Monday, February 15, 2010

BILA LAGI NAK "PERJUMPAAN KELUARGA BESAR"?

Sudah enam tahun Majlis Hari Keluarga menghimpunkan kerabat di sebelah emak tidak diadakan. Kali terakhir ia diadakan pada 5 hingga 6 Jun 2004.

Selama tempuh itu banyak perubahan berlaku. Ramai saudara mara yang menganggotai Jawatankuasa penganjur sudah kembali ke rahmatullah. Anak-anak dan cucu-cucu yang masih bayi ketika itu, kini sudah memasuki alam persekolahan. Mereka yang sihat, sudah ada yang sakit.

Buku program majlis itu yang masih kelihatan baru dan terletak di atas meja di ruang tamu rumah emak hari ini, menarik minat saya.

Kata-kata aluan penasihat program, abang Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang pernah saya sediakan memulakan ruang depan buku kecil itu.

Antara kata-kata yang masih relevan dan perlu diambil perhatian, “..diharap penganjuran program seperti ini tidak terhenti di sini. Ia perlu diteruskan dan dianjurkan silih berganti oleh kumpulan jawatankuasa generasi yang lain pula. Kita perlu berkongsi tanggungjawab dalam menjayakan program murni ini.”

Meneliti buku program itu, dapat disimpulkan penganjurannya hanya terletak di bahu individu tertentu sahaja. Senarai panjang jawatankuasa kecil hanya sebagai penghias buku.

Namun itu tidak penting. Kehadiran yang ramai dan penyertaan semua ahli keluarga dalam banyak acara sesuatu yang amat membanggakan.

Acara dimulakan pada petang sabtu dengan pendaftaran dan diikuti solat maghrib, tahlil dan bacaan Yassin sebelum disusuli makan malam dan majlis Ta’aruf.

Esoknya selepas sarapan pagi, sukaneka dimulakan dengan pelbagai acara, daripada permainan dart, bowling buah kelapa sehinggalah tarik tali. Pelbagai hadiah turut disediakan termasuk cabutan bertuah tiket penerbangan pergi dan balik ke Medan, Indonesia serta 10 hadiah penginapan tiga hari dua malam di destinasi terpilih serta 50 buah hamper.

Apapun buku kecil aturcara program itu masih boleh dijadikan rujukan terutama pada bahagian tengahnya yang memuatkan senarai anak-anak dan cucu-cucu keluarga besar Allahyarham Hj Abdul Jalil dan Allahyarham Hajjah Majidah seperti tertera di bawah.

1. Hjh Saadiah (Wak Yong) & Hj Abdul Manan : Hj A. Ghaffar, Hasanah, Hj Ridzuan, Hj Mahfud, Ismail dan Marzuki.
2. Hjh Rubiah & Hj Abdullah : Badariah, Abd Mudzir, Hj A. Rashid, Mardziah, Salamah, Umi Kalsom, Solehah, Aminah dan Hindun.
3. Hj Hormin & Aminah & Sabariah : Hatim, Khalid, Hariri, Harris, Hamdan, Hamidin dan Hamidun.
4. Hj Hashim & Hjh Suminah : Salleh, As’ari, Saadiah, Abd Jalil, Muhaimin, Halim, Salwa dan Razak.
5. Hjh Rubinah & Hj Abd Hamid : Abd kahar, Murti, Saifuddin, Mohd Nawari, Kholwati, Aminah dan Mahmudah.
6. Hj Yusof & Hjh Solehah : Sufiah, Zabedah, Amin zaki dan Najib.
7. Hj Shafie & Hjh Sufiah : Siti Zubaidah, Shamsiah, Musfirah, Abd fatah, Mussadik, Nasir Gatot, Nur Ashikin, Azar, Siti Asmah dan Nanang.
8. Jamiatun & Hj Zakaria : Harun, Yaakob, Saodah, Alias, Robeah, Majid, Zaharah, Adawiyah, Habsah, Abu Bakar dan Siti Khodijah.
9. Hjh Rukiah & Hj Mokhtar : Hj Sirajuddin, Mariam, Aishah, Fatimah Sham, Latifah, Azhari, Israfil, Muslihah, Saiful Bahari.
10. Hjh Tuminah & Hamidi AKA Raden Hj A. Tarmidzi : Ahmad Zahid, Abd Hakim, Samahah, Mohd Lokman, Mohd Nasaee, NurulHilal, Najmah, Najmuddin dan Ahmad Dzulfikri (Nanang).

Perjumpaan keluarga besar di sebelah bapak (keluarga Raden Haji Abdul Fattah) turut dianjurkan secara berselang tahun dan pernah diadakan secara bersama mengabungkan keluarga emak dan bapak.

5 comments:

Kepten Ramli Kardi said...

aku biar organise program tentera sati brigade dari nak kumpulkan sedara mara...payahhhhhhhhhhhhh....

Kepten Ramli Kardi said...

maksud saya memang lah seronok nak kumpulkan saaudara mara ..tapi halangan dan remeh temeh nya yaaa rabbi..tuhan sahaja yang tau

leklook said...

Tak dinafikan. Tapi terpaksa pikul tanggungjawab. Kalau tidak, tak kan menjadi. Saudara mara nanti semakin menjauh dan anak cucu tak kenal saudara.

Ali said...

Assalamualaikum sedara Luk

Saya rasa kita kena buat balik perjumpaan keluarga tu. Kita kumpulkan balik wakil dari setiap keluarga sepupu, macam dulu, panggil mesyuarat. Niat baik, InsyaALLAH akan berhasil.

leklook said...

Sdr-ku Ham (ALI).
Kita cuba sama-sama bincang dan buat balik kumpul sedolor.

Kali ini kita bagi ana-anak kita organise.