Wednesday, December 31, 2008

HANYA KERANA PENUTUP RADIATOR

Kali ini percutian ke Cameron Highland berakhir dengan peristiwa yang tidak diduga. Namun ia berupa pengalaman yang amat berharga.

Perancangan bercuti ke tanah tinggi itu dilakukan secara spontan. Selepas persetujuan dibuat akhirnya kami tiga keluarga bertolak melalui Simpang Pulai. Dua kereta bertolak dari Tanjung Malim dan sebuah kereta dari Ipoh.

Kesesakan di Cameron Highland pada cuti sekolah kali ini amat teruk. November tahun lalu ketika kami sekeluarga berkunjung, kesesakan tidak berlaku.

Ketika kami menuruni pekan Brincang untuk pulang, isteri menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penanda suhu pada ’dask board’ kenderaan kami. Setelah dua kali memberhentikan kenderaan, didapati air di radiator berkurangan. Walaupun ditambah air, indikator masih menunjukkan suhu yang tinggi selepas beberapa minit perjalanan.

Atas nasihat abang Wahab yang menelefon saya dari Tanjung Malim, kami tidak meneruskan perjalanan. Selepas beberapa keputusan awal dibuat, akhirnya dua kereta diarah pulang dahulu ke Simpang Pulai membawa anak-anak yang lain.

Saya dan Farris ditinggalkan untuk mengurus perjalanan kenderaan MPV berkenaan. Akhirnya kenderaan tunda diperolehi dengan kadar bayaran RM600 untuk ke Tanjung Malim.

Sesampainya di tol Tanjung Malim pada jam 1:30 pagi, saya menghubungi Bala, seorang makenik rakan abang Wahab. Kami merancang untuk menyimpan sementara kenderaan berkenaan di bengkelnya.

Namun setelah dicuba-cuba periksa oleh Bala, tiada masaalah pada enjin dan radiator. Masalahnya cuma pada penutup radiator.

Setelah ditukar dengan penutup baru yang berharga RM12 yang dibelikan abang Wahab pada hari berikutnya, segala masalah selesai. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Pengalaman ini amat berharga kepada kami!

KAK MAHAH HASILKAN TUDUNG BERKUALITI

Foto : antara tudung yang dihasilkan Kak Samahah

Kakak Samahah yang tinggal di Tanjung Malim kini bergiat mengusahakan tudung yang diubahsuai daripada fesyen yang sedia ada di pasaran.

Pelbagai warna daripada febrik berkualiti dihasilkan. Hasil kerja tangan beliau kini mendapat sambutan di luar dugaan dari kalangan kenalan di seluruh negara.

Paparan di internet oleh seorang anaknya yang menetap di Kuching, Sarawak turut mendapat sambutan. Harganya amat berpatutan berbanding fesyen dan febrik yang hampir sama di pasaran.

Monday, December 29, 2008

KEPUTUSAN PMR ESOK

Seramai 472,060 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara akan mengetahui keputusan masing-masing esok.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam berkata, analisis keputusan itu akan diumumkan pada pukul 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Menurutnya, calon-calon boleh mengambil keputusan esok di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala keputusan bagi calon persendirian akan dihantar melalui pos oleh Jabatan Pelajaran negeri.

Beliau berkata, daripada keseluruhan pelajar yang menduduki PMR, seramai 442,791 (93.8 peratus) adalah calon sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran manakala 15,430 (3.3 peratus) calon sekolah-sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu.

Selain itu, sebanyak 13,491 (2.8 peratus) orang merupakan calon swasta manakala 348 (0.1 peratus) ialah calon persendirian perseorangan.

KEM MOTIVASI DI ULU BERNAM SESAK

Akhbar Berita Harian Jumaat lalu mengadakan Kem Motivasi di Ulu Bernam untuk pelajar-pelajar di antara 11 hingga 17 tahun. Kawasan rekreasi melalui Pekan Tanjung Malim berhampiran UPSI itu amat menarik dan nyaman.

Antara fisilitator yang dijemput khas termasuk penyanyi dan usahawan serta motivitor Dr Fazli, Uztaz Rock Akil Hayy dan Zainal Abidin. Bayaran hanya RM100 untuk tiga hari dua malam.

Namun jalan masuk yang hanya mampu dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa menyulitkan ibubapa yang menghantar anak. Bayangkan jika 300 kenderaan keluar masuk untuk menghantar anak-anak mereka melalui jalan sempit itu yang tiada bahu jalan.

Kesian petugas-petugas trafik yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti tempatan. Mereka terpaksa berlenjun di dalam hujan lebat untuk mengawal lalulintas sejauh lebih 3 kilometer, tanpa adanya kemudahan walkie-talkie.

Dan semalam setelah menyedari kesesakan itu, pihak penganjur tidak membenarkan ibubapa masuk membawa kenderaan untuk mangambil anak-anak mereka. Mereka diminta menunggu berhampiran kedai kain Jakel bersebelahan kampus UPSI.

Pelajar-pelajar berkenaan dibawa keluar dari kawasan perkhemahan dengan lori pick-up yang tidak berbumbung. Oleh kerana hujan lebat proses membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan tertanggung. Mereka tiba di kawasan menunggu kira-kira jam lapan malam walaupun majlis penutup dilakukan ketika hari masih terang.

Tuesday, December 23, 2008

AZNIL CORET PENGALAMAN TUNAIKAN HAJI


Foto-foto ini antara yang dipaparkan dalam blog Aznil.

Aznil Hj Nawawi coretkan pengalaman menunaikan haji di dalam blognya http://aznilnawawi.blogspot.com/

Wednesday, December 17, 2008

AKHIRNYA TIBA DI KLIA SELEPAS 5 JAM 'TERSANGKUT' DI JEDDAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut ketibaan rombongan pertama jemaah haji yang tiba dari Jeddah. Mereka tersangkut selama lima jam di Terminal Haji kerana kesesakan di lapangan terbang.

Kesian jemaah warga emas - mereka terpaksa turut serta jemaah lain yang dipaksa turun naik bas transit sebelum dapat memasuki pesawat. Sabar aje ler dengan karenah Tok Arab!....

BERAKHIRNYA 'LAMBAIAN KAABAH' - DOAKAN KAMI MENDAPAT HAJI MABRUR

Barisan VIP yang menyertai penerbangan pertama balik. Antaranya Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abd Aziz dan ahli parlimen, Dr Fuad Zarkashi.

Bersama PTL di Jeddah - selepas pertemuan di majlis penganugerahan pingat dan bintang di Seri Negeri, Melaka serta lawatan Timbalan Perdana Menteri di Pulau Layang-Layang.

Sebahagian jemaah Haji di Terminal Haji menunggu masuk waktu maghrib di ruang masjid terminal. Kebanyakan mereka bersolat jamak & qasar - maghrib/isya.

Jemaah Haji penerbangan pertama berbaris untuk mengambil pasport sebelum 'boarding'.

BERTEMU DATUK MURAD DI RUANG SOLAT

Bertemu Datuk Murad, mantan Penolong Gabernor Bank Negara di ruang solat di Zam Zam Tower, menghadap Masjidil Haram. Pertemuan ini berlaku setelah lebih 40 tahun. Datuk Murad adalah sahabat lama abang Zahid. Ketika Datuk Murad bertandang ke kampung mengikut abang Zahid pulang bercuti sekolah, saya masih di sekolah rendah. Mereka ketika itu dalam tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama di Ipoh.

Datuk Murah yang lebih dikenali sebagai 'Ah Chong' oleh rakan rapatnya, lebih senior daripada bekas Penolong Gabernor Bank Negara, yang juga pemimpin UMNO Kelantan Datuk Dr. Awang Adik Hussein. Oleh kerana beliau dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dulu, peluangnya disekat. Hari itu kami bermuzakarah lama, dari selepas maghrib sehingga solat Isya.

Apapun rezeki ada di mana-mana walaupun tohmahan itu amat pahit untuk beliau telan. Beliau kini lebih menumpukan kepada aktiviti pelaburan.

Selain Datuk Murad, saya turut bertemu Haji Hassan Hamzah sahabat lama yang kini baru menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Haji Hassan juga adalah orang kuat Majlis Penerbit Buku Bumiputra. Beliau juga pernah disaman oleh Datuk Vincent Tan sehingga jutaan ringgit kerana menerbitkan buku berkaitan Lingam. Kehadirannya Makkah juga tidak dirancang dan semuanya di atas keizinan Allah. Beliau sebelum itu menyertai misi pelaburan di Riyyadh dengan beberapa rakan niaganya dari Malaysia dan Azabaijan.

Thursday, December 11, 2008

SELAMAT TINGGAL MINA DAN JAMRAT - KAMI AKAN DATANG LAGI!


Turut merasai pengalaman 'melepak' sebagaimana sering dilakukan jemaah dari Asia Selatan dan Tengah ketika bermabit di Mina. Namun kami masih bertuah kerana sekadar 'melepak' beberapa jam. Kami terpaksa menunggu kereta GMC di tempat ini, yang akan membawa balik ke Kota Makkah kerana kesesakan trafik. Alhamdullilah kereta mula bergerak jam 2:30 petang dan kami tiba di Hotel Janadiriah kira-kira jam 7:00 malam. Tengah malam tadi kawan-kawan yang pergi untuk melontar di Jamrah hanya memakan masa 15 minit perjalanan setelah kebanyakan jemaah sudah meninggalkan Mina.

Jumlah jemaah yang melontar di Jamrah semakin berkurangan. Pada hari ketiga Tasyriq hari ini hanya mereka yang melakukan Nafar Thani melakukan lontar. Cukup selesa!

Wisma Tabung Haji di Jamirat yang dikenali sebagai "White House'. Atas arahan menteri kami mendapat tempat untuk bermalam di sini bersama-sama menteri dan pengurusan kanan Tabung Haji. Jarak untuk ke kompleks Jamrat tempat melontar tiga Jamarah hanya 3 kilometer atau 45 minit berjalan kaki. Sedangkan bagi jemaah muasasah lain jarak perkhemahan mereka ke Jamrat kira-kira dua kali ganda jarak perjalanan kami.

Kawasan di hadapan 'White House' turut dicerobohi jemaah Asia Selatan yang mendirikan khemah mereka untuk bermabit. Kenderaan yang membawa kami ke Kota Makkah tidak dapat dikeluarkan dari depan wisma kerana dihalang deretan kereta yang diletakkan di sepanjang jalan di hadapan wisma.

Wednesday, December 10, 2008

JUMPA KAWAN LAMA

Bertemu kawan lama di TV3, Aznil Haji Nawawi di perkhemahan pakej Almas TH Travel di Jamrat berhampiran tempat melontar tiga jamrah. Pakej ini adalah yang termahal berharga lebih RM100 ribu.

KENDERAAN BERPUSU-PUSU KE MINA

Bas membawa jemaah dari Russia. Bas lama ini yang diletakkan di tepi jalanraya turut dijadikan penginapan jemaah.
Jalanraya sesak dengan kenderaan menuju ke Mina untuk bermabit (bermalam).

Bumbung kenderaan masih mampu menempatkan jemaah untuk ke Mina.

DI SEKITAR PADANG ARAFAH

Foto : Datuk Seri Zahid bermesra dengan jemaah Malaysia.

Foto : Di sebatang jalan di perkhemahan jemaah Malaysia. Kelihatan di belakang (tengah) Sheikh Ruzi, teman Datuk Seri Zahid.

Foto : Bertemu jiran (Haji Jamal) pada pagi hari wukuf.

ZAHID BANTU HADI AWANG DI MAKKAH

Foto : Datuk Seri Dr Zahid mengunjungi Datuk Seri Hadi Awang di hotel penginapannya.

Minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mendakwa mendapat jemputan mengerjakan haji dari kerajaan Arab Saudi. Tetapi kerana dokumen tidak lengkap beliau dilaporkan tersangkut di Jeddah beberapa hari dan tidak dapat masuk ke Makkah.

Hasil bantuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub serta beberapa pemimpin PAS yang lain dapat masuk ke Makkah dengan menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Datuk Zahid.

Namun ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu beliau segera menafikan ’tersangkut’ dan cuba mengelak untuk menyebut nama Zahid. Malah sebaliknya beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dan kedutaan Brunei.
Namun bagi Datuk Seri Zahid, bantuan kerana Allah tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Tapi tinggi jugak ego Presiden PAS tu ye!

Monday, December 1, 2008

LAGI FOTO DI SEKITAR MAKKAH

Motosikal roda tiga digunakan oleh agen muasasah untuk membawa jemaah haji yang sesat.


Simpang ke Muzdalifah dan Mina dari Arafah.
Bersama rakan dari TV3, Zaini yang terserempak ketika berjalan melalui deretan kedai berhampiran Masjid Kucing. Rezeki Zaini diizinkan Allah untuk menunaikan haji tahun ini.

Bersama KK & Ayeh di Makkah, yang mengikut ayah mereka melawat maktab-maktab jemaah haji.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut jemaah haji Malaysia di depan maktab.


Jemaah beritikaf di Masjidil Haram menantikan solat Isya.

DI SEBALIK FOTO DI MAKKAH

--->Meninjau tapak khemah di Arafah

--> Persiapan menjelang wukuf di Arafah

--> Hotel penginapan Janadiriah (Berwarna coklat) menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah serta kira-kira 7,00o jemaah haji muasasah.

--Projek pembesaran Majidil Haram, pemandangan dari bukit di sudut tempat Sa'ie.

--> Kumpulan Media Tabung Haji yang terdiri daripada TV3, Bernama, RTM dan TV9