Tuesday, December 16, 2014

SAYONARA


Semalam 15 Disember 2014, hari terakhir aku dalam dunia media. 

Aku menyertai TV3 pada 1 Januari 1987 di Studio Bangsar. Bukan di bilik berita tetapi jabatan yang tidak pernah saya impikan.

Untuk menjadi warga berita saya tidak masuk 'ikut tingkap' walaupun kelayakan yang saya ada ketika itu memang boleh menjadi tiket untuk melepasi pintu depan.

Berbekal ijazah UiTM bidang kewartawanan saya kemudian memulakan kerjaya sebagai Wartawan Penyiaran di Jabatan Berita dan Ehwal Semasa. 

Bergaul dengan 'orang glamour' tidak menjanjikan bulan bintang. Tetapi kesabaran dan ikhlas sahaja menanti kejayaan di hujung perjalanan yang panjang.

Kerjaya orang media tidak ada masa panjang di rumah dan untuk masyarakat. Lebih-lebih lagi di awal kerjaya, waktu rehat hanya ketika 'off day'. Pada hari-hari bekerja, rumah hanya tempat untuk melelapkan mata sebelum bangun esok paginya bagi meneruskan semula kerja.

Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Korporat (MSc Corp. Comm.) dari UPM juga masih belum menjanjikan 'kerusi empuk' di bilik berita. Kelemahan saya mungkin kerana tiada 'Sijil Kemahiran' lain untuk melepasi bilik boss.


Saya meninggalkan Berita TV9 selepas lebih tujuh tahun membangunkan bersama entiti itu dengan kumpulan perintis. 

Dengan serba kekurangan dan layanan kelas kedua daripada syarikat, kami merangkak dan bertatih untuk bangun berjalan dan seterusnya berlari. Daripada berniaga di bawah pokok, kami sudah dapat berteduh di ruang kedai.


Dan kini selepas restoran semakin maju ramailah saudagar besar dari luar mendabik dada menuntut 'credit' di atas kejayaan itu. 

Alhamdulillah, saya berhenti ketika Berita TV9 berada di kemuncak 'rating' satu juta penonton, mengekori rapat di belakang Buletin Utama TV3 yang pernah saya bersama.

Ketika saya meninggalkan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3, Buletin Utama mencatat purata jumlah penonton tiga juta.

Kini angka itu semakin menurun kepada 1.8 juta. Bukan kerana individu tetapi banyak faktor lain termasuk kandungan berita dan saingan daripada media baru.

Berita TV9 semakin menaik juga bukan kerana individu. Tetapi maju kerana kandungannya, komitmen warga kerjanya, semangat kebersamaan karyawannya dan tidak dinafikan kerana menjadi pilihan lain penonton Buletin Utama yang semakin bosan.


Hari ini aku bukan lagi 'orang media'. Tapi aku masih lagi menjadi 'wartawan' dan boleh menulis apa sahaja dalam pelbagai platform media.

Ruang masa saya akan lebih banyak tertumpu di rumah bersama isteri yang selalu saya tinggalkan sejak menikahinya 26 tahun lalu. Dan di samping berazam untuk kerap bersama jemaah di masjid, bukan hanya hadir ketika hujung minggu dan solat subuh. 

Namun sebagai persediaan berhenti media, saya sudah memulakan beberapa langkah awal meneruskan kesinambangan kerjaya dan kelangsungan hidup.

Secara prinsipnya saya menyertai sebuah syarikat berpejabat di Miri bermula hari ini. 

Esok ada urusan lain di luar negara berkaitan tuntutan masa depan.

Beberapa usaha juga sedang dan akan dilaksanakan. Apapun hanya Allah sahaja yang akan menentukan segala perancangan itu.

Sebagai langkah pertama untuk bersama-sama keluarga, insyaAllah saya akan membawa anak-anak dan isteri mengerjakan umrah pada pertengahan Januari ini.

Dan ruang masa selebihnya akan saya tumpukan kepada kerja-kerja politik dan masyarakat.

Sayonara. 

Wednesday, November 5, 2014

SAMBUTAN DI KERATON MATAN TANJUNGPURA

,

Sebahagian kenangan ketika menerima undangan Sultan Kerajaan Matan Tanjungpura (Ketapang, Kalimantan), Pangeran Ratu Kertanegara Haji Gusti Kamboja bersama rombongan diketuai Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin (Sultan Palembang).

Kunjungan selama tiga hari memberi penuh makna dan pengalaman baru kepada saya mengenai budaya kesultanan di Kalimantan yang terus dipelihara.




Dibawa mudik ke Keraton Matan Tanjungpura menggunakan cruise dengan perjalanan hampir satu jam. Sepanjang perjalanan kami dijamu sarapan pagi, diiringi polis marin dan anggota nasyid yang menaiki bot lain.





Setibanya di jeti berhampiran Keraton, kami disambut oleh hulubalang dan ditepung tawar dengan disarungkan kain kuning oleh pembesar keraton.

Rombongan Sultan Matan Tanjungpura yang disertai beberapa sultan sebagai tetamu khas bersama kami tetamu dari Malaysia kemudian diarak ke keraton.


Pesawat yang membawa rombongan kami dari Jakarta ke Ketapang, Kalimantan. Penerbangan pergi balik hanya sekali sehari.


Jamuan malam pada hari pertama kunjungan kami. Jamuan santai ramah tamah ini di adakan di kediaman Sultan Matan Tanjungpura.


Berbaris selepas selesai ditepung tawar. Menunggu jemputan terakhir selesai ditepung tawar sebelum rombongan bergerak dan diarak ke keraton.


Bersama Sultan Matan Tanjungpura dan Sultan Palembang.


Rakyat mewakili pelbagai etnik menghadap Sultan.

Tuesday, September 2, 2014

HAMPIR SEBULAN BAPAK MENINGGALKAN KAMI

Bapak, Allahyarham Hamidi@Radin Haji Ahmad Tarmidzi Radin Haji Abdul Fattah kembali ke rahmatullah jam 5 petang, 8 Ogos 2014. 

Saya bersama seorang kakak Samahah dan adik Najmuddin berada di sisinya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, di Wad ICU Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Wanga Maju.

Abang Zahid yang menziarahi bapak dua kali sejak pagi ketika itu berada di PWTC untuk meninjau persiapan terakhir majlis resepsi anakandanya, Ahmad Khairul Hafiz. Majlis resepsi di Dewan Merdeka malam itu ditukar kepada majlis tahlil untuk arwah.

Terima kasih kepada orang perseorangan, Jabatan dan agensi yang membantu menguruskan jenazah bapak, serta mereka yang hadir pengkebumian dan majlis bacaan Yassin selama tiga hari.

Al-Fatihah.



(Anak cucu perempuan menyiarahi pusara sehari selepas pengkebumian)

(Mesyuarat keluarga selepas semuanya menziarahi pusara bapak pada sebelah pagi sehari selepas pengkebumian.)

Saturday, July 26, 2014

HAMPIR SEBULAN DI ICU

Bapak sebelum ini hampir dua bulan dirawat di hospital. Sehari sebelum Ramadan iaitu pada 28 Jun 2014, pada hari beliau dijangka 'discharge' bapak dimasukkan ke ICU.

Sehingga ke hari ini, sehari sebelum Syawal bapa masih dirawat di ICU.

Bapak masih dikategorikan sebagai kritikal. 

Seperti ketika arwah emak sakit dahulu, kami adik-beradik akan berkumpul dan beraya di hospital di Kuala Lumpur meninggalkan rumah di kampung sunyi ketika sambutan Adil Fitri.

Semoga Allah meringgankan beban sakit yang ditanggung oleh bapak.

Saturday, May 10, 2014

IKAN PATIN BULUH DI SENTUL CITY, JAKARTA

Disember 2013 saya sekeluarga berkesempatan bercuti ke Bandung dan Jakarta. Namun kenangan makan tengah hari ikan patin bakar di Karimata Sentul City di Jakarta perjalanan ke Bogor tidak boleh dilupakan.

Ia gara-gara ajakan Ibu Sari dan Ibu Cici selepas kami bersolat Jumaat di masjid Diponegoro Taman Mini Indonesia.

Diperturunkan rencana dari sebuah blog dengan penambahan foto dan peta lokasi.

Ikan Patin Bambu Bakar Maknyus
Ala Rumah Makan Karimata, Sentul

Menikmati ikan bakar tentu sudah biasa, tapi menyantap ikan bakar dalam bambu ini yang patut Anda coba. Ikan patin bakar di dalam bambu ala Rumah Makan Karimata, Sentul, lezatnya tak terkira.

Dengan menghidangkan ikan patin bakar dalam bambu sebagai sajian utama, menjadikan resto yang berlokasi di desa Pasir Maung, Cijayanti, Sentul Selatan, Bogor ini memiliki magnet tersendiri khususnya bagi penggemar menu ikan bakar dalam bambu.

“Lokasinya mudah dicari, Anda hanya perlu keluar di pintu tol Bogor Outer Ring Road (BORR) masuk tepat di tepat daerah Sentul City saja,” jelas Agung Eko Widodo, 46, pemilik restoran Karimata ketika ditemui oleh Mina Bahari.

            
Lokasi rumah makan yang sedikit terpencil dan jauh dari keramaian, memberi warna tersendiri. Dengan panorama alam yang sejuk diiringi dengan gemericik air sungai dan air terjun mini Curug Cikeas, membawa suasana bersantap yang kian menggugah. Terlebih bila berkunjung bersama saudara, kerabat atau teman dekat.

Bahkan kenikmatan ikan patin bambu bakar ini sudah dilirik oleh berbagai pengelola lapangan golf dan hotel berbintang seperti Golf Permata Sentul, Golf Emeralda, Golf Rancamaya, Golf Gunung Geulis, Golf Jababeka dan lain-lain. 


Sehingga tidak heran bila setiap hari menu ikan bakar Karimata tersedia di Permata Sentul Golf, Emeralda Golf dan lain-lain.“Memang hanya makanan yang berkualitas dan bercitarasa tinggi yang bisa disajikan di lapangan golf mengingat konsumennya yang rata-rata dari golongan atas,” tutur Agung.

Dengan lokasinya yang mudah dicari, hampir 90% yang datang ke restoran ini, tinggal di Jakarta. Bahkan terkadang, pengunjung diharuskan reservasi 2 jam sebelum datang ke restoran.

Saat liburan atau akhir pekan pengunjung begitu ramai dan terkadang harus antri lebih dari 1/2 jam untuk dapat menikmati kelezatan Ikan Patin Bakar dalam bambu. Buka jam 10.30 wib – 19.30 wib, hari Senin libur.

Patin Bambu Maknyus
Patin bambu sendiri diolah menggunakan bumbu rahasia yang rasanya maknyus. Bumbu kental berwarna kuning kecoklatan yang sungguh gurih sangat cocok untuk tekstur lembut daging ikan patin. Satu tabung ikan bakar dapat disantap untuk empat orang dan menghabiskan sebakul nasi.

Ikan patin yang dipakai rata-rata berukuran 800 gram – dibeli dari pembudidayaan ikan patin. Artinya, memang bukan ikan patin sungai seperti yang biasa ditemukan di sekitar Palembang, Banjarmasin, atau Samarinda.

Sekalipun berasal dari ikan budidaya, tidak terjejaki aroma lumpur dalam ikan patin bakar ini. ‘Ikan sebelum dimasak dilakukan ”pengurusan” terlebih dahulu sekitar 2 minggu tidak diberi makan pada kolam tanpa tanah, sehingga dagingnya tidak berbau tanah dan lebih padat,” tutur Agung.

Bumbu-bumbunya yang kuat juga membuat aroma ikan bakar ini sungguh harum. Apalagi, dalam prosesnya dibungkus daun pisang dan dibakar di dalam buluh bambu. Keduanya memang menciptakan aroma yang istimewa, seperti halnya lemang dan berbagai masakan Minahasa yang dimasak dalam bambu.


Ikan Bakar Patin dalam bambu khas rumah makan Karimata diberikan harga Rp 9500 per ons. Ada tiga pilihan sambal sebagai teman menyantap hidangan ikan bakar ini. Untuk pemesanan Jakarta sedikitnya 10 buah akan dikirim ke tujuan tanpa dikenakan biaya antar.

Selain ikan patin bakar bambu, sajian juara lain dari Karimata adalah ayam goreng cabe rawit, udang balado pete, dan patin goreng tauco. Resto ini memiliki menu andalan lainnya, yakni Patin Sup Asam Kemangi yang disajikan dalam mangkuk berukuran sedang yang bisa dinikmati tiga orang.

Agung mengatakan sensasi segar sup dihasilkan dari campuran jeruk nipis bersama bumbu dapur lainnya, seperti cabai, bawang bombay, bawang putih, garam, gula, dan tentu daun kemangi, yang membikin aroma wangi.


Minuman Unik
Setelah menikmati berbagai menu ikan bakar, Anda sebaiknya mencicipi jahe kayu manis. Minuman ini disuguhkan dalam gelas bambu setinggi 20 sentimeter. Sebatang daun serai menghiasi minuman yang diracik dari jahe, gula aren, kayu manis, dan bahan lainnya ini. Sekali cicip, rasa jahe cenderung pahit dan langsung menonjok lidah. Jika Anda tak sanggup menghabiskannya, Tapi, itu sudah cukup membuat badan terasa hangat dan segar.

Selain itu, ada rujak honje khas Karimata yang rasanya segar. Honje adalah sejenis buah yang memikili citarasa asam, di beberapa daerah lebih populer dengan nama kecombrang. Dalam seporsi rujak honje, buah honje dicampur dengan bahan-bahan rujak pada umumnya seperti bengkoang dan pepaya. Rasanya? Sangat asam tapi juga segar. Tersedia dalam versi bebeuknya juga.

Ada juga jus stamina, yang terbuat dari telur, nenas, jahe,  madu, dan sebagainya, favorit bapak-bapak. Sedangkan ibu-ibu, lebih menyukai jus choleless, ramuan dari rumput laut. Semuanya cukup berbobot untuk Anda menyimpang jalan dari tol Jagorawi guna menghampiri warung ini.     

BOX
Teknik Bakar Ikan yang Beda
Cita rasa lezat ikan bakar bambu RM Karimata, Sentul ternyata dihasilkan dari teknik pembakaran yang berbeda dari teknik pembakaran ikan biasanya. Biasanya, ikan bakar lain ada bagian kulit yang hangus atau bahkan arang yang tertinggal. Pasalnya, ikan patin seberat 8 ons-1 kilogram itu dibakar dengan cara dimasukkan ke sepotong bambu berdiameter sekitar delapan sentimeter yang sudah diberi lapisan daun pisang.

Di Karimata, patin segar dimasukkan dulu ke dalam bambu, baru dibakar selama dua jam dengan arang batok kelapa bersuhu 80 derajat Celsius. Pembakaran dalam rentang waktu tersebutlah yang membuat daging ikan patin terasa empuk dan bumbu berupa campuran 21 bahan rempah-rempah meresap.


Teknik membakar ikan di dalam bambu dipilih agar bumbu meresap kuat ke dalam ikan. Menurut Agung, bambu yang dipakai adalah bambu hitam dari Sukabumi dan Pelabuhan Ratu. Rahasia pemilihan jenis bambu ini didapat setelah restonya sempat menggunakan bambu jenis lain. “Tapi, rasanya justru tidak enak. Ikannya terasa pahit,” ujarnya.

”Disini diperhatikan sekali cara memasaknya. Menggunakan bambu sebagai media masak tentu ada maksud khusus yakni agar bumbu betul-betul meresap kedalam bambu sehingga aroma rempah-rempah tidak keluar bebas ke udara. Inilah yang menimbulkan citarasa ikan bakar yang sedap,” jelasnya.

Cara masak ini termasuk kategori slow cocking, kalau tidak lama seratnya tidak bagus dan bumbunya tidak meresap. Ikan dibakar dengan menggunakan bahan baku arang batok kelapa yang dibakar langsung dengan bambunya.

Yang unik cara membakar ikan pun dilakukan dengan 4 sudut kemiringan yang berbeda, sehingga dapat menentukan tingkat kepadatan bumbu. Semakin padat, ikan akan semakin lama daya tahan simpannya. Cara ini untuk melayani konsumen yang ingin pesanannya dibawa pulang, sehingga dapat tahan lama.

Ikan patin yang sudah dibakar, kemudian siap dihidangkan bersama dengan bambu yang sudah dibelah. Supaya aman, bambu berisi ikan bakar tersebut ditempatkan diatas potongan bambu sebagai alas agar tidak panas dan kotor, seperti masakan ala Jepang.

Benar saja, begitu patin dicubit, dagingnya begitu lembut. Saat lidah mengecapnya, ada rasa gurih, pedas, dan cita rasa manis. “Kelebihannya ada di bumbu, rasa dagingnya juga cocok di lidah,” kata Arief Sumantri, 31 tahun, pegawai Kementerian Kesehatan yang menetap di Bogor.   

Thursday, April 17, 2014

SAMA TIDAK SERUPA

Sebelah kiri Anugerah Darjah Kerabat Kanjeng Pangeran Nusantara (D.K.2) dan di kanan Darjah Kerabat Kelas Kedua Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin Pelembang (DK II)

Sunday, March 30, 2014

DIJEMPUT SULTAN PALEMBANG




Sultan Palembang, Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin memperkenan untuk menjemput saya ke ibu kota Provinsi Sumatera Selatan pada Jumaat lalu.

Baginda memperkenan menganugerahkan saya Darjah Kerabat Kelas Kedua (DK II) di Keraton Kuto Besak Palembang pada waktu dhuha, 29 March 2014.

Saya tidak mengenali baginda sebelum ini dan hanya bertemu dan berbual pendek ketika majlis penobatan kesultanan Nusantara Disember 2013 di Jakarta.




Beberapa bulan selepas itu saya dijemput oleh utusan baginda untuk bertemu bagi menyatakan kepedulian baginda Sultan untuk menjemput saya ke Palembang dan menganugerahkan darjah itu.

Saya tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik anugerah itu.

Cuma saya amat menjunjung kasih di atas ingatan dan perkenan baginda itu, dan amat berbangga di atas perkenan itu demi silaturahim.

Ketika menikmati juadah malam bersama baginda dan permaisuri serta beberapa tetamu kehormat lain dari Malaysia di sebuah bilik khas di Keraton Kuto Besak saya dapat mengenali sedikit peribadi dan perwatakan baginda dengan lebih dekat.

Baginda ketika itu hanya berserban dan berjubah putih ditemani isteri yang berpakaian serta cream dan berselubung duduk di sampingnya, sambil menanti acara raptai anugerah bermula.


Selain sebagai jurutera bertauliah dan ahli perniagaan baginda turut menganggotai lembaga pengarah syarikat minyak negara Indonesia, PERTAMINA.

Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin juga adalah kepimpinan tertinggi Yayasan Raja Sultan Nusantara (YARASUTRA).

Pada hari penganugerahan itu dua orang diberi anugerah Darjah Kerabat Kelas Pertama, dua orang (termasuk saya) Darjah Kerabat Kelas Kedua dan sebahagian lain menerima beberapa gelaran darjah dan pingat.




Saya tidak pasti kelayakan penerima dan pengiktirafan darjah itu di Malaysia, namun kebanyakan penerima adalah ahli perniagaan yang berjaya.

Kehadiran mereka di kota Palembang juga ada kaitannya dengan usaha meneroka peluang perniagaan di Provinsi Sumatera Selatan dan masyarakat Palembang turut menganggap tetamu yang hadir sebagai 'wong kito galo' yang bererti orang kita semua.

(Anggota trafik Polis Tentera atau Polis Militer siap sedia untuk mengiring konvoi tetamu dari Lapangan Terbang)

(Bas dari Pejabat Gobenor untuk membawa bagasi tetamu)

Sunday, March 23, 2014

PRK KAJANG TITIK MULA BUKA PEKONG DI DADA PKR

PRK Kajang adalah sejarah hitam buat politik negara. Namun saya hadir di sepanjang kempen sebagai saksi kepada catatan sejarah buruk itu.

Hari ini 23 March 2014 sebagai penentu sama ada agenda busuk mereka akan terlaksana.

Bagi saya terbantutnya DSAI untuk menyertai perlumbaan mengarut di Kajang sebagai kegagalan yang amat besar dan memalukan bagi pengatur strategi itu.

Dan seterusnya sama ada PKR mengekalkan kemenangan atau sebaliknya ia hanya membuka laluan bagi merealisasikan kegagalan secara pakej yang sudah ditentukan oleh Allah kepada mereka.

Kita lihat sahaja kebenaran itu selepas ini, berdasarkan majoriti yang diperolehi mereka jika ditakdirkan PKR menang lagi. 

Untuk menyaksikan BN hilang wang deposit sebagaimana dakwaaan angkuh Lim Kit Siang tidak mungkin.

Bersama Datuk Husni dan Datuk Satim sebagai saksi sejarah di Kajang.

Wednesday, February 26, 2014

TAFADHDAL ENTERPRISE


Tafadhdal nama  yang digunakan untuk blog ini telah didaftarkan sebagai Tafadhdal Enterprise.

Pendaftarannya pada 18 Februari 2014 lalu sebagai legasi kesinambungan pengalaman dan kelayakan pemiliknya dalam bidang komunikasi.

Untuk mendaftarkan Syarikat peniagaan milik tunggal ini amat mudah. 

Di Kuala Lumpur ia boleh didaftarkan  di pejabat SSM di :

Menara SSM@Sentral

No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.

atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (ROB)

Tingkat 16, Sunway Putra Place,
100 Jalan Putra,
50622 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4043 0811 
Fax: 03-4043 0832 

Pendaftannya mengambil masa tidak sampai satu jam dengan bayaran RM60 sahaja.

Selepas didaftarkan, pemiliknya bolehlah membuka akaun semasa syarikat di mana-mana bank.


Pastikan cop syarikat (bulat) dibawa bersama ketika membuka akaun di bank serta membawa butiran dan tanda tangan introducer. Jika pemilik ada akaun semasa sendiri, pemilik boleh menjadi introducer.

Tidak perlu membawa wang ketika membuka akaun. Deposit sebanyak RM2,000 hanya perlu dimasukkan ke dalam akaun syarikat setelah kelulusan diperolehi dari bank, sebelum buku cek boleh dikeluarkan.

Monday, January 13, 2014

REUNION DI BANDUNG

Sempena cuti krismas 25 Disember 2013 lalu, saya membawa isteri dan anak-anak berkunjung ke Bandung, Indonesia.

Penginapan kami, Hotel Grand Royal Panghegar di Jalan Merdeka. 

Kami memilih hotel apartment ini sepanjang penginapan lima hari. Hotel ini mempunyai kerjasama perniagaan dengan  syarikat pelaburan percutian Mayangsari Resort di Malaysia, yang mana saya adalah ahli 'joint ownership'nya.

Setibanya di lapangan terbang (Bandara) Husein Sastranegara kami disambut oleh dua pasang suami isteri, rakan-rakan di Bandung - Pak Ade dan Pak Yuyun serta isteri masing-masing.

Pagi-pagi lagi seawal jam 9 kami sudah bersarapan di satu daripada outlet Kartika Sari. Namun banyak menu belum tersedia, kerana perniagaan hanya bermula jam 11 pagi.

Sudah tentu lawatan ke Bandung akan dilengkapkan kunjungan ke tempat-tempat menarik dan membeli belah di factory outlet. 

Selain di Bandung, kami turut berkunjung ke Jakarta dan Bogor.


Antara tempat dilawati di Jakarta.


Namun catatan ini juga tidak lupa untuk memberi fokus kepada pertemuan menarik dengan alumni perawat-perawat (nurses) yang pernah mencurahkan bakti merawat bapa saya dan allahyarham ibu saya.

(Saat pertemuan dimulakan dengan makan tengah hari di restoran masakan minang)

Mereka adalah suster-suster lepasan kolej perawatan home care di Bandung dan telah mengikat kontrak merawat kedua-dua ibubapa saya sekurang-kurangnya dua tahun di Malaysia.

Mereka ialah Ratu, Cici, Uci dan Emas. Manakala seorang lagi rakan mereka Siti Lena masih berada di Malaysia meneruskan perkhidmatan itu selepas keempat-empat mereka menamatkan kontrak secara bergilir-gilir.

Kedatangan saya dan keluarga ke Bandung kali ini mempertemukan sekali lagi keempat-empat mantan perawat-perawat itu.