Thursday, May 31, 2007

KESERONOKAN MELEBIHI HOTEL 5 BINTANG




Singgah di dusun kakak di Tanjung Malim semasa balik ke Kuala Lumpur, meninggalkan kenangan manis kepada anak-anak saya. Selain memancing ikan di kolam, mereka dapat mengambil buah dan menyusukan kambing.

Sebelum bulan puasa nanti kakak ajak datang lagi, buat BBQ di tepi kolam. Semua adik-beradik diajak berkumpul dan bawa khemah masing-masing.


REZEKI KEDAI RUNCIT

(Pasar Mini Masyarakat milik Shukor)

(Kedai lama Shukor)

(Haji Shukor berkupiah bersama pelanggannya)

Komuniti Kampung Sungai Nipah Darat boleh berbangga dengan kejayaan seorang pengusaha kedai runcit anak tempatan, Haji Shukor Haji Jalib. Kesungguhannya bekerja dengan melaksanakan beberapa strategi pemasaran dan nilai tambah, perniagaannya semakin maju.

Haji Shukor, 43 tahun mewarisi peniagaan kedai runcit daripada Allahyarham ibunya. Kedai runcit yang diwarisinya itu bersifat tradisional dan sekadar menjual keperluan penduduk sekampung.

Namun setelah dia menggunakan konsep pasar raya besar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan secara setempat, kedainya kini terus menjadi tumpuan.

Kini pelanggannya bukan sehaja daripada penduduk sekampung, malah dari seluruh mukim Rungkup, di parlimen Bagan Datoh.

Dia yang tamat persekolahan di tingkatan lima, tidak perlu belajar untuk mendapatkan Ijazah Sarjana bagi menikmati pendapatan lima angka, melebihi pendapatan sesetengah Ketua Editor.

Itulah rezeki berniaga namanya!

Tuesday, May 29, 2007

PRODUK BATANG KELAPA

(Murah...! Hanya RM4 sebatang)

Bagan Datoh memang sudah dikenali dengan tanaman kelapanya. Buku geografi sekolah rendah semasa saya belajar dulu ada mencatatkan fakta itu.

Sebatang pokok kelapa boleh digunakan untuk 1001 macam keperluan. Daripada akar sehinggalah ke pucuk pohon kelapanya. Antaranya daun kelapa boleh dijadikan sarung ketupat dan sebagai hiasan untuk majlis keramaian masyarakat India dan Orang Asli. Lidinya pula boleh dibuat penyapu dan batang satay.

Umbutnya boleh dibuat sayur dan popular untuk masakan lemak. Buah kelapanya sudah tentu sebagai produk utama untuk menghasilkan minyak masak disamping air kelapa muda menjadi pembasah tekak. Di Kuala Lumpur harga sebiji kelapa muda sudah mencecah RM2.50, itupun yang dijual di bawah-bawah pokok tanpa ada lesen penjaja.

Balik kampung membawa anak-anak bercuti semalam, disambut dengan deretan batang-batang kelapa yang sebahagiannya dimasukan ke dalam parit. Sepanjang hidup di kampung sebelum bersekolah dan berhijrah ke bandar, saya belum pernah melihat suasana itu.

Sejak dulu saya memang terdedah dengan kewujudan kilang tempurung dan sabut kelapa di kampung. Kilang tempurung kelapa milik saudara sepupu saya hanya di seberang jalan dari rumah ibubapa saya. Tempurung kelapa selepas diproses boleh digunakan untuk lapisan atas meja perabot yang dikenali sebagai ‘fomica’.

Kilang sabut kelapa di Teluk Intan dulu pernah menghasilkan beribu-ribu tan tali kapal dan beraneka jenis tali sebelum tali plastik diperkenalkan.

Di pekan kecil Simpang Tiga yang jaraknya hanya tiga kilometer dari rumah ibubapa saya, ada sebuah lagi kilang menghasilkan bahan daripada kelapa. Kilang santan kelapa secara peket itu memasarkan keluarannya ke seluruh negara dan luar negara.

Dan batang kelapa yang direndam sebahagiannya ke dalam parit itu pula dikatakan dibeli oleh sebuah syarikat. Sebatang dibeli dengan harga hanya RM4. Walaupun saya tidak pasti harga pasarannya yang sebenar, saya rasa harga itu terlalu murah.

Ia dikatakan untuk diproses sebagai papan lapis. Dibeli daripada penduduk atau pemilik kebun kelapa yang akan mengantikan tanaman kelapa dengan tanaman kelapa sawit.

Mengapa direndam di dalam parit? Disebabkan tiada tempat untuk mengumpul batang kelapa itu, ia terpaksa diletakkan sebegitu rupa sebelum diangkut ke kilang memproses.

Walaupun tinggal di bawah pohon kelapa yang mempunyai 1001 kegunaan, pendapatan penduduk hasil daripada keluaran tanaman itu amat menyedihkan. Semua harga bahan berasaskan kelapa terlalu murah.

Perbezaan harga diantara kampung dan Kuala Lumpur seperti langit dengan bumi. Contohnya sebiji kelapa yang dijual kepada peraih hanya berharga 25 sen berbanding kelapa parut di kedai runcit di Kuala Lumpur dijual dengan harga RM2.00 sebiji.

Monday, May 28, 2007

KG SUNGAI NIPAH DARAT TAK ADA BEZA DGN KL

(Menara di celah-celah pohon kelapa)
Seronok saya.

Dulu Kampung Sungai Nipah Darat di Bagan Datoh nak guna telefon selular janganlah mimpi. Balik kampung simpan jerlah handphone tu. Satu barpun tak dapat.

Tapi balik kampung cuti sekolah hari ini, menara milik pelbagai syarikat pembekal perkhidmatan telefon mudah alih bersepah di Bagan Datoh.

Saya juga dapat menambahkan catatan di blog ini tanpa gangguan. Teknologi ICT semakin berkembang. Saya tidak payah bawa akaun stremyx balik kampung. Apa yang perlu saya buat, cucuk kabel telefon di Laptop, dial 1315.....beres.

Sunday, May 27, 2007

SIMPANAN KWSP TIDAK CUKUP

Membaca tulisan SHAHANAAZ HABIB di The Sunday Star mengenai simpanan KWSP untuk hari depan membuat hati saya terguris.

"Only 5% of Malaysians are prepared for retirement. Based on EPF’s 2005 annual report, about 90% of EPF contributors have less than RM100,000 in their accounts – not enough to see them through 20 years past retirement."

Saya harus bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t. Namun generasi anak-anak kita harus juga dibekalkan peninggalan pusaka, agar menjelang pesaraan nanti ada harta yang cukup untuk dikongsi dengan anak-anak dan cucu mereka.

Bukan tanah atau rumah yang diberi tetapi ilmu yang dapat digunakan di hari muka. Berilah pancing dan bukannya ikan untuk mereka.

Semuga mereka cepat sedar diri!

Thursday, May 24, 2007

LEFTENAN KOLONEL FADZELETTE BERHENTI ASKAR

(Lt Kol Fadzelette tegas ketika beruniform)


(Fadzelette bersama skot dalam satu tugasan di Dubai, UAE)

Leftenan Kolonel Fadzlette Othman Merican binti Idris Merican. Nama seorang wanita yang menggunakan kombinasi nama lelaki, untuk mengekalkan nama keluarga di hujung namanya.

Setiap wartawan yang membuat liputan mengenai ketenteraan pasti mengenali nama itu. Nama yang tidak akan terdapat di mana-mana tempat di Malaysia mahupun luar negara.

Dia sudah berkhidmat dalam tentera hampir 27 tahun. Sepanjang tempoh itu dia tidak pernah bertukar unit atau pasukan, melainkan ditukarkan ke beberapa tempat di negara ini termasuk Sarawak.

Kini jawatan sebagai Timbalan Ketua Cawangan Perhubungan Awam, Kementerian Pertahanan tidak lama lagi akan dilepaskannya. Sudah lama dia memohon untuk berundur tetapi ditolak. Dan bermula Jun atau Julai ini bergelarlah Fadzelette sebagai orang awam dan Lt kol (B).

Perjalanannya seakan amat singkat. Walaupun kami sudah lama meninggalkan detik-detik susah ketika di Maktab Tentera Diraja, pengalaman itu seakan baru berlaku.

Fadzlettelah satu-satunya skot yang sentiasa ‘keep in touch’ dari dulu sehingga sekarang. Keadaan ini mungkin kerana bidang kerjayanya dengan saya sama - media dan komunikasi.

Fadzlette sebenarnya antara pegawai wanita yang ‘favourite’ di dalam Angkatan Tentera Malaysia, ATM. Dia adalah antara kumpulan pertama pegawai wanita Tauliah Jangka Tetap dalam ATM.

Semua skot wanitanya sudah lama keluar baris. Yang terakhir sebelum beliau, Mejar (B) Rozita Ghani (Kor Polis Tentera) yang kini membuka firma guamannya di Jalan Yap Kuan Seng, manakala Kapt (B) Norkiah (Kor semboyan) berhenti dan mengikuti suaminya Kolonel Jalaluddin (juga skot kami) posting ke merata-rata tempat.

Selepas ini jawatan besar akan menanti Lt Kol Fadzelette di syarikat swasta, berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi korporat.

Sebenarnya jika Cawangan Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan distrukturkan semula, Fadzelette tak perlu berhenti. Cawangan itu sejak dulu lagi diketuai seorang kakitangan awam (JUSA) manakala Timbalannya seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel..

Tapi setelah ATM mengalami pembesaran, sepatutnya cawangan itu diketuai seorang pegawai tentera berpangkat Kolonel atau Brig. Jeneral. Ini kerana elemen perhubungan awam atau sekarang dikenali komunikasi korporat semakin penting dalam mana-mana organisasi.

Bagi saya sumbangan Fadzelette masih diperlukan di Kementerian Pertahanan dan dia boleh pergi jauh lagi. Dia boleh mengatasi pangkat ahli-ahli keluarganya yang lain yang pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera.

Mereka suatu ketika dulu pernah dikenali sebagai “Merican Batalion” dalam ATM. Bapanya seorang bekas CO berpangkat Leftenan Kolonel dalam Rejimen Kalvari Diraja (sekarang Armour) manakala suami Fadzelette (Syed), abang dan iparnya semua pernah menjadi pegawai tentera.

Wednesday, May 23, 2007

BLOGGING TIPS

Get your blog linked by other blogs so that more people can be directed to your blog. Register with blog search engines too. (Alan Ang)

Make your blog look good. A nice looking blog always attracts attention. Still, remember, the writing has to be er, agreeable too. (Mona)

Spellcheck your writing before posting. (C.T.Chua)

Update your blog as frequently as possible. This will encourage people to return on a regular basis. (Liz)

Try to join a group - whether by interests, location etc - that may provide you with a ready audience due to the shared interests, locations etc. A good example: The AllMalaysian Bloggers Project. :) (Orchid)