Tuesday, May 4, 2010

ALL IN THE FAMILY




























































































Nak tunggu cuti panjang persekolahan belum tentu dapat berkumpul anak beranak seperti ini. Dan kesempatan mengambil anak yang sulong di Kuala Terengganu, kami sekeluarga mengambil cuti beramai-ramai.

Empat orang daripada mereka terpaksa dipontengkan sekolah. Balik dari Terengganu baru mereka dihantar ke asrama petangnya. Seorang lagi kena hantar awal pagi esoknya. Manakala yang bongsu di sekolah biasa, emaknya pula kena hantar.

Seronok mempunyai anak ramai, walaupun masa kecil-kecil mereka kami kena banyak bersabar untuk membesarkan mereka.

Pengalaman mempunyai adik beradik ramai (sembilan orang) banyak mendedahkan kami berhadapan situasi yang menyeronokan seperti itu disamping menghadapi pelbagai masalah yang timbul, yang akhirnya berupaya diselesaikan secara muswarah.

Jadi jangan gusar untuk diberi rezeki mempunyai anak yang ramai.

No comments: