Tuesday, February 9, 2010

AKUPUN ANAK PERAK

Walaupun mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin seperti yang dijangka terus angkuh menegakkan benang basah.

“Walau macam manapun kita akan kaji semula, on other expect saya nak katakan democracy has completely suspicious, the right of people. This is a verdict, where government has been supported ligitimed but support by institution ini yang cukup menyedihkan”, itu komen Nizar selepas keputusan mahkamah siang tadi.

Apa agaknya reaksi Nizar bila keputusan mahkamah memihak kepada beliau. Bagaimana pula reaksi Zambry?

Kita boleh jangkakan tindak tanduk orang-orang PAS dalam menghadapi situasi ini. Manakala orang-orang BN dilihat bersikap lebih tenang. Ko aje lah yang betul labu!....

Namun Nizar boleh membuat semakan keputusan itu mengikut peruntukan 137 peruntukan-peruntukan Mahkamah Persekutuan.

Tapi apa nak lagi! Sudahlah, bagilah rakyat Perak menikmati pembangunan yang dirancang di bawah kepimpinan Zambry.

Orang kampung aku nak jugak tidur lena.............

Bermuhasabahlah……….
-ANAK KAMPUNG SUNGAI NIPAH.

2 comments:

Komander Ramli said...

Wak dari aku kecik hingga aku ni nak bermenantu di kampung kita itu aku masih ingat nama nama ini

YB Hj Hassan Adli bin Kiyai Arshad
YB Sulaiman Bulon
YB Kamaruddin (Parit 12 Hutan Melintang)
YB Rodiah Marahuddin

yang sekarang ni kenal lah juga Dato Seri Zahid dan Dato Saarani

Buat buat lah bancian taburan penduduk Hutan Melintang..jangan lah datang calon dengan payung terjun dah tu muka pakai celorong celoreng mana orang kampung aku nak kenal

leklook said...

YB Dato Lope Hashim dan YB Dato Zakaria kena ingat jugak.

Calon payung terjun macam Dato Rajoo calon payung terjun pakai celorong celoreng. Pengantinya orang Ipoh masa PRU lalu sebagai kemuncak orang Hutan Melintang tolak calon luar yang celorong. Tapi yang depa pilih ngapa masih yg celorong lagi tapi daripada bendera lain?

Orang kampung nak komando navy jadi calon di Hutan Melintang kali ini.