






Membaca Selawat Nariyah sebanyak 4,444 kali yang dikongsi oleh anak-anak dan cucu-cucu serta pelajar-pelajar Maahad Tahfizah bagi meringgankan beban yang ditanggung emak yang menderita sakit angin ahmar. Setiap empat kali bacaan dikira dengan sebiji kacang.
اللهم صل صلاة كاملة، وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذى تنحل به
العقد، وتنفرج به الكرب، وتقضى به الحوائج، وتنال به
الرغائب، وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم، وعلى أله
وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
Allohumma sholli ‘sholaatan kaamilatan wa sallim salaaman taaamman ‘ala sayyidina Muhammadinilladzi tanhallu bihil ‘uqodu wa tanfariju bihil qurobu wa tuqdho bihil hawaaiju wa tunalu bihir roghooibu wa husnul khowaatimu wa yustasqol ghomamu biwajhihil kariem wa ‘ala aalihi wa shohbihi fie kulli lamhatin wa nafasim bi’adadi kulli ma’lumin laka



Walaupun menjadi anak Bagan Datoh dan hanya beberapa minit perjalanan berkereta dari rumah, kunjungan ini adalah yang pertama buat saya ke kawasan berkenaan.
Namun ketika kecil dulu pernah mengikuti rombongan Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat yang diketuai bapak sebagai mudirnya. Bot nelayan yang disewa tersangkut di beteng berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari pantai Teluk Batik.
Kunjungan Jumaat lalu disertai beberapa orang adik-beradik rupanya sudah diduga oleh penjaga kawasan ini, walaupun kami tidak memberitahunya hasrat itu. Penjaga berkenaan yang bukan sentiasa berada di kawasan ini, sampai beberapa minit sebelum ketibaan kami.
Kami diberitahu oleh seorang daripada adik-beradik supaya memberi salam dan bersedekah Fatihah sebelum melangkah ke jambatan ini. Tiada pantang larang. Cuma pengunjung diminta tidak mengotorkan kawasan dan menjaga percakapan.
Mengikut sejarah kawasan ini adalah pendaratan pertama Sultan Perak ketika membuka negeri. Dan pondok 'istana' itu adalah tempat baginda mula ditabalkan. Menurut penjaga kawasan, lambang di dinding 'singgahsana' itu adalah bendera asal negeri Perak.
Manakala bendera Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor yang terpacak di tengah beteng yang ditengelami air laut itu melambangkan asal-usul sultan yang ada kaitan dengan negeri-negeri berkenaan.
Ketika kami pulang menyusuli jambatan ini, sekumpulan burung-burung tiba-tiba muncul di atas kepala mengiringi kami sehingga ke penghujung jambatan.



















