Saturday, February 27, 2010

MENYELAMI TUGAS JURUTERBANG HAWK

Lagi foto ada di sini.

MELAWAT EMAK DAN BAPAK DI HAT KL




Semua foto daripada Facebook Zahid Hamidi.

Emak dipindahkan dari rawatan di rumah ke HAT KL, Wangsa Maju sejak khamis lalu bagi membolehkan saluran pernafasan di leher dan saluran makanan di perut ditukar.

Bapak yang mengiringi emak turut dirawat kerana beberapa masalah kesihatan yang dialami sejak sekian lama.

Sempena Maulidul Rasul semalam kebetulan sama tarikh lahir bapak. Kami meraikannya ala kadar di wad. Namun bapak pada tazkirahnya kepada anak-anak dan cucu-cucu tidak mahu hari lahirnya dikenang dan disambut. Bapak mahu majlis itu diganti bagi mengenang kelahiran Rasulullah.

Majlis malam tadi turut diisi dengan majlis tahlil di sisi katil emak yang diketuai bapak.

Foto : Koleksi LH

Saturday, February 20, 2010

BUKAN MUDAH CARI PENYAMPAI BERITA

Bukan mudah untuk mencari Penyampai Berita TV. Daripada kira-kira 50 orang yang diuji bakat hari ini, belum ada yang memuaskan hati semua juri pemilih.

Esok 50 orang lagi akan dipanggil untuk ditapis menjadi selebriti TV.

Banyak kriteria perlu dinilai untuk dipilih. Bukan sahaja paras rupa, susuk badan, suara, gaya penyampaian dan IQ. Malah yang penting untuk dinilai, keupayaan dan kesediaan calon untuk menjadi Wartawan Siaran serta jawatan yang berkaitan.

Malah calon juga perlu memiliki x-factor - pakej yang menarik termasuk akhlak dan berpersonaliti tinggi di dalam dan luar skrin.

Penyampai Berita berperanan sebagai duta dan membawa imej kepada stesen.

Ketika memilih kumpulan pertama 6-8 orang Penyampai Berita TV9 kira-kira tiga tahun lalu, anggota panel pemilih terpaksa menapis kira-kira lima ribu permohonan dari seluruh negara.

Monday, February 15, 2010

BILA LAGI NAK "PERJUMPAAN KELUARGA BESAR"?

Sudah enam tahun Majlis Hari Keluarga menghimpunkan kerabat di sebelah emak tidak diadakan. Kali terakhir ia diadakan pada 5 hingga 6 Jun 2004.

Selama tempuh itu banyak perubahan berlaku. Ramai saudara mara yang menganggotai Jawatankuasa penganjur sudah kembali ke rahmatullah. Anak-anak dan cucu-cucu yang masih bayi ketika itu, kini sudah memasuki alam persekolahan. Mereka yang sihat, sudah ada yang sakit.

Buku program majlis itu yang masih kelihatan baru dan terletak di atas meja di ruang tamu rumah emak hari ini, menarik minat saya.

Kata-kata aluan penasihat program, abang Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) yang pernah saya sediakan memulakan ruang depan buku kecil itu.

Antara kata-kata yang masih relevan dan perlu diambil perhatian, “..diharap penganjuran program seperti ini tidak terhenti di sini. Ia perlu diteruskan dan dianjurkan silih berganti oleh kumpulan jawatankuasa generasi yang lain pula. Kita perlu berkongsi tanggungjawab dalam menjayakan program murni ini.”

Meneliti buku program itu, dapat disimpulkan penganjurannya hanya terletak di bahu individu tertentu sahaja. Senarai panjang jawatankuasa kecil hanya sebagai penghias buku.

Namun itu tidak penting. Kehadiran yang ramai dan penyertaan semua ahli keluarga dalam banyak acara sesuatu yang amat membanggakan.

Acara dimulakan pada petang sabtu dengan pendaftaran dan diikuti solat maghrib, tahlil dan bacaan Yassin sebelum disusuli makan malam dan majlis Ta’aruf.

Esoknya selepas sarapan pagi, sukaneka dimulakan dengan pelbagai acara, daripada permainan dart, bowling buah kelapa sehinggalah tarik tali. Pelbagai hadiah turut disediakan termasuk cabutan bertuah tiket penerbangan pergi dan balik ke Medan, Indonesia serta 10 hadiah penginapan tiga hari dua malam di destinasi terpilih serta 50 buah hamper.

Apapun buku kecil aturcara program itu masih boleh dijadikan rujukan terutama pada bahagian tengahnya yang memuatkan senarai anak-anak dan cucu-cucu keluarga besar Allahyarham Hj Abdul Jalil dan Allahyarham Hajjah Majidah seperti tertera di bawah.

1. Hjh Saadiah (Wak Yong) & Hj Abdul Manan : Hj A. Ghaffar, Hasanah, Hj Ridzuan, Hj Mahfud, Ismail dan Marzuki.
2. Hjh Rubiah & Hj Abdullah : Badariah, Abd Mudzir, Hj A. Rashid, Mardziah, Salamah, Umi Kalsom, Solehah, Aminah dan Hindun.
3. Hj Hormin & Aminah & Sabariah : Hatim, Khalid, Hariri, Harris, Hamdan, Hamidin dan Hamidun.
4. Hj Hashim & Hjh Suminah : Salleh, As’ari, Saadiah, Abd Jalil, Muhaimin, Halim, Salwa dan Razak.
5. Hjh Rubinah & Hj Abd Hamid : Abd kahar, Murti, Saifuddin, Mohd Nawari, Kholwati, Aminah dan Mahmudah.
6. Hj Yusof & Hjh Solehah : Sufiah, Zabedah, Amin zaki dan Najib.
7. Hj Shafie & Hjh Sufiah : Siti Zubaidah, Shamsiah, Musfirah, Abd fatah, Mussadik, Nasir Gatot, Nur Ashikin, Azar, Siti Asmah dan Nanang.
8. Jamiatun & Hj Zakaria : Harun, Yaakob, Saodah, Alias, Robeah, Majid, Zaharah, Adawiyah, Habsah, Abu Bakar dan Siti Khodijah.
9. Hjh Rukiah & Hj Mokhtar : Hj Sirajuddin, Mariam, Aishah, Fatimah Sham, Latifah, Azhari, Israfil, Muslihah, Saiful Bahari.
10. Hjh Tuminah & Hamidi AKA Raden Hj A. Tarmidzi : Ahmad Zahid, Abd Hakim, Samahah, Mohd Lokman, Mohd Nasaee, NurulHilal, Najmah, Najmuddin dan Ahmad Dzulfikri (Nanang).

Perjumpaan keluarga besar di sebelah bapak (keluarga Raden Haji Abdul Fattah) turut dianjurkan secara berselang tahun dan pernah diadakan secara bersama mengabungkan keluarga emak dan bapak.

Thursday, February 11, 2010

AHA...BER-FACEBOOK ATAU BER-TWITTER

Menulis dan membaca blog tidak lagi menjadi tumpuan utama peminat media baru. Kini rangkaian sosial Facebook dan Twitter menjadi pilihan pelbagai peringkat umur dan golongan.

Di pejabat, terminal-terminal komputer sering memaparkan rangkaian sosial itu, sama ada secara sembunyi atau tak sempat disembunyikan daripada pandangan bos.

Mereka yang tahu menilai penggunaan masa bekerja di pejabat tidak sekali-kali melakukan ‘pencerobohan’ terhadap laman itu. Mereka yang separuh sedar akan hanya membuka laman itu selepas waktu bekerja.

Maka suasana selepas bekerja sudah menjadi seperti di Cyber Café.

Malah ada juga yang bekerja sudah tersasar tumpuan dan lebih fokus kepada Facebook untuk menjual barangan secara online.

Mereka yang bijak menggunakan kemudahan itu sudah tentu akan melebarkan rangkaian sosialnya untuk manfaat bidang kerjayanya.

Diantara Twitter dan Facebook, rangkaian sosial mana yang lebih menjadi pilihan?

Kelebihan Twitter :
- Mudah dilayari dan dikemaskini, pautan mudah serta segalanya boleh dipromosi
- Pencapaiannya melangkaui luar lingkungan sahabat
- Hanya melalui seorang daripada pengguna (feed pools), semua yang berdaftar boleh mengikuti yang lain kecuali disekat
- Alat komunikasi tulen, cepat bertindak balas secara berterusan
- Tidak perlu ‘login’ untuk mendapatkan yang terkini, hanya gunakan RSS reader
- Amat interaktif, platform penyebaran maklumat melalui API
- Membangunkan aplikasi lain (Twitterific, Summize, Twhirl, dll.)
- Peluang pendapatan melalui kandungan SMS daripada rangkaian tanpa wayar (walaupun Twitter menyatakan tiada sekatan dilakukan masa ini)
- Peluang pengiklanan masa depan.
….bersambung.ZZZZZ

Tuesday, February 9, 2010

AKUPUN ANAK PERAK

Walaupun mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin seperti yang dijangka terus angkuh menegakkan benang basah.

“Walau macam manapun kita akan kaji semula, on other expect saya nak katakan democracy has completely suspicious, the right of people. This is a verdict, where government has been supported ligitimed but support by institution ini yang cukup menyedihkan”, itu komen Nizar selepas keputusan mahkamah siang tadi.

Apa agaknya reaksi Nizar bila keputusan mahkamah memihak kepada beliau. Bagaimana pula reaksi Zambry?

Kita boleh jangkakan tindak tanduk orang-orang PAS dalam menghadapi situasi ini. Manakala orang-orang BN dilihat bersikap lebih tenang. Ko aje lah yang betul labu!....

Namun Nizar boleh membuat semakan keputusan itu mengikut peruntukan 137 peruntukan-peruntukan Mahkamah Persekutuan.

Tapi apa nak lagi! Sudahlah, bagilah rakyat Perak menikmati pembangunan yang dirancang di bawah kepimpinan Zambry.

Orang kampung aku nak jugak tidur lena.............

Bermuhasabahlah……….
-ANAK KAMPUNG SUNGAI NIPAH.

Saturday, February 6, 2010

BERDIRI DI ATAS KELIKIR

Aku bukan berdiri di atas mahligai yang diberi percuma
Sekadar mencangkung di atas batu yang dibina sendiri
Batu yang dibina daripada ribuan pasir yang dikumpul puluhan tahun
Berlari dan tersungkur, merangkak dan mengesut untuk sampai di sini.

Batu milikku hanyalah kelikir
Tiba-tiba bersinar seperti permata, putih seperti gula
Burung camar mula menghinggap, bersama semut-semut yang menghurung.

Aku tak akan terbuai bersama camar dan semut-semut itu
Kerana kerja masih banyak untuk kelangsungan hidup
Sebelum badai menghempas pantai dan memusnahkan aku.

Friday, February 5, 2010

SI KITOL DIUPAH OLEH KEDUTAAN ASING

Pendedahan Kementerian Pertahanan semalam, ada pembocoran rahsia oleh orang dalam ATM kepada kedutaan asing memberi satu lagi kejutan.

Media ghairah dengan pendedahan seperti itu. Namun bagi pihak menteri dan Kementah ia suatu yang perlu dirahsiakan.

Pendedahan sebagai amaran untuk mengingatkan anggota tentera dan pegawai kedutaan asing supaya lebih ‘berjaga-jaga’.

Pendedahan lanjut hanya akan mengeruhkan hubungan dengan negara kedutaan berkenaan dan melondehkan kerahsiaan yang dimiliki Kor Risik Diraja.

Tiada pihak harus mempolitikan dan mensensasikan pendedahan itu.