Wednesday, September 30, 2009

DAPAT IJAZAH PHD (PONDOK HAJI DOLLAH)

Cara mudah untuk mendapat PhD. Bukan perkara baru tetapi baru didedahkan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin yang memberi reaksi terhadap isu itu turut menafikan ia berlaku di Malaysia.

Beliau juga menafikan ada di kalangan tenaga pengajar dan kakitangan universiti tempatan memiliki ijazah ekpress itu.

Namun hakikatnya ia memang berlaku.

Bukan susah sangat hendak mengetahui mereka pemegang tulin PhD. Melalui pertuturan dan cara berfikir, sudah menampakkan tahap pendidikan seseorang. Tak perlu untuk mereka mempamerkan foto berjubah dan topi di dinding dan menonjolkan sekeping ijazah di bingkai.

Beberapa tahun dahulu saya terkejut juga dengan seorang kenalan dan ahli politik yang bergelar Datuk yang pernah menjadi ketua saya.

Sebelum mesyuarat diadakan, orang rapat beliau mahu kain rentang perasmian ditukar dengan meletakan ‘Dr’ selepas perkataan Datuk pada namanya. Saya menjadi terkejut, kerana sebelum ini tidak pernah mendengar beliau mendapat Ijazah Sarjana (Master).

Risik punya risik rupa-rupanya ijazah itu dibeli dengan menghadiri pengajian singkat. Abang saya yang baru mendapat Ijazah PhD beberapa tahun dulu mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk menghabiskan pengajiannya.

Kata abang, kalau ‘Reseach Method’ pun tak tahu macam mana boleh mendapat PhD?

Saya pun dapat ijazah PHD dari Pondok Haji Dollah.

Sunday, September 27, 2009

BERTEMU ABANG 'SARIP DOL'

Hari raya mengimbau kenangan zaman silam di kampung. Pada malam hari raya ketiga, orang Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh dijemput beraya di rumah emak.

Ramailah yang hadir termasuk yang berperantauan meninggalkan kampung sejak bertahun-tahun. Diantara tetamu yang hadir termasuk ‘hero-hero’ kampung yang lama saya tidak bersua. Mereka ini seakan Sarip Dol dari Kampung Dusun dalam cerita P.Ramlee. Ketika zaman kanak-kanak dulu, siapa tidak kenal dengan nama Malik anak Wak Jamil dari Tebuk Haji Karim yang memandu motosikal scrambler kuning di sekitar kampung.

Abang Malik - masih berhubung dengan Abang Zahid.

Dia dengan beberapa lagi rakannya terkenal sebagai 'samseng' remaja kampung. Bercerita mengenai mereka mencuri ayam Cina dan dimasak dibuat lauk di rumah kosong membuatkan kami ketawa. Rupanya antara ternakan yang dicuri adalah milik arwah Opah saya.

Kini abang Malik sudah beranak bini dan menetap di tanah rancangan di Pahang. Perawakannya masih seperti dulu, bijak dan mesra. Tapi dengar cerita sudah menjadi pemimpin masyarakat di tempatnya.

Beliau sentiasa mengikuti perkembangan politik kampung dan masih berhubung dengan abang Zahid melalui SMS untuk memberi input.

Abang Zali sepupu Malik, antara 'Sarip Dol' Kg Sungai Nipah Darat. Sempat bertanya mengenai kesihatan bapak.

Friday, September 25, 2009

RAYA KETIGA RUMAH EMAK SESAK

Hari raya ketiga rumah emak sesak. Sejak saya kecil lagi rumah emak di kampung memang menjadi tumpuan masyarakat dan sanak-saudara.

Ini kerana kami mempunyai kenalan dan sanak-saudara yang ramai, anak-anak murid bapak juga ramai dan kawan-kawan serta penyokong abang Zahid juga ramai.

Oleh kerana dua pembantu rumah emak sudah balik Indonesia sejak emak sakit, raya ini kami adik beradik yang ada terpaksa berkurung di rumah melayan tetamu. Walaupun penat tetapi kami amat gembira dengan kedatangan mereka.

Hari ketiga pula, dengan kehadiran abang Zahid jumlah tetamu yang hadir berlipat kali ganda. Rumah emak menjadi sesak. Kami amat gembira dan bersyukur!

Doakan kami murah rezeki dan sentiasa dilindungi Allah.

Sepupu dari Kuala Lumpur turut menjenguk emak.

Wawa curi masa menyusukan anak.

Wednesday, September 23, 2009

BERAYA DI KAMPUNG SELEPAS DUA TAHUN EMAK SAKIT

Di sudut depan rumah di kampung.

Minta ampun daripada emak.

Bapak - minta ampun banyak-banyak.

Kami sayang emak!

Sebahagian daripada adik-beradik yang hadir pada hari pertama Raya. Sudah lama tidak mengabadikan kenangan Raya di depan rumah ini selepas dua tahun emak terlantar di hospital di Kuala Lumpur dan rumah kakak di Tanjung Malim. Selepas emak dibawa balik ke rumah, tetamu Raya yang datang berlipat kali ganda kerana mahu menziarahi emak. Doakan semuga emak sihat dan dipermudahkan perjalanannya.

LEMANG AMATUR PENUHI PASARAN



Lemang. Bukan istimewa sangat. Hanya beras pulut dibalut dengan daun pisang di dalam buluh dan dibakar.

Lemang juga dijual di pasar setiap hari. Tapi bila Hari Raya tidak semena-mena permintaan dan jualannya meningkat mendadak.

Maka peniaga lemang amaturpun tumbuh bagaikan cendawan di tepi-tepi jalan dan di sudut manapun yang boleh mendapat perhatian orang ramai.

Saya sudah banyak kali ‘terkena’ dengan peniaga lemang amatur. Apa yang mereka jual bukan lemang tetapi beras separuh masak atau beras hangus.

Tapi Raya kali ini saya sungguh berpuas hati dengan lemang yang saya beli. Itupun sekadar kebetulan.

Ketika singgah di pekan Sungai Besar, Selangor kami tertarik dengan gimik sekumpulan lelaki berambut ‘afro’ memakai baju-t hijau melaungkan lemang yang dijual.

Kami sanggup berpatah balik dan mendapatkan mereka untuk diambil gambar. Melihatkan cara jualan dan bungkusannya saya yakin ini bukan penjual lemang amatur. Seperti biasa, saya membeli dahulu 10 batang untuk percubaan.

Alhamdullilah semua tetamu yang datang ke rumah di kampung memuji lemang Haji Mansor yang saya beli itu.

Selepas ini jika balik raya melalui jalan Klang-Teluk Intan, tidaklah saya ditipu lagi dengan penjual lemang amatur.

Friday, September 18, 2009

NGAPURO DINO ROYO

Untuk kabeh dulur, konco yo sak ponaan :

Nyimpen jenang nang jero tin,
Arek digowo mareng suro,
Keluputen kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro

Selamat Hari Raya. Luputen seng akeh-akeh yo!.

Look sak keluargo, ngeh!.

Monday, September 14, 2009

TERBANG DENGAN CHARLIE C130




Foto : Taklimat di PU TUDM, Subang sebelum penerbangan ke Kuching.

Orang Bagan Datoh kini semakin hebat bersahur di rumah dan berbuka serta bertarawih di Kuching.

Itu semua berkat keperihatinan seorang menteri yang melakukan lawatan kerja sehari ke tapak projek penswastaan Komplek Markas 1 Divisyen di Muara Tuang, Kota Samarahan.

Daripada tempat duduk belakang kosong, lebih baik diisi dengan 40 orang bagi memberi peluang mereka merasai terbang dengan pesawat Charlie C130.

Setibanya di Pangkalan TUDM, Kuching mereka bersolat Jamak Zuhur/Asar berjemaah di surau Al-Jahiriah diimamkan menteri.

Sementara menteri melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Kem Muara Tuang, mereka dibawa berjalan ke Bandaraya Kuching membeli ikan terubuk masin dan kek lapis.

Walaupun lawatan singkat, mereka sekurang-kurangnya didedahkan dengan beberapa perkara baru. Setidak-tidaknya mereka dapat melihat sendiri anggota tentera bertugas di udara dan berkhidmat untuk negara.