Saturday, February 6, 2010

BERDIRI DI ATAS KELIKIR

Aku bukan berdiri di atas mahligai yang diberi percuma
Sekadar mencangkung di atas batu yang dibina sendiri
Batu yang dibina daripada ribuan pasir yang dikumpul puluhan tahun
Berlari dan tersungkur, merangkak dan mengesut untuk sampai di sini.

Batu milikku hanyalah kelikir
Tiba-tiba bersinar seperti permata, putih seperti gula
Burung camar mula menghinggap, bersama semut-semut yang menghurung.

Aku tak akan terbuai bersama camar dan semut-semut itu
Kerana kerja masih banyak untuk kelangsungan hidup
Sebelum badai menghempas pantai dan memusnahkan aku.

No comments: