Saturday, May 15, 2010
Monday, May 10, 2010
PANGGILAN MISTERI
Daripada pelbagai panggilan yang diterima, hari ini saya mendapat dua panggilan yang terpahat di minda. Panggilan pertama ketika saya sedang tersangkut dalam kesesakan dalam perjalanan ke tempat kerja.
Suara panggilan itu mengambarkan seolah-olah beliau mengenali saya dengan memberikan bayangan melalui peristiwa yang dilalui bersamanya. Selain tidak mengenali nama dan suaranya, minda saya juga tidak dapat melintasi peristiwa yang diceritakannya.
Selepas saya menyebut nama salah seorang saudara saya, baru dia meminta maaf kerana tersalah orang. Dia kemudian meminta nombor telefon saudara saya itu.
Tapi yang menjadi tanda tanya bagaimana dia memperoleh nombor telefon saya?
Panggilan kedua saya terima daripada seorang yang telah dihukum buang daerah ke Kerteh, Terengganu.
Dia mengadu polis telah tersalah orang dan meminta saya membantunya untuk memaparkan nasibnya di dalam media. Nasibnya itu pernah disiarkan di akhbar Harian Metro 7 April lalu.
Menurutnya sudah 10 bulan dia berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya yang terpisah di Perlis dan Johor. Dakwanya trajedi yang menimpanya itu angkara balas dendam.
Isterinya yang juga anggota polis kini tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu. Laporan polis telah dibuat, aduan kepada SUHAKAM juga telah dilakukan, namun tiada tindakan diambil.
Bagi saya pula, maklumat terperinci harus diperolehi terlebih dahulu daripada semua pihak sebelum pendedahan selanjutnya dapat dilakukan.

Tuesday, May 4, 2010
ALL IN THE FAMILY
Nak tunggu cuti panjang persekolahan belum tentu dapat berkumpul anak beranak seperti ini. Dan kesempatan mengambil anak yang sulong di Kuala Terengganu, kami sekeluarga mengambil cuti beramai-ramai.
Empat orang daripada mereka terpaksa dipontengkan sekolah. Balik dari Terengganu baru mereka dihantar ke asrama petangnya. Seorang lagi kena hantar awal pagi esoknya. Manakala yang bongsu di sekolah biasa, emaknya pula kena hantar.
Seronok mempunyai anak ramai, walaupun masa kecil-kecil mereka kami kena banyak bersabar untuk membesarkan mereka.
Pengalaman mempunyai adik beradik ramai (sembilan orang) banyak mendedahkan kami berhadapan situasi yang menyeronokan seperti itu disamping menghadapi pelbagai masalah yang timbul, yang akhirnya berupaya diselesaikan secara muswarah.
Jadi jangan gusar untuk diberi rezeki mempunyai anak yang ramai.
Monday, May 3, 2010
Sunday, May 2, 2010
BENDA KECIL PUN TAK BOLEH NAK URUS
Seperti hari kelepasan yang lain, cuti hari pekerja jumlah pengguna lebuhraya yang berhenti di kawasan rehat & rawat (R&R) memang telah dijangka bertambah.
Namun jangkaan itu tidak digunakan untuk melicinkan pengurusan R&R termasuk kerja-kerja mengangkat pinggan mangkuk yang kotor di atas meja.
Di R&R Temerloh misalnya hanya seorang pekerja ditugaskan untuk membereskan kerja-kerja itu. Kerana pinggan mangkok kurang, pekerja gerai ada yang memunggah sendiri barangan mereka kerana terlalu lama menunggu penghantaran barangan kotor itu ke dapur.

Tapi yang tidak manisnya, pekerja gerai itu pula melonggokkan pinggan dan cawan bukan miliknya di atas meja itu jugak.
Pelanggan-pelanggan pula terpaksa menanti sehingga 45 minit sebelum meja dapat dibersihkan. Kerana terlalu lama menunggu ada pelanggan terpaksa mengemas sendiri pinggan dan cawan kotor.

Alahai.......benda kecil inipun tak boleh nak urus!
Friday, April 30, 2010
PELUANG ADA DI DEPAN
Setelah keputusan kemasukan Pengajian Matrik diumum minggu lalu, hari ini keputusan UPU boleh diakses melalui internet.
Nadia yang menolak tawaran ke matrik, malam ini menyambut kepulangan ayahnya di depan pintu dengan senyum lebar sambil menunjukkan skrin laptopnya. Mass Comm pilihannya.
Dia menjadi pengantara kepada beberapa rakannya untuk mengakses keputusan UPU. Sepupunya di Tanjung Malim juga berjaya untuk mendaftar ke UiTM dalam kursus Diploma Sains.
Beberapa rakannya juga berjaya, namun ada juga yang gagal tetapi melindungi kekecewaan.
Dengan keputusan yang diterimanya malam ini terubat rasa kecewa Nadia yang gagal untuk kali kedua dalam ujian memandu siang tadi.
Esok Nadia akan mengikuti keluarganya ke Kuala Terengganu untuk mengambil abangnya yang tamat pengajian di Universiti Darul Iman, di Gong Badak.
Bagi Nadia peluang sentiasa ada di depan untuk berjaya, namun gangguan kedurjanaan yang menghalang kejayaan itu perlu ditolak. Jangan tersalah langkah!
Nadia yang menolak tawaran ke matrik, malam ini menyambut kepulangan ayahnya di depan pintu dengan senyum lebar sambil menunjukkan skrin laptopnya. Mass Comm pilihannya.
Dia menjadi pengantara kepada beberapa rakannya untuk mengakses keputusan UPU. Sepupunya di Tanjung Malim juga berjaya untuk mendaftar ke UiTM dalam kursus Diploma Sains.
Beberapa rakannya juga berjaya, namun ada juga yang gagal tetapi melindungi kekecewaan.
Dengan keputusan yang diterimanya malam ini terubat rasa kecewa Nadia yang gagal untuk kali kedua dalam ujian memandu siang tadi.Esok Nadia akan mengikuti keluarganya ke Kuala Terengganu untuk mengambil abangnya yang tamat pengajian di Universiti Darul Iman, di Gong Badak.
Bagi Nadia peluang sentiasa ada di depan untuk berjaya, namun gangguan kedurjanaan yang menghalang kejayaan itu perlu ditolak. Jangan tersalah langkah!
Subscribe to:
Posts (Atom)