Tuesday, May 17, 2011

NASI KU TUMPAH

Apalah malang, ketika membeli nasi campur dan nasi ayam di gerai food court di sebuah kompleks beli belah di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas membeli nasi campur, saya membawa pinggan berisi lauk pauk ikan keli, kentang goreng nipis dan ulaman ke gerai nasi ayam di sebelah. Saya meletakkan pinggan di dalam tray di kaunter untuk mengambil dompet di poket .

Tiba-tiba pinggan itu terjatuh dan terus masuk terlangkup ke dalam tong sampah di bawahnya.

Dengan rasa kecewa saya kembali semula ke gerai nasi campur untuk mengisi semula pinggan kosong dengan lauk pauk yang sama. “Ehhh, tadi kan dah ambik”, kata wanita peniaga gerai itu.

“Nasi saya dah tumpah ke dalam tong sampah”, jawap saya selamba.

Ketika saya mengisi semula lauk pauk, wanita itu menjenguk tong sampah berisi pinggan yang terlangkup di gerai sebelah. Kedua-dua penjual gerai nasi campur dan nasi ayam itu dilihat bercakap-cakap sambil menahan senyum dan bersimpati kepada saya.

“Dah tak ada rezeki bang….”, kata mereka, ketika saya datang semula ke gerai nasi ayam itu.

No comments: