Saturday, February 20, 2010

BUKAN MUDAH CARI PENYAMPAI BERITA

Bukan mudah untuk mencari Penyampai Berita TV. Daripada kira-kira 50 orang yang diuji bakat hari ini, belum ada yang memuaskan hati semua juri pemilih.

Esok 50 orang lagi akan dipanggil untuk ditapis menjadi selebriti TV.

Banyak kriteria perlu dinilai untuk dipilih. Bukan sahaja paras rupa, susuk badan, suara, gaya penyampaian dan IQ. Malah yang penting untuk dinilai, keupayaan dan kesediaan calon untuk menjadi Wartawan Siaran serta jawatan yang berkaitan.

Malah calon juga perlu memiliki x-factor - pakej yang menarik termasuk akhlak dan berpersonaliti tinggi di dalam dan luar skrin.

Penyampai Berita berperanan sebagai duta dan membawa imej kepada stesen.

Ketika memilih kumpulan pertama 6-8 orang Penyampai Berita TV9 kira-kira tiga tahun lalu, anggota panel pemilih terpaksa menapis kira-kira lima ribu permohonan dari seluruh negara.

3 comments:

Komander Ramli said...

man aku agak agak kalau apply boleh diterima tak...paras rupa dah ada...hahaha suara lunak
body steady..aku rasa aku boleh jadi ikon kepada stesen lah bro....hahaha

leklook said...

Ko dah nak naik Capt (Navy), dah pangkat besar. Bagilah peluang kat adik-adik & anak-anak kita.

Mungkin kalau engko command "Panglima Hitam" boleh tubuh TV Network sendiri. Masa tu boleh jadi selebriti.

noritasamat said...

salam...

saya nak tanya..macamane nak tahu ada audition utk penyampai berita/host utk tv9? biasanya ada advertisement ke atau pun bole anta application bile2 masa?

terima kasih