Monday, December 29, 2008

KEM MOTIVASI DI ULU BERNAM SESAK

Akhbar Berita Harian Jumaat lalu mengadakan Kem Motivasi di Ulu Bernam untuk pelajar-pelajar di antara 11 hingga 17 tahun. Kawasan rekreasi melalui Pekan Tanjung Malim berhampiran UPSI itu amat menarik dan nyaman.

Antara fisilitator yang dijemput khas termasuk penyanyi dan usahawan serta motivitor Dr Fazli, Uztaz Rock Akil Hayy dan Zainal Abidin. Bayaran hanya RM100 untuk tiga hari dua malam.

Namun jalan masuk yang hanya mampu dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa menyulitkan ibubapa yang menghantar anak. Bayangkan jika 300 kenderaan keluar masuk untuk menghantar anak-anak mereka melalui jalan sempit itu yang tiada bahu jalan.

Kesian petugas-petugas trafik yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan. Mereka terpaksa berlenjun di dalam hujan lebat untuk mengawal lalulintas sejauh lebih 3 kilometer, tanpa adanya kemudahan walkie-talkie.

Dan semalam setelah menyedari kesesakan itu, pihak penganjur tidak membenarkan ibubapa masuk membawa kenderaan untuk mangambil anak-anak mereka. Mereka diminta menunggu berhampiran kedai kain Jakel bersebelahan kampus UPSI.

Pelajar-pelajar berkenaan dibawa keluar dari kawasan perkhemahan dengan lori pick-up yang tidak berbumbung. Oleh kerana hujan lebat proses membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan tertanggung. Mereka tiba di kawasan menunggu kira-kira jam lapan malam walaupun majlis penutup dilakukan ketika hari masih terang.

6 comments:

Anonymous said...

salam
tumpang tanye
jalan nk pergi kem rekreasi sg gading
dr tol tg mlim
please reply to email:mrnmrs_cikgu@yahoo.com

LEKLOOK said...

Salam cikgu,
Jalan ke Sungai Gading dari Tg Malim senang jer!

Selepas tol Tg Malim belok kiri ke jalan baru pekan Tg Malim (jangan masuk ke kiri sebelum melepasi jambatan).

Lorong ke Sg Gading bertentangan dengan lot kedai bersebelahan UPSI. Kalau tak pasti tanya kebanyakan orang ramai di kedai-kedai berkenaan.

Anonymous said...

i agree your idea ! very nice blog

Anonymous said...

salam blh bg sy info ttg kem rekreasi sg gading..
contohnya ttg lokasi persekitaran, xtvt yg ada..
ok ker tmpt tu.
boleh x reply msg sy kt emel ni
noty_10@yahoo.com

trima kasih ya..

Anonymous said...

kalau pegi ke kem sg gading crew2 nye msh sme spti dlu ke??

Anonymous said...

smbgan komen yg d'atas..
plez reply at 'pwensenz13@gmail.com'
thanks..