Saturday, November 8, 2008

KEMUDAHAN JEMAAH DI MADINAH DIPERTINGKATKAN

Foto : Bersama Azhari di samping kereta untuk bertugas di Madinah

Pembesaran Masjid Nabawi dilakukan pada masa ini. Ia termasuk membina lebih banyak tempat berbumbung di sekitar masjid. Setiap bumbung berpayung yang berkeluasan 26 meter boleh menempatkan 800 jemaah pada satu satu masa.

Di bawah pelan pembesaran itu ruang tambahan yang memuatkan kira-kira 270 ribu jemaah akan dilaksanakan termasuk meningkatkan kemudahan prasarana lain. Projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Projek itu dilancarkan tahun 2006 lalu ketika Raja Abdullah melakukan lawatan ke Masjid Nabawi. Menurut Gabernor Madinah, Putera Abdul Aziz Bin Majed, projek perluasan itu dianggarkan menelan belanja kira-kira 4.7 bilion Riyal.

Di bawah projek itu juga, kawasan kenderaan dan tempat meletak kereta turut dibina. Ketika ini tempat meletak kereta di bawah tanah telah disediakan di dua aras. Ia terletak di ruang terbuka kawasan masjid di bahagian utara, selatan dan barat. Sejumlah 4,444 kereta dapat ditempatkan di ruang seluas 290 ribu meter persegi itu.

Selain itu projek pengangkutan diantara Makkah dan Madinah juga akan turut dilaksanakan. Yang dikenali sebagai Makkah-Madinah Rail Link (MMRL). Ia dianggarkan bernilai kira-kira 20 bilion Riyal.

Projek itu akan membabitkan tren yang berkelajuan lebih 300 kilometer sejam. Dan akan mengurangkan tempoh perjalanan di antara Makkah dan Madinah selama 30 minit, manakala diantara Jeddah dan Madinah tidak kurang dari dua jam.

Foto : dari kiri - Rashid (Radio RTM Kedah) dan Haji Nurzilan (Tabung Haji)

2 comments:

Kusyi Hirdan said...

Masya-Allah, baru saya tahu Lokman ke Makkah! Seronoknya!!! Aduh, rindunya hendak ke sana lagi jika ada rezeki...

Handphone roaming ke? :)

LEKLOOK said...

Ahaa handphone roaming dan guna local phone jugak Mobily, lebih jimat. Satu sms cuma SR0.50.