Saturday, July 24, 2010

PECAH RUMAH

Jika mahu mengubahsuai rumah yang melibatkan kerja pecah rumah mesti ada perancangan, jika berkemampuan, seelok-eloknya kosongkan rumah.

Cari kontraktor yang sudah ada pengalaman dan terbukti hasil kerjanya. Pastikan kerja siap menepati tempoh masa yang diberikan. Buat hitam putih jika mahu dikenakan penalti jika kerja melewati masa ditetapkan.

Pastikan disenaraikan apa yang hendak diubahsuai, ditambah atau dikurangkan. Biasanya kontraktor kelas rendah tidak ada check list apa yang hendak dilakukan. Segalannya ikut dan....!
Pastikan kontraktor memberi ruang masa untuk kita memilih bahan. Dan pastikan kontraktor memesan bahan sebelum kerja memecah bahagian rumah dimulakan. Ini bagi mengelak rumah tiada berdinding, berpintu dan bertingkap kerana bahan belum diperolehi.
Jangan terlalu mudah untuk memberi bayaran. Kontraktor perlu diikat dengan bayaran yang 'liat' bagi menjamin kerja mengikut jadual dan kualiti kerja dapat dipantau.
Jangan mudah puashati dengan hasil kerja yang mereka lakukan.

No comments: