Wednesday, December 17, 2008

BERTEMU DATUK MURAD DI RUANG SOLAT

Bertemu Datuk Murad, mantan Penolong Gabernor Bank Negara di ruang solat di Zam Zam Tower, menghadap Masjidil Haram. Pertemuan ini berlaku setelah lebih 40 tahun. Datuk Murad adalah sahabat lama abang Zahid. Ketika Datuk Murad bertandang ke kampung mengikut abang Zahid pulang bercuti sekolah, saya masih di sekolah rendah. Mereka ketika itu dalam tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama di Ipoh.

Datuk Murah yang lebih dikenali sebagai 'Ah Chong' oleh rakan rapatnya, lebih senior daripada bekas Penolong Gabernor Bank Negara, yang juga pemimpin UMNO Kelantan Datuk Dr. Awang Adik Hussein. Oleh kerana beliau dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dulu, peluangnya disekat. Hari itu kami bermuzakarah lama, dari selepas maghrib sehingga solat Isya.

Apapun rezeki ada di mana-mana walaupun tohmahan itu amat pahit untuk beliau telan. Beliau kini lebih menumpukan kepada aktiviti pelaburan.

Selain Datuk Murad, saya turut bertemu Haji Hassan Hamzah sahabat lama yang kini baru menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Haji Hassan juga adalah orang kuat Majlis Penerbit Buku Bumiputra. Beliau juga pernah disaman oleh Datuk Vincent Tan sehingga jutaan ringgit kerana menerbitkan buku berkaitan Lingam. Kehadirannya Makkah juga tidak dirancang dan semuanya di atas keizinan Allah. Beliau sebelum itu menyertai misi pelaburan di Riyyadh dengan beberapa rakan niaganya dari Malaysia dan Azabaijan.

No comments: