Saturday, November 21, 2009

DIYANA, LANGKAHMU BARU BERMULA!




TAHNIAH DARIPADA ABAH DAN MAMA!

Thursday, November 19, 2009

UMNO BAHAGIAN PERLU ADA ATURGERAK TERSUSUN

Selasa lalu saya berkesempatan menghadiri ceramah umum yang dianjurkan Biro Penerangan UMNO Bahagian Puchong. Ia pertama kali diadakan sejak pemilihan kepimpinan baru bahagian diadakan lebih setahun lalu.

Lama tidak menyertai majlis seumpama itu diri berasa kekok sedikit. Sangka saya majlis diadakan di Dewan MPSJ tanpa menyedari bahawa dewan itu sudah tidak boleh digunakan lagi oleh UMNO.

Namun ada beberapa buah kereta di perkarangan dewan. Mungkin ada majlis lain atau mesyuarat sedang berjalan secara tertutup oleh DAP atau PAS dan mungkin juga PKR.

Saya membuka semula SMS yang dihantar oleh Ketua Penerangan Bahagian dan Setiausaha Bahagian. Nyata saya tersalah tempat. Rupanya ia diadakan di sebuah bangunan lama bekas pejabat pemaju perumahan yang dijadikan Bilik Gerakan UMNO cawangan.

Ketika saya sampai penceramah jemputan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hampir tamat berucap. Jadi saya tidak dapat mengulas apa yang disampaikan.

Penceramah kedua, Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Uztaz Effendi Yusof.

Isu yang dibawa tidak memberi impak yang kuat untuk mempengaruhi mereka di atas pagar, walaupun gaya penyampaiannya macam Sukarno.

Mereka yang hadir memenuhi semua ruang kerana tempatnya kecil.

Selepas ini satu siri ceramah akan diadakan lagi dengan membawa bekas pemimpin angkatan muda PKR

Namun Ketua Penerangan perlu merangka strategi lain yang dapat menambat hati mereka yang berada di atas pagar. Ataupun melembutkan keras hati pengikut di sebelah sana supaya berpaling tadah. Kita tidak perlu lagi dibuai gaya lama dengan sekadar memenuhi program untuk dimasukkan dalam laporan aktiviti biro pada mesyuarat AJK bahagian.

Aturgerak yang lebih tersusun dan agresif perlu dilakukan. Jangan biarkan wujud pelbagai puak dalam bahagian. Rapatkan barisan dan tanggalkan ‘Jaket Hitam’ atau apa juga ego dan hipokrasi yang ada pada AJK bahagian.

Wednesday, November 18, 2009

FOTO KENANGAN HAMPIR 30 TAHUN LALU

Budak yang memakai baju no: 12....itu aku! Berdiri di belakang aku adalah Brig Jen Redzuan yang baru memegang jawatan Panglima 12 Briged. Manakala di sebelah kiri Redzuan, Brig Jen Dato Razif, bakal memegang KS Logistik bulan depan, tapi sekarang masih di Jakarta. Aku jumpa Dato Razif di London masa dia buat DA kat sana. Isnin lalu beberapa orang yang ada di dalam foto itu secara kebetulan berkumpul dan sembang-sembang di sebuah pejabat di tingkat 14, di Mindef.

Semua mereka dalam foto di atas adalah warga Abdul Rahman Kompeni yang mengabadikan kenangan selepas menamatkan acara sukan di sebuah padang di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.

Foto itu saya perolehi dari blog Lt Kol Fuad Hamzah (duduk di barisan depan sebelah kiri sekali). Fuad baru balik dari Poland beberapa bulan lalu setelah berada di negara itu kira-kira lima tahun untuk urusan projek kereta kebal.

Foto berkenaan mengimbau kenangan lampau kira-kira 27 tahun lalu. Walaupun sudah lama menjadi kenangan, hubungan kami sehingga hari ini amat akrab.

Foto ini pula kenangan di depan tembok halangan yang kami rindui. Lelaki berjanggut duduk di atas tembok itu adalah Kapt Amrit Singh. Aku pernah berpaut pada janggutnya ketika berlatih di dalam kolam renang di Mindef dulu. Carilah aku kat mana? Cari budak yang lopong tu.....sampai sekarangpun masih melopong!

Dan ini pula kunjungan rakan dari Korea Selatan. Budak yang rancak bersembang tu akulah, walaupun nampak pendiam. Budak yang pakai bush-jacket pangkat besar di bahu tu Fuad. Macam nak menguping jer tenguk aku berbual. Manakala budak yang asyik minum tu Lt Kol Dr. Kenali. Kenali dapat PhD. dalam bidang psaikologi dari UKM. Kenali ada ajak aku ambil sama-sama PhD. tapi aku tak ada masa.

Tenguk tu kat kolar masing-masing. Bukan semua layak pakai, kalau bukan pangkat Kolonel ke atas. Tapi masa tu kita sudah pakai walaupun hanya warna putih, macam bayi baru lahir!

(Sorrylah Fuad, aku songlap foto-foto tu dari blog ko)

Sunday, November 15, 2009

SEDIH KERANA HAKNYA DIRAMPAS

(klik di atas lukisan untuk membaca luahan hati Diyana)
Tersentak saya bila menerima SMS daripada isteri semasa bertugas di Pulau Pinang semalam, “Sakit hati betul ngan cikgu…adik menang pas beton 85 meter no 3. Dia boleh tnya betul ke adik masuk..hadiah dia kasi kt org lain.”

Lebih tersentuh apabila terbaca luahan hati Diyana di atas yang tersimpan di dalam buku catatannya ketika saya membelek-belek buku itu malam ini. (Diyana tidur ketika saya scan catatannya).

Anak bongsu saya, Nur Diyana bersekolah di tahun satu Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (2). Sabtu lalu pertama kali dia menyertai sukan sekolah. Bagaimanapun kerana guru yang mengendalikan sukan itu kelam kabut, mereka tidak mengenali pemenang pada satu-satu acara.

Isteri saya dan ramai lagi ibubapa turut hadir dan menjadi saksi prestasi anak-anak mereka di padang. Bagaimanapun Diyana menjadi salah seorang mangsa sikap kelam kabut cikgu.

Walaupun menang dia tidak mendapat hadiah kerana guru yang mengendalikan acara itu tidak menjalankan kewajipannya dengan sempurna. Hadiah Diyana terlepas kepada orang lain yang tidak mengambil bahagian, tetapi mengaku sebagai pemenang.

Apapun luka di hati Diyana sedikit terubat apabila terpilih untuk naik ke pentas untuk menerima anugerah akademik, esok.

Saturday, November 14, 2009

BERKUNJUNG KE GALERI CHANDAN




Berkunjung ke Galeri Chandan di Bukit Damansara untuk memberi sokongan moral kepada sahabat saya Shafee Ramli yang mengadakan pameran solo 'Art Of War Art Of Raw. Pameran diadakan dari 7 November hingga 18 November.

Sebanyak 29 hasil karya beliau sepanjang tahun 2009 dipamerkan dengan nilai seni setiap satu berharga diantara RM800 hingga RM25,000. Shafee yang sama-sama menuntut di RMC melanjutkan pelajarannya ke University of Minnesota dan Augustana College, Amerika Syarikat untuk memperoleh Bachelor of Art. Beliau baru menamatkan pengajian peringkat Sarjana (Masters in Fine Art and Technology (Painting) UiTM. Sejak tahun 1987 beliau turut menyertai pelbagai pameran seni di Amerika Syarikat dan Malaysia.
Shafee pernah mendapat beberapa anugerah termasuk Anugerah Citrawangsa DBP 2003 dan 2008 serta Formula Malaysia. Pada pameran solo yang pertama daripada beliau ini, Shafee menekankan penggunaan arang sebagai bahan utama karyanya.

Thursday, November 12, 2009

ERTI PENGORBANAN DAN LEMBU KORBAN - hanya kerana tapak sembelih

(foto hiasan)
Sesuatu yang mengaibkan. Bertujuan mencari pahala tetapi dosa yang dapat. Kisah ini bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi sekadar dijadikan iktibar kepada saya dan sesiapa juga yang membaca entri ini.

Ia berlaku di depan mata. Mengisahkan sekumpulan jemaah AJK sebuah masjid yang baru selesai menghadiri mesyuarat mengenai majlis Korban Aidil Adha akan datang.

Sementara sebahagian AJK lain pulang, sebahagian lagi meninjau tapak penyembelihan yang baru siap di perkarangan masjid. Hanya kerana mencari tapak kedudukan lembu korban yang akan disembelih di situ, pertikaman lidah berlaku. Akhirnya berlaku pergaduhan sehingga naik tangan. Mujur beberapa orang yang ada bersama mententeramkan keadaan.

Kerana terlalu tersentuh, peristiwa itu terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Dalam mimpi itu mereka akhirnya berdamai.

Dan ketika bersarapan dengan isteri pagi ini saya mendapat panggilan daripada imam masjid menyatakan isu itu sudah selesai dan mereka berdamai. Alhamdulillah.

Walaupun peristiwa malam tadi cuba tidak disebarkan, ia dijangka menjadi berita hangat pada majlis korban nanti.

Wednesday, November 11, 2009

TEMPAT JIN BERTENDANG DAH JADI BANDAR SATELIT

Puchong yang suatu masa dulu dikenali sebagai tempat 'jin bertendang' kini berubah wajah menjadi antara kawasan yang pantas membangun dengan pelbagai pusat komersilnya.

Selain pelbagai taman perumahan yang baru dengan konsep binaan moden, beberapa pasaraya besar turut berlumba-lumba membina cawangannya.

Antaranya Pasaraya Besar Tesco yang memilih Puchong sebagai cawangan pertamanya di Malaysia. Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd yang dimilki secara usahasama antara Tesco Plc UK dan Sime Darby Berhad membuka pasaraya besarnya di Puchong pada bulan Februari 2002. Kini rangkaian pasaraya itu sudah mempunyai hampir 12 ribu kakitangan di 30 buah cawangannya di seluruh negara.

(EON Bank antara bank yang terawal beroperasi di Puchong. Selain cawangan di bangunan ibupejabat SP Setia - antara pemaju utama di Puchong, EON Bank turut mempunyai beberapa lagi cawangannya di Puchong)
Selain menempatkan pelbagai pusat komersil, terdapat berpuluh buah cawangan bank beroperasi di Puchong ketika ini. Bank Al Rajhi yang beribupejabat di Asia Barat turut membuka cawangan awalnya di Bandar Puteri, Puchong.

Berikut senarai sebahagian bank-bank yang beroperasi di Puchong;

Maybank
12A, Jln Tk 1/11a, 47100 Puchong, Selangor
03-8070 1935

United Overseas Bank (M) Bhd
No. 6, Jln Kenari 5, 47100 Puchong, Selangor
03-8076 8989

HSBC Bank Malaysia Bhd
1st Floor, Hsbc Bank, Jln Kenari 5, 47100 Puchong, Selangor
03-8070 2888

EON Bank Bhd
No. 3, 47100 Puchong, Selangor
03-5882 4388

Public Bank Bhd
No. 9, Public Bank, Jln Kenari 1, 47100 Puchong, Selangor
03-8076 6093

Hong Leong Bank Bhd
Hong Leong Bank, Jln Kenari 21, 47100 Puchong, Selangor
03-8076 6697

RHB Bank Bhd
148&149, Jln Bandar 3, 47100 Puchong, Selangor
03-8075 7980

Affin Bank Bhd
1A, Jln Tk 1/11a, 47100 Puchong, Selangor
03-8070 3403

Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
No. 15, Jln Puteri 2/1, 47100 Puchong, Selangor
03-8064 6800

CIMB Bank Bhd
148&149, 2nd Floor, Jln Bandar 3, 47100 Puchong, Selangor
03-8075 7106
(Balai Bomba yang baru beroperasi di Pusat Bandar Puchong minggu lepas)
(Pusat Komersil Puchong, PCC di Bandar Puteri baru siap beberapa bulan lalu)