Sunday, July 12, 2009

JEMAAH TABLIGH SELESAI 'BERWUKUF' DI NILAI

Jemaah berduyun-duyun pulang setelah berkampung di Iqtimak.

Jemaah dari Thailand sedia untuk pulang.








Salah satu dapur jemaah.






Basikal milik jemaah dari Peranchis.


















Kiri : Krew Berita TV9 mewawancara jemaah dari China bersama rakan penterjemahnya.



Jemaah bersantai selepas waktu zuhur sebelum bersiap untuk pulang.

Ijtimak atau perhimpunan Jemaah Tabligh sedunia baru selesai hari ini. Ia diadakan di sebuah kawasan lapang di daerah Nilai, berhampiran kuaters KLIA, dekat litar lumba F1 Sepang sejak 8 Julai lalu. Dilaporkan lebih 200 ribu jemaah daripada 40 buah negara telah berhimpun di kawasan itu.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyidsein Yassin sempat meluangkan masa hadir. Muhyiddin menyertai jemaah untuk solat zuhur manakala Najib bersama jemaah untuk solat asar.

Hari ini antara pemimpin yang hadir termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diiringi pemimpin Tabligh berangkat pulang dari pentas utama.


Menteri Pertahanan antara tetamu utama yang hadir.

Menurut Tan Sri Muhyiddin iqtimak berupaya menzahirkan semangat perpaduan dan memperkukuhkan dakwah Islamiah. Beliau berkata anggota tabligh rata-rata menampilkan imej sederhana dalam banyak hal.

Jemaah Tabligh (Bahasa Arab: جماعة التبليغ , juga disebut Tabligh) adalah gerakan mubaligh Islam yang bertujuan untuk mengajak manusia kembali ke ajaran Islam yang kaffah.

Aktiviti mereka tidak terbatas pada satu golongan Islam saja. Kepada yang bukan Islam diajak kepada mengenal Allah dengan menerangkan bahawa Tuhan adalah Satu, Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Tujuan utama gerakan ini adalah untuk menerapkan kalimah iman Lailahailallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam diri dan kehidupan setiap muslim. Jemaah Tabligh merupakan gerakan non-politik terbesar di seluruh dunia.

Jemaah itu ditubuhkan pada akhir dekad 1920-an oleh Maulana Muhammad Ilyas Kandhalawi di Mewat, sebuah wilayah di India.



Ini bukan jemaah Tabligh tapi sekadar mengabadikan kenangan di khemah jemaah Thailand.








Jemaah mengikuti program Iqtimak di luar khemah.
Jemaah Tabligh bukan asing bagi kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia. Rata-rata keluarga Islam di negara ini pasti ada hubung kait dengan saudara mara mereka yang menyertai jemaah tabligh.

Saya sendiri didedahkan kepada jemaah tabligh ketika sedang menunggu keputusan peperiksaan SRP. Namun ajakan seorang bapa saudara untuk menyertai jemaahnya hanya bertahan tiga hari.

Ketika di sekolah dan tempat kerja dulu, ada juga di kalangan kawan-kawan begitu aktif dengan kegiatan jemaah tabligh. Mereka kebanyakannya ‘soft spoken’ dan ‘humble’, walaupun menyandang jawatan tinggi.

Di surau dan masjid kadang-kadang aktiviti membacakan fazilat solat, zikir dan sirah sejurus selepas solat menjadi amalan harian, walaupun tanpa anggota jemaah tabligh hadir. Makan bersama dalam dulang antara amalan yang senonim dengan jemaah itu yang meneruskan sunah Rasullullah.

Namun imej tabligh kadang-kadang dicemari dengan perlakuan sesetengah anggota jemaah. Yang paling menjadi buah mulut, jemaah tabligh didakwa sering meninggalkan anak bini tanpa nafkah untuk berpergian selama berbulan-bulan.

Saya tidak berapa pasti dengan dakwaan itu, namun anggota jemaah tabligh yang terbaca entri ini mungkin dapat mengulasnya.

4 comments:

rahba81 said...

Salam tuan yg mulia..

Sedikit pembetulan..Bkn "Iqtimak",dlm bahasa urdu pronounce dia "Ijtimak" yg membawa maksud perhimpunan..

Semoga Allah merahmati kita..
W'salam..

Anonymous said...

Tuan yg dihormati,Ana kagum dengan 'penerokaan' tuan melalui pengalaman.Ana pernah melalui pengalaman yang sama:menerima mitos yang hampir sama bahawa jemaah tabligh berbuat perkara yg sama;meninggalkan keluarga sebegitu tapi pengalaman sendiri tidak sebegitu kerna ana dididik bertanggungjawab kepada keluarga dan agama.Cuma ana sedih dengan golongan jemaah tabligh yang menjadi jemaahnya secara takliq serta tidak menghayati ciri-ciri tabligh yang hakiki.Ada yang 'joint' tabligh secara kebetulan;ada yang terpaksa dan banyak lagi penyebabnya..yg pentingnya ana bersyukur pencarian ana berdakwah melalui tabligh membawa ana sentiasa mendekati Allah yg maha Esa...insyaAllah.

ibnu dinar said...

gua kerja kt offshore tgl ank bini b'bln2 nape xde org bsing.... klu kluar dakwah nape bising pulak...? ade otak tp hati gelap, smpi xleh pk... dlm islam xde istilah keje @ dakwah, yg ada hanya bepergian iaitu meninggalkan..... xkira utk apa tujuan sekalipon........ lg 1, agama adalah termasuk dlm nafkah batin... pasti & pasti kite akan di tanya di akhirat kelak berkenaan agama & amalan anak isteri kite....

Unknown said...

Orang yg komplain jemaah tabligh ini semuanya bodoh, tak kira dia siapa.knp sy berani cakap begitu? Nabi saw dan sahabatnya semua tinggalkan anak bini hingga ada yg tak balik2 lagi nabi sendiri ummi tak pernah belajar.Tapi Allah bagi kefahaman pada nabi. Sahabat kebanyakannya tak bersekolah, tapi Allah bagi kefahaman agama sebagai maksud hidup mereka. Abu hurairah yg menghafal beribu hadisth pun tidak pandai mengira dinar hingga melpasi kiraan 10......Sesiapa menganggap islam itu tersebar bijak pandai inilah fahaman yahudi spertimana jatuhnya baghdad di tangan tentera tar-tar.