirian perseorangan.

1 comment:

Anonymous said...

Very good!