Tuesday, November 18, 2008

KONSUL JENERAL JAMU MAKAN DI JEDDAH



Setelah lebih seminggu di Makkah, semalam saya bersama rakan media lain dibawa ke Jeddah. Kami mengunjungi Konsul Jeneral Malaysia, Hidayat Abdul Hamid.

Beliau memberikan sidang media antara lain mengenai pembabitan syarikat Malaysia dalam projek pembangunan di Arab Saudi terutama di wilayah barat membabitkan beberapa kota termasuk Makkah, Madinah dan Jeddah.

Antara projek terbesar membabitkan kompleks Jamrat di Mina yang menempatkan tiga Jamrah, projek tenaga dan air di Suhaibah serta pembinaan Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah berhampiran Jeddah.

Sehingga kini kira-kira dua ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan profesioanl bekerja di Arab Saudi.

Selepas bersolat berjemaah yang diimamkan oleh Konsul, Abdul Rahman Shariff di pejabat konsul, kami kemudian dijamu makan tengah hari di sebuah restoran.

Menurut Rahman, kanak-kanak penduduk tempatan di Makkah sering bermain-main di sekitar Kaabah di luar musim haji dan umrah. Mereka dikatakan sering berbasikal di sekeliling Kaabah.
Foto : Bersama Adnan Ghailan berkereta ke Jeddah

3 comments:

Kusyi Hirdan said...

Lokman,

Boleh tak rekemen saya untuk pergi rombongan media, musim haji depan :)

Bolehlah... :)

Kanak-kanak berbasikal di luar musim haji dan umrah. Bila tu?

LEKLOOK said...

Kusyi,
Biasanye lepas musim haji ada waktu sebelum jemaah pertama umrah tiba.

LEKLOOK said...

Sebenarnya ini adalah kumpulan perintis media Tabung Haji.

Sebelum ini wakil media bergerak sendirian, namun banyak halangan daripada pihak berkuasa.

Walaupun pada dasarnya kaedah ini lebih baik tapi masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.