Selepas Emak, Bapak dan Nanang dimasukkan ke hospital, abang Hakim pula dimasukkan ke ICU di HAT lebih seminggu lalu. Selasa lalu abang Hakim dipindahkan ke Hospital Selayang untuk operasi di bahagian hatinya.
Selepas ini saya akan melawat mereka selepas tiga hari tidak menjenguk kerana pergi ke Terengganu.
Thursday, July 29, 2010
Saturday, July 24, 2010
AYAH DAN IBU



Anak yang seorang itu walaupun sibuk tetapi masih ada masa menjenguk mereka di hospital, malah membawa mereka bersiar-siar di sekitar hospital menggunakan kerusi roda yang dibelinya.
Aku tiada harta sebesar itu untuk kuberikan kepada ayah dan ibuku. Tapi sekadar berpeluang sesekali menjenguk mereka di hospital.
Petang tadi aku turut berkesempatan menyertai sesi rawatan terapi membawa ayah dan ibuku bersiar-siar, ketika yang lain sibuk dan anak yang seorang itu di London dan terus ke Sudan untuk urusan rasmi kerjayanya.
PECAH RUMAH

Cari kontraktor yang sudah ada pengalaman dan terbukti hasil kerjanya. Pastikan kerja siap menepati tempoh masa yang diberikan. Buat hitam putih jika mahu dikenakan penalti jika kerja melewati masa ditetapkan.
Pastikan disenaraikan apa yang hendak diubahsuai, ditambah atau dikurangkan. Biasanya kontraktor kelas rendah tidak ada check list apa yang hendak dilakukan. Segalannya ikut dan....!
Pastikan kontraktor memberi ruang masa untuk kita memilih bahan. Dan pastikan kontraktor memesan bahan sebelum kerja memecah bahagian rumah dimulakan. Ini bagi mengelak rumah tiada berdinding, berpintu dan bertingkap kerana bahan belum diperolehi.
Jangan terlalu mudah untuk memberi bayaran. Kontraktor perlu diikat dengan bayaran yang 'liat' bagi menjamin kerja mengikut jadual dan kualiti kerja dapat dipantau.
Jangan mudah puashati dengan hasil kerja yang mereka lakukan.
Friday, July 23, 2010
MELAYAN DURIAN

Saya dulu suka jugak melantak durian tapi sejak ada pantang cuma setakat rasa seulas dua. Itupun kepala dah terasa semacam, nasib baik ada benda lain yang diminum untuk meredakan kepala. Dulu selepas makan durian, pernah terkena gout.
Terima kasih ZCS kerana mengadakan majlis ini. Lepas ini boleh ikut mereka buat operasi.
Saturday, July 10, 2010
BERSAMA DATUK SERI NAJIB DI STESEN LIMA

Gambar ini diambil ketika mengikuti lawatan Datuk Seri Najib selaku Menteri Pertahanan ke barisan hadapan pertahanan negara di perairan Sabah.
Ops Pasir adalah operasi mengawal perairan negara dengan meletakkan anggota tentera di pulau-pulau strategi di sekitar perairan Sabah.
Harap-harap selepas ini dapat mengikuti lawatan ke tempat yang sama oleh Menteri Pertahanan sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)