Daripada pelbagai panggilan yang diterima, hari ini saya mendapat dua panggilan yang terpahat di minda. Panggilan pertama ketika saya sedang tersangkut dalam kesesakan dalam perjalanan ke tempat kerja.
Suara panggilan itu mengambarkan seolah-olah beliau mengenali saya dengan memberikan bayangan melalui peristiwa yang dilalui bersamanya. Selain tidak mengenali nama dan suaranya, minda saya juga tidak dapat melintasi peristiwa yang diceritakannya.
Selepas saya menyebut nama salah seorang saudara saya, baru dia meminta maaf kerana tersalah orang. Dia kemudian meminta nombor telefon saudara saya itu.
Tapi yang menjadi tanda tanya bagaimana dia memperoleh nombor telefon saya?
Panggilan kedua saya terima daripada seorang yang telah dihukum buang daerah ke Kerteh, Terengganu.
Dia mengadu polis telah tersalah orang dan meminta saya membantunya untuk memaparkan nasibnya di dalam media. Nasibnya itu pernah disiarkan di akhbar Harian Metro 7 April lalu.
Menurutnya sudah 10 bulan dia berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya yang terpisah di Perlis dan Johor. Dakwanya trajedi yang menimpanya itu angkara balas dendam.
Isterinya yang juga anggota polis kini tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu. Laporan polis telah dibuat, aduan kepada SUHAKAM juga telah dilakukan, namun tiada tindakan diambil.
Bagi saya pula, maklumat terperinci harus diperolehi terlebih dahulu daripada semua pihak sebelum pendedahan selanjutnya dapat dilakukan.
No comments:
Post a Comment