Monday, March 14, 2011

PERCUTIAN LIMA HARI DI KUALA LUMPUR

Cuti penggal persekolahan kali ini saya memperuntukan lima hari cuti termasuk dua hari cuti mingguan. Bermula hari Jumaat saya sudah bercuti bagi menghadiri majlis Hari Lahir emak yang masih terlantar di hospital.

Sambutan Hari Lahir ke-81 emak kali ini kami mengadakan majlis bacaan Yassin di sisi katil emak. Majlis hanya dihadiri adik-beradik, ipar-duai, anak-anak dan cucu-cicit.

Masing-masing membawa juadah termasuk nasi arab, nasi dagang, kueh-mueh dan minuman.

Laman sosial Facebook menjadi wadah untuk kami berkomunikasi menentukan pembahagian juadah dan berbincang bagi melaksanakan majlis itu.


2. Hari sabtu saya dan isteri menghadiri majlis perkahwinan kakitangan di Segamat. Perancangan awal selepas majlis itu kami meneruskan cuti ke Johor atau Melaka. Namun anak-anak memilih untuk duduk di rumah dan menghabiskan masa bermain games dan melayari internet. Itulah realiti kehidupan mereka. Sudah tidak mahu mengikut ibubapa ke majlis seperti itu. Akhirnya saya memutuskan balik hari itu jugak.

Saya tidak terserpak dengan kakitangan lain yang hadir pada majlis perkahwinan rakan mereka itu walaupun menunggu dan mengharapkan untuk bersama mereka. Mungkin mereka cuba mengelak untuk bersama saya.

Kerana tersalah letak kad jemputan, saya menghubungi seorang kakitangan untuk menghantar sms alamat rumah pengantin. Namun dia seperti tidak sudi untuk berbuat begitu.

Akhirnya ketika dalam perjalanan saya menghubungi seorang kakitangan lain meminta alamat dan nombor telefon rumah pengantin. Kami tiba ketika penganti perempuan masih bersiap untuk bersanding. Oleh kerana hari mendung, kami mengambil keputusan pulang sebelum majlis persandingan. Namun sebelum itu, saya dan isteri dijemput bertemu penganti di bilik persalinan dan mengambil gambar sama.

3. Percutian hari ketiga kami sekadar makan tengahari dengan semua anak-anak di Plaza Low Yat. Rupanya aktiviti seperti itu lebih digemari mereka daripada melancong ke Melaka atau Johor.

4. Dan siang tadi awal pagi saya dan isteri menghantar anak ke UiTM di Lendu. Perancangan yang sepatutnya dilakukan semalam selepas maghrib, namun kerana kelas bermula jam 10:30 pagi, kami tukar keputusan. Oleh kerana tiba awal, isteri mengajak ke rumah rakannya di Londang untuk menghantar hadiah kepada rakannya itu yang lama tertangguh. Kerana kedatangan kami secara mendadak dan hanya beberapa minit, ia mengundang ketidakpuasan hati tuan rumah. Kita datang lain kali ajelah ye!

Sebelah petang empat anak yang masih tinggal di rumah menghabiskan masa menonton Hikayat Merong Mahawangsa di IOI Mall, sementara saya membereskan lain-lain hal. Esok kami masih meneruskan percutian bersama-sama anak-anak di Kuala Lumpur walaupun kami tinggal di Lembah Klang.

No comments: