Monday, August 1, 2011
BLOGGER DIJADIKAN KAWAN
Adakah pengaruh blogger begitu berkesan sehingga boleh merubah fikiran rakyat untuk menentukan corak kerajaan yang akan mentadbir negara.
Atau mereka sekadar 'anjing menyalak bukit' tanpa perlu diambil peduli oleh sesiapa.
Di Amerika Syarikat, kelantangan suara blogger rupanya tidak mempengaruhi undian terhadap Presiden Obama. Di Malaysia juga tidak ada indikasi bahawa mereka begitu berpengaruh untuk menentukan hala tuju pengundi.
Namun jika pendapat dan gesaan mereka tidak dilayan, ia akan mengganggu pihak tertentu untuk meneruskan agenda. Sama ada kerajaan dan parti pemerintah atau parti pembangkang, mereka merasakan pandangan blogger perlu dilayan.
Walaupun sesetengah blogger main hentam keromo mengkritik tanpa fakta kukuh, ada juga pandangan blogger yang perlu diambil perhatian.
Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menghadapi blogger lebih bersifat kompromi dan berbaik-baik. Mereka dijadikan 'sahabat' dalam banyak program kerajaan.
Ketika lawatan Menteri Pertahanan ke barisan hadapan pertahanan negara, sepuluh blogger turut serta dalam rombongan yang disertai editor kanan dan wartawan. Malah lawatan seumpama itu bukan pertama kali melibatkan blogger.
Dan yang terbaru, Kementerian menawarkan kepada blogger menyertai pentadbiranya. Blogger dijadikan sebagai pemikir dan pelaksana dasar kerajaan. Ada diantara blogger kini sudah menjadi ketua unit di kementerian.
Razman Hakimi Abdullah dikatakan menjadi blogger pertama dilantik sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK) di sebuah kementerian.
Beliau baru sebulan menjalankan tanggungjawab di UKK Kementerian Pertahanan (Mindef) yang ditinggalkan Rozitah Hj Idris, bekas pengamal media di syarikat telekomunikasi. Namun perwatakan Razman seolah-olah beliau sudah berada lama di unit berkenaan.
Orang muda yang baru menjangkau usia kira-kira 36 tahun ini dilihat seakan-akan mempunyai wawasan yang besar. Melalui perbualannya seolah-olah beliau sudah tahu segala seluk beluk Mindef. Namun orang yang pandai bercakap tidak semestinya tahu melakukan kerja.
Apakah Razman dapat menafikan tanggapan itu. Daripada komitmen yang ditunjukkan beliau ketika beberapa jam bersamanya, saya yakin beliau mampu melakukannya.
"Saya memilih untuk terus bersikap 'low profile'. Saya rasa itu antara faktor mengapa menteri memilih saya untuk menerajui UKK di Mindef"' kata Razman.
Saya sendiri tidak mengenali Razman mahupun tulisannya sebelum ini. Bila saya bertanyakan menteri apa yang Razman tuliskan dalam blognya, beliau sendiri tidak dapat memberikan jawapan.
Seorang pegawai kanan tentera berpangkat Kolonel yang juga rakan sepembelajaran saya di RMC kira-kira 30 tahun dulu, turut bertanya saya mengenai Razman ketika namanya mula disebut-sebut akan menerajui UKK Mindef.
Pegawai yang sudah senonim dengan cawangan perhubungan awam di Mindef itu turut bertanya sama ada Razman kawan menteri.
Dan saya menafikannya berdasarkan namanya yang tidak pernah didaftarkan di minda saya, serta kelibatnya tidak pernah saya nampak dalam majlis tidak formal melibatkan menteri berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Asalam Tuan,
nak juga mengikuti blog Tuan Razman Hakimi Abdullah ni..
apa nama blog dia yer.. harap tuan dapat membantu..
sekian, terima kasih dan waasalam
Maaf zm.azami, saya juga belum pernah membaca dan sedang mencari-cari blog beliau.
salam ciklok..
ayat pertama dalam entry ciklok ni cam persoalan tesis saya :)....mmm agak2nya bila ciklok udah tau blog orang yang disebut dalam entry ni silalah update ye...utk research saya (kalau sesuai) :)
walau pun masih tercari-cari blognya.
apa-apa pun tahniah untuk beliau kerana di percayai oleh BOSS untuk dilantik sebagai Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Aussi, quels grades (si quelqu'un) serait nécessaire pour être un professeur d'écriture créative indépendante?.
Post a Comment