Saturday, July 24, 2010

AYAH DAN IBU



Ayah dan ibuku uzur. Tapi kerana rezeki anak yang seorang itu, mereka mendapat rawatan yang sempurna. Tapi mereka juga memerlukan kasih sayang dan jagaan daripada anak-anak.
Anak yang seorang itu walaupun sibuk tetapi masih ada masa menjenguk mereka di hospital, malah membawa mereka bersiar-siar di sekitar hospital menggunakan kerusi roda yang dibelinya.
Aku tiada harta sebesar itu untuk kuberikan kepada ayah dan ibuku. Tapi sekadar berpeluang sesekali menjenguk mereka di hospital.
Petang tadi aku turut berkesempatan menyertai sesi rawatan terapi membawa ayah dan ibuku bersiar-siar, ketika yang lain sibuk dan anak yang seorang itu di London dan terus ke Sudan untuk urusan rasmi kerjayanya.

6 comments:

Singalautmetro said...

syukur dan beruntungnya keluargamu Man. Anak yang seorang itu selalu sahaja menyejukkan perut mereka sejak kecil sehingga kini.

Apa pun, tatkala melihat ke langit tinggi, lihatlah juga rumput di bumi. Masih ramai yang tidak bernasib baik. Apa pun dalam hidup ini syukur rupanya amat penting dan menjadi tiang dan teras diri. Seperti kata Kol Mohd Anas pada saya. TUHAN ITU ADA. InsyaAllah semua akan terpelihara. Salam.

Komander Ramli said...

Man....aku ulang lagi...bawa mbah lanang keluar ke kedai buku biar dia belek belek kitab kitab pasti dia happy

LEKLOOK said...

Semasa aku melawat bapak di bilik rawatannya sabtu lalu, memang beliau asyik membelek himpunan kitab yang baru dibelinya di Jln Masjid India.

Beliau baru beberapa minit sahaja pulang drp berbelanja kitab yang ditemani seorang cucunya.

LEKLOOK said...

28 Julai 2010 genap tiga tahun emak sakit dan tak mampu bercakap.

Masih dalam ingatan dan kenangan ketika saya membawa emak ke Kuala Lumpur untuk dirawat di Hospital Al-Islam Kampung Baru. Emak tidak mahu dibawa turun dari MPV saya, tidak seperti lazimnya.

Anonymous said...

Hi, Merely returned here to remind you regarding Mobile Monopoly. It is a superb technique and WILL make you money, especially seeing as you own a website. Take a quick look at the video, the system is about using Mobile Advertising which is fresh and an unexposed market where you can make thousands by doing hardly any work. I assure you that after you watch their short video it will change you and it will start making you think. http://mobile-mastermind.com

Anonymous said...

bvwpwbntj [url=http://ricostrong.net]Rico The Destroyer[/url]