Saturday, May 28, 2011

Tuesday, May 17, 2011

NASI KU TUMPAH


Apalah malang, ketika membeli nasi campur dan nasi ayam di gerai food court di sebuah kompleks beli belah di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas membeli nasi campur, saya membawa pinggan berisi lauk pauk ikan keli, kentang goreng nipis dan ulaman ke gerai nasi ayam di sebelah. Saya meletakkan pinggan di dalam tray di kaunter untuk mengambil dompet di poket .

Tiba-tiba pinggan itu terjatuh dan terus masuk terlangkup ke dalam tong sampah di bawahnya.

Dengan rasa kecewa saya kembali semula ke gerai nasi campur untuk mengisi semula pinggan kosong dengan lauk pauk yang sama. “Ehhh, tadi kan dah ambik”, kata wanita peniaga gerai itu.

“Nasi saya dah tumpah ke dalam tong sampah”, jawap saya selamba.

Ketika saya mengisi semula lauk pauk, wanita itu menjenguk tong sampah berisi pinggan yang terlangkup di gerai sebelah. Kedua-dua penjual gerai nasi campur dan nasi ayam itu dilihat bercakap-cakap sambil menahan senyum dan bersimpati kepada saya.

“Dah tak ada rezeki bang….”, kata mereka, ketika saya datang semula ke gerai nasi ayam itu.

Nota : Teringat cerpen Nasi Tumpah. Antara kesimpulan, nasib baik nasinya tumpah kalau tidak pasti dia makan makanan yang beracun dalam pinggan itu. Pengajaran : setiap yang berlaku ada hikmahnya.

NASI KU TUMPAH

Apalah malang, ketika membeli nasi campur dan nasi ayam di gerai food court di sebuah kompleks beli belah di Kuala Lumpur hari ini.

Selepas membeli nasi campur, saya membawa pinggan berisi lauk pauk ikan keli, kentang goreng nipis dan ulaman ke gerai nasi ayam di sebelah. Saya meletakkan pinggan di dalam tray di kaunter untuk mengambil dompet di poket .

Tiba-tiba pinggan itu terjatuh dan terus masuk terlangkup ke dalam tong sampah di bawahnya.

Dengan rasa kecewa saya kembali semula ke gerai nasi campur untuk mengisi semula pinggan kosong dengan lauk pauk yang sama. “Ehhh, tadi kan dah ambik”, kata wanita peniaga gerai itu.

“Nasi saya dah tumpah ke dalam tong sampah”, jawap saya selamba.

Ketika saya mengisi semula lauk pauk, wanita itu menjenguk tong sampah berisi pinggan yang terlangkup di gerai sebelah. Kedua-dua penjual gerai nasi campur dan nasi ayam itu dilihat bercakap-cakap sambil menahan senyum dan bersimpati kepada saya.

“Dah tak ada rezeki bang….”, kata mereka, ketika saya datang semula ke gerai nasi ayam itu.

Sunday, May 15, 2011

TERLEPAS KASUT CLARKS




Clarks jenama kasut yang telah lama dipasaran masih terus popular dan diminati ramai. Khamis lalu ketika mesyuarat editorial pagi, rakan di pejabat menunjukkan kepada saya iklan di dalam akhbar Inggeris mengenai jualan murah jenama berkenaan.

Esoknya sebelum solat jumaat saya mencuri masa singgah di Hotel Corus Jalan Ampang untuk melihat-lihat kasut yang ditawarkan. Menurut apa yang tertera di dalam iklan, potongan yang ditawarkan sehingga 60 peratus.

Wow, terkejut saya apabila melihat barisan panjang peminat Clarks. Saya cuba berbaris dan mendapat giliran di ruang masuk tempat parking kereta di bawah bangunan.

Di depan saya, congakan saya ada lebih 150 orang berbaris sehingga ke pintu utama masuk lobi hotel. Sayapun tidak pasti mengapa mereka berbaris. Cuba apa yang saya tahu tempat jualan terletak di tingkat atas.

Selepas berbaris kira-kira 15 minit saya mengambil keputusan membatalkan hasrat untuk meneruskan hajat itu. Pertama kerana saya dihimpit oleh dua kumpulan wanita yang berbaris. Dan kedua kerana mahu mengejar waktu solat Jumaat.

Foto suasana berbaris panjang itu saya muatkan di dalam facebook. Seorang rakan lama membuat provokasi cuba menambah kekecewaan saya. Akhirnya beliau kalah membuat provokasi itu.

Bagi saya “mengapa perlu menunggu ‘sale’ untuk memiliki kasut berjenama yang digemari?”

“Benda tu tak tahan lama dan hanya letak di kaki, mengapa perlu bersusah-susah berbanding pahala dan kewajipan untuk ke masjid.”

Sunday, May 8, 2011

MAJLIS DI PANGKALAN UDARA




Satu lagi pertemuan rakan-rakan yang sama-sama mengikuti latihan dan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi (RMC) berlangsung malam sabtu lalu. Ia dihostkan Panglima Operasi Udara, Leftenan Jenderal Dato' Ackbal Abdul Samad di Mess Wira Angkasa di Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur (PUKL).

Pertemuan santai diantara rakan Tauliah Jangka Tetap (TJT) 21 atau Regular Intake 21 dihadiri kira-kira 30 orang.