Tuesday, March 15, 2011

HITAM PUTIH

Entah mengapa sejak beberapa tahun ini saya suka menggunakan warna hitam putih. Baju dan seluar sudah banyak yang beralih ke warna hitam putih. Kalaupun mencari alternatif warna lain, pasti ada sedikit warna hitam-putih di dalamnya.

Kedua-dua kereta yang saya miliki juga ada warna hitam dan ada warna putih. Jubah dari Makkah juga menggunakan warna hitam dan putih.
Di Dunia barat, hitam seringnya digunakan dengan konotasi negatif. Terdapatnya pelbagai alasan untuk ini, tetapi penjelasan yang diterima dengan paling meluas adalah bahawa malam dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang negatif dan berbahaya.

Alasan sekunder adalah kerana bintik-bintik kotor boleh dilihat dengan terang-terang sebagai tambahan gelap, khususnya pada bahan-bahan yang berwarna pucat.

Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat yang berdasarkan kelas, kulit "pucat" menunjukkan kelas-kelas atasan, kerja-kerja intelektual atau kerja-kerja di rumah, bertentangan dengan kerja-kerja kasar di ladang. Aspek-aspek pertentangan hitam/putih bukannya unik sahaja di Barat, umpamanya sistem varna di India.

Manakala Putih ialah sejenis waran yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik"; hitam merupakan ketiadaan warna.

Tanggapan cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, iaitu merah, hijau, dan biru, tetapi pencahayaan yang dihasilkan oleh teknik ini adalah jauh berbeza daripada pencahayaan yang dihasilkan oleh pijaran.

Dan blog ini juga saya tukarkan dengan konsep hitam-putih yang berlantarkan kayu mengambarkan asal usul saya dari kampung yang dilahirkan di rumah kayu.

Begitulah kehidupan kita yang sentiasa ada hitam dan putih sebagaimana lirik lagu yang pernah dinyanyikan Sheila Majid.

"Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana sini
Beburung riang menyanyi
Bebunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Menyukuri nikmat yang Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari daripada masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasi dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
HITAM PUTIH masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan."

No comments: