Monday, November 3, 2008

BERSYUKUR BERADA DI MADINAH


Sudah empat hari berada di kota Madinah Al-Munawarah. Alhamdullillah, di samping bekerja setakat ini masih diizinkan Allah untuk bersolat di masjid Nabawi.

Bilangan jemaah saban hari semakin bertambah. Ketika mula tiba malam hari Jumaat lalu hanya jemaah dari Malaysia, Turki dan India yang mendominasi ruang di masjid. Kini pelbagai identiti bangsa dengan pelbagai tanda warna pada pakaian mereka, mula mengisi ruang sehingga hampir ke pintu akhir di sebelah belakang masjid.

Bersolat di Raudah akan melihat jemaah yang amat khuzuk dan tinggi darjat keimanannya. Mereka membaca Al-Quran, bertasbih dan berdoa disamping menunaikan solat-solat sunat.

Di ruang tengah masjid pula, suasana begitu mula berkurangan walaupun masih ramai yang tekun menambahkan amalan-amalan sunat.

Manakala di bahagian belakang, jemaah berpusu-pusu dan berlari-lari apabila Iqamah tamat tetapi mereka belum tiba di ruang solat. Malah ada yang tertinggal satu dua rakaat.

Untuk bersolat di Raudah perlukan pengorbanan masa. Datang awal dan banyakkan bersolat sunat, bertasbih dan membaca Quran. Kerana bebanan kerja kadang-kadang peluang itu terlepas.

Malam ini malam kedua kami bermalam di Hotel Al-Haram. Dua hari lalu kami ditempatkan di Hotel Al-Andalus Dar Al-Khair berhadapan Hotel Movenpick yang menempatkan jemaah Malaysia. Jarak kedua-dua hotel itu hanya kira-kira 50 meter dari pintu pagar Masjid Nabawi.

Foto : Azhari dari TV3 menyediakan laporan berita.

2 comments:

Anonymous said...

En. Lok, saya dah lama x bukak blog ni dan agak terkejut bila baca kat sini yg en. lok skrg berada di Madinah.

Alhamdulillah, akhirnya en. lok dapat pegi sana. Sempat pula berblog..hehe.

Slamat menunaikan haji. Wassalam.

LEKLOOK said...

Terima kasih,
Doakan semuga dipermudahkan segala urusan.

Pada masa ini saya baru balik masjid solat asar. Jumlah jemaah makin bertambah. Isnin ni akan bertolak ke Makkah.

Terima kasih.