Wednesday, May 22, 2019

Ketua-Ketua Cawangan di Tebrau tidak setuju tindakan Ketua Bahagian

Gabungan Ketua2 Umno Cawangan Bahagian Tebrau  ( GKCUT ) Mengambil Maklum Kenyataan Datuk Maulizan Bujang, Ketua Umno Bahagian Tebrau Pada 20hb Mei 2019, Mendesak Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Meletakkan Jawatan Sebagai Presiden Umno Malaysia. Namun kami terpanggil untuk memberi sedikit pandangan ikhlas kami yang berada di akar umbi.

1. Kita meraikan  kepelbagaian dan perbezaan pendapat tetapi biarlah dalam ruang lingkup yang tertib dan teratur.

2. Umno ada proses penambahbaikan dan perlu nya mengikut saluran yg betul bagi menyuarakan  pandangan iaitu melalui persidangan cawangan / bahagian /MT. Mengeluarkan kenyataan secara terbuka sebegitu bukan lah budaya umno apatah lagi ia nya di buat oleh seorg KB.

3. Sebagai ahli umno kita perlu akur bahawa proses pemilihan secara demokrasi telah dilaksanakan dan semua pihak kena akui  sistem pemilihan parti dan berlapang dada sebagaimana KB yg menang di tebrau walaupun cuma dengan 25 undi.

4. Adalah ebih molek jika KB tebrau "move on" dan fokus pada bahagian  tebrau yg masih banyak kecelaruan dan kelemahan serta memikirkan untuk merampas semula ketiga tiga kerusi yg kalah di tebrau.

5. Jangan lah menjadi   jaguh seperti ayam berkokok tetapi ekor bergelumang tahi.

6. Jadilah pembangkang yg KONSTRUKTIF dan bukan pembangkang
yg DESTRUKTIF.

Sekretariat
Gabungan ketua-ketua umno cawangan tebrau

No comments: