Sunday, May 15, 2011

TERLEPAS KASUT CLARKS




Clarks jenama kasut yang telah lama dipasaran masih terus popular dan diminati ramai. Khamis lalu ketika mesyuarat editorial pagi, rakan di pejabat menunjukkan kepada saya iklan di dalam akhbar Inggeris mengenai jualan murah jenama berkenaan.

Esoknya sebelum solat jumaat saya mencuri masa singgah di Hotel Corus Jalan Ampang untuk melihat-lihat kasut yang ditawarkan. Menurut apa yang tertera di dalam iklan, potongan yang ditawarkan sehingga 60 peratus.

Wow, terkejut saya apabila melihat barisan panjang peminat Clarks. Saya cuba berbaris dan mendapat giliran di ruang masuk tempat parking kereta di bawah bangunan.

Di depan saya, congakan saya ada lebih 150 orang berbaris sehingga ke pintu utama masuk lobi hotel. Sayapun tidak pasti mengapa mereka berbaris. Cuba apa yang saya tahu tempat jualan terletak di tingkat atas.

Selepas berbaris kira-kira 15 minit saya mengambil keputusan membatalkan hasrat untuk meneruskan hajat itu. Pertama kerana saya dihimpit oleh dua kumpulan wanita yang berbaris. Dan kedua kerana mahu mengejar waktu solat Jumaat.

Foto suasana berbaris panjang itu saya muatkan di dalam facebook. Seorang rakan lama membuat provokasi cuba menambah kekecewaan saya. Akhirnya beliau kalah membuat provokasi itu.

Bagi saya “mengapa perlu menunggu ‘sale’ untuk memiliki kasut berjenama yang digemari?”

“Benda tu tak tahan lama dan hanya letak di kaki, mengapa perlu bersusah-susah berbanding pahala dan kewajipan untuk ke masjid.”

No comments: