Saturday, September 29, 2007

EVOLUSI BILIK BERITA TV

Wartawan dan juga Penerbit Berita TV9, Razali Awang dengar cerita akan meninggalkan stesen 'Dekat Di Hati'. Dia mungkin menyertai pasukan Editorial di Karangkraf yang baru menerbitkan akhbar tabloidnya.
Razali sebelum ini pernah berkhidmat di Utusan Malaysia, TV3, RTM dan NTV7.
Sebelum ini wartawan dan juga Penolong Penerbit, Faizal Kasmani meninggalkan TV9 kerana menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah dan menjadi pensyarah di Universiti Teknologi Islam Malaysia di Nilai.
Wartawan dan Penyampai Berita, Abu Talib Husin juga berura-ura akan menyertai semula bidang kerjayanya sebelum ini, sebagai Auditor.
Sebenarnya trend dunia kewartawanan siaran memang begitu lumrahnya. Hanya 10-20% sahaja kakitangan 'editorial' nya termasuk penyampai berita dan wartawan akan kekal lama.
Di Bahagian Berita & Ehwal Semasa di TV3 umpamanya, sejak ia ditubuhkan, hanya berapa kerat sahaja yang tinggal hingga sekarang.
Mana dia Nina Halim Rasib, Yusof Darus, Abdul Razak Abdullah, Wan Zaleha Radzi, Ras Adiba Radzi, Zalina Azman, Jasbant Singh, Dzulkarnain Taib (DT) dan Abd Malek Faisal (sekadar menyebut beberapa nama).
Mana perginya pula bos-bos seperti Haji Subohi, Salleh Kasim, Ahmad Ab. Wahab, Ibrahim Yahaya atau Tiger (sekarang Datuk) dan banyak lagi.
Kalau masih ada orang lama di bilik berita sekarangpun, mereka yang pernah meninggalkan TV3 dan menyertai semula, selepas 'penat berjuang' di luar sana.
Selibriti berita yang ada di TV3 sekarangpun masing-masing sudah diserap ke beberapa jabatan lain. Tugas hakiki mereka tiada langsung berkaitan dengan berita.
Sebenarnya Berita TV perlu sentiasa segar dan mengalami perubahan sejajar dengan cita rasa penonton.
'Jangka hayat' penyampai berita pula tidak lama melainkan dia itu ada 'ex-factors' yang melampau-lampau hebatnya. Tetapi untuk penjaga editorialnya bagaimana ye?
(Razali Awang, dua dari kiri dan Faizal Kasmani paling kanan)

Thursday, September 27, 2007

KENALI WAJAH MEREKA DI BERITA TV9

(Dari kiri, Ira dan Zura. Foto daripada fail Ira)
Zuhairah Mustafa Al-Husin atau Ira antara penyampai berita TV9 yang popular. Kini turut menjadi pengantara program Busana. (Tunggu! Profil Zura ada di bawah ye!)

(Dari kiri, Nurul dan Zura)
Nurul Aishah Ab. Rahman antara wartawan siaran di Tv9 yang prolifik, mempunyai 'chemistry' dengan Zura.

Syed Khair Syed Hussein dan Norazura)
Syed Khair atau Arab antara penyampai berita Tv9, sepanjang bulan Ramadan ini dia ditumpangkan di Jabatan Pendidikan dan Majalah untuk mengendalikan program Al-Risaalah.

(Dari kiri, Finaz, Aminhayat dan Norazura)
Aminhayat Abd Rahim, salah seorang penyampai berita TV9. Pernah menjadi jurutera IT dan rajin membuat laporan Khas.

(Dari kiri, Safinaz Yunus, Abu Talib Husin dan Norazura Abu Samah)

Safinaz sebelum ini adalah wartawan siaran di NTV7. Bakal menjadi penyampai berita TV9 sedikit masa lagi. Antara yang paling muda di kalangan staf Jabatan Berita & Ehwal Semasa TV9.

Talib kini antara penyampai berita yang menonjol tetapi dijangka meninggalkan TV9 bulan depan kerana memenuhi tuntutan keluarga. Walaupun minat dan mempunyai iltizam yang tinggi terhadap tugas di TV9 tetapi keperluan keluarga masih diutamakan.

Zura antara penyampai berita wanita yang mempunyai ramai peminat. Mudah mesra dan manja kepada semua orang.
Untuk menatap wajah-wajah mereka, selalulah menonton Berita TV9, setiap hari jam 8:00 malam. Layarilah laman mereka di pautan di bawah.

(Semua foto daripada fail Norazura - sorry kena celuk!)

EMAK DIPINDAHKAN SEMULA KE ICU

Jam 3 pagi Selasa lalu ketika saya terbaring di sofa bilik 207, saya dikejutkan dengan panggilan "wake-up" daripada Dr Ishak Masud, Pengarah Eksekutif KBMC.

Beliau memberitahu emak terpaksa dimasukkan semula ke ICU, nafasnya berdegup kuat. Sebelum itu, ketika saya tiba untuk menjaga emak, saya turut perasan perubahan itu.

Ketika doktor bertugas dan beberapa jururawat mengerumuni emak jam 12 tengah malam, saya duduk di sofa itu. Langsir emak ditutup. Kerana makan ubat batuk, selesema dan anti-biotik, tanpa disedari saya sudah 'hanyut'.

Emak terpaksa dibantu lagi dengan alat sokongan untuk bernafas. Awal pagi itu selain Dr Ishak, turut dipanggil membantu emak ialah Dr Farah, pakar bius di KBMC.

Saat itu juga saya SMS semua adik-beradik memberitahu, "emak dipindahkan semula ke ICU, keadaanya stabil".

Malam ini giliran saya sekali lagi menjaga emak.

Saturday, September 22, 2007

EMAK KESEORANGAN DI WAD

Sejak bapak keluar dari hospital minggu lalu emak tiada siapa menemaninya selama 24 jam selain kakitangan hospital.

Selang beberapa hari selepas bapak keluar hospital, emak turut dipindahkan dari ICU ke wad biasa. Namun rawatan rapi masih diberikan oleh kakitangan hospital.

Bapak kini semakin sihat dan dijaga oleh kakak di Tanjung Malim, selepas tiga hari bercuti di kampung sempena Ramadan.

Pada mulanya bapak berhasrat untuk menemani emak di hospital, tetapi menukar pendirian. Selama hampir dua bulan duduk di dalam bilik wad, orang yang sihatpun boleh jadi sakit - itu antara alasan yang semua anak-anak setuju.

Kini emak sendirian di bilik 207. Emak tidak menggunakan mesin sokongan lagi untuk bernafas. Hanya alat bantuan oksigen seperti pesakit biasa gunakan. Tetapi tangan dan kakinya masih diikat untuk mengurangkan pergerakan.

Dulu ketika bapak di wad (bilik 206) ada dua pembantu Indonesia menemani emak dan bapak bersama seorang adik yang istimewa. Kini seorang daripada pembantu sudah dihantar pulang ke Indonesia kerana tidak sihat. Seorang lagi pembantu yang bersama bapak di Tanjung Malim akan menyusul pulang ke negaranya.

Anak-anak hanya menemani emak pada sebelah malam secara bergilir-gilir, kerana masing-masing ada tanggungjawab. “Kami hanya mampu datang dan tidur waktu malam di sini”, kata saya kepada seorang jururawat. “Tak apalah kami ada”, jawab jururawat yang bertugas seolah-olah memahami masalah kami.

Namun saya masih rasa kesian dan simpati pada emak. Sepanjang siang, tiada anak-anak di sisi. Walaupun tidak boleh bercakap untuk menyatakan sesuatu tetapi emak perlukan interaksi dan belaian, supaya lebih kuat dan semangat untuk sembuh.

“Makcik dah banyak berubah dan sudah beri respond. Saya tanya dia kalau gatal kerdip mata, kalau gatal sangat kerdip dua kali. Dia buat apa yang saya cakap”, jelas jururawat yang bertugas.

Friday, September 21, 2007

TAWARAN DARIPADA MEDIA BARU


Peminat televisyen di Malaysia yang terlepas menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen terutama rangkaian televisyen Media Prima (TV3, NT7, 8TV dan TV9) tidak perlu gusar.

Apa yang anda perlu lakukan layari laman web Media Prima dipautan di bawah. Klik stesen TV pilihan anda dan terus layari program yang anda minati. Anda juga boleh muat turun program kegemaran anda itu.


Selain itu, sebagai bidang perniagaan baru Media Prima juga telah menerokai apa yang dipanggil ‘New Media’. Peluang pendapatan baru melalui iklan terbentang luas. Anda juga perlu layari ‘Gua’ dipautan di bawah

AWAL PAGI DI KAMPUNG BARU

Bersahur di daerah asing
Bersahur di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur awal pagi tadi seolah-olah berada di sebuah daerah di Indonesia.

Menunya nasi padang ala Minang, pelayannya telo Indonesia, pelanggannya 90 peratus bercakap Indon, malah program yang disiarkan di televisyen juga menayangkan cerita Indonesia.

Rasa terasing di bumi sendiri!

Mufti Perak beri kuliah subuh
Ketika menyertai solat subuh berjemaah di Masjid Jamek Kampung Baru pagi ini, saya terpandang seorang lelaki pertengahan umur, berbaju Melayu dan berkupiah.

Dia satu-satunya jemaah yang berpakaian begitu. Iras wajah macam pernah saya kenal. Saya kira mungkin dia seorang kakitangan kerajaan, berpakai begitu setiap Jumaat. Dan selepas solat subuh nanti mungkin dia terus pergi kerja.

Saya bersolat betul-betul di belakangnya. Selepas solat dan membaca surah Yasin beramai-ramai, Imam masjid mengumumkan kuliah subuh pagi ini akan disampaikan oleh orang dari Perak.

Beliau ialah Datuk Seri Harusani, Mufti Kerajaan negeri Perak. Orang yang bersolat di depan saya tadi. Beliau berada di Kampung Baru kerana menemani isterinya yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), yang terletak bersebelahan masjid. Seperti saya juga, yang menemani ibu malam tadi di hospital.

Wednesday, September 19, 2007

SUDAH TEMPAH KAD RAYA?

Semalam seorang teman membawa katalog kad raya kepada saya dengan harapan saya dapat membuat tempahan tahun ini. Contoh rekabentuknya cantik-cantik dan terkini.

Tetapi sebenarnya sudah lama saya tidak menghantar kad raya kepada semua orang. Bukan sombong, tetapi sudah malas untuk mempraktikannya, lebih-lebih lagi kini sudah ada sms, e-kad dan sebagainya..

Saban tahun banyak juga saya terima kad raya daripada kenalan, sahabat handai, menteri-menteri, jabatan kerajaan dan pelbagai individu yang ada kaitan dengan media. Satupun tak berbalas, maaf!

Dulu pernah juga saya mengantar dan membalas kad raya kepada semua mereka. Tetapi sejak kad raya hanya siap dan diedarkan beberapa hari menjelang hari raya, saya terus berhenti menghantarnya. Lagipun tiada kepentingan bagi saya, selain untuk mengeratkan hubungan silatul-rahim.

Dulu semasa kanak-kanak saya sering menghantarnya kepada Perdana Menteri dan Menteri-menteri, walaupun mereka tidak mengenali saya. Rasa bangga betul apabila menerima balasan daripada mereka.

Mereka yang berkepentingan terutama pemimpin politik perlu menempah dan menghantar kad raya kepada ‘pengundi-pengundi’, terutama apabila ada pemilihan parti.

Untuk itu saya tabik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur. Setiap tahun tanpa gagal beliau akan menghantar kepada semua AJK Bahagian UMNO seluruh negara.

Kiralah berapa kos yang perlu ditanggung, jika satu bahagian ada 30 orang AJK! Itu belum peringkat Pemuda, Wanita dan Puteri. Sebagai orang media dan AJK Bahagian, saya sering mendapat dua kad raya daripada orang yang sama.

Di peringkat bahagian, ramai juga rakan-rakan sama ada AJK Bahagian atau Ketua Cawangan menghantarkan kad raya. Maka akan terteralah cetakan nama pengirim, isteri dan anak-anak.

Malah ada juga yang menyenaraikan semua jawatan yang disandang, daripada sebesar-besar jawatan sehinggalah ke sekecil-kecil jawatan termasuk jawatan sebagai ketua lorong kediaman. Harap-harap orang tahulah semua jawatan yang dia ada!

Kepada anda semua ucapan ini mengantikan Kad Raya saya tahun ini. Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN !