Wednesday, August 19, 2009

LUAHAN RAKYAT MENGENAI POLITIK TANAHAIR

Sekadar renungan.
Dipaparkan semula email yang diterima daripada seseorang.

Pada aku senang je. Memang Islam tak menghalang penganut agama lain utk beribadat mengikut kepercayaan mereka. Malah kita dilarang menghina kepercayaan mereka. Itu ikut kata agama Islam. Malah jika berjirankan bukan org Islam pun, kita mesti menghormati mereka... kerana salah satu golongan yg tidak mengikut ajaran Islam adalah mereka yg bermusuhan dgn jiran....

Tapi kalau ikut kata aku, macam nilah.....

Tapi, apa yg BN buat dulu lebih baik. Memang BN bukan yg terbaik tapi yg mengaku terbaik sekarang ini lebih buruk daripada yang terburuk... kesimpulannya, dalam pemerintahan BN, at least non Muslim masih sama sama bermuafakat dgn kita, tidak sewenang wenang bertindak...... bukan atas dasar apa, cuma atas dasar saling menghormati sesama bangsa.

Tapi dalam era Pakatan yg konon kononnya Rakyat yg berpakat, kita dah nampak macamana sedikit demi sedikit mereka mula lupa tentang kesepakatan ini. Malah ada yg telah dgn sengaja menimbulkan rasa tidak senang di kalangan org org Islam, yg lebih buruk di dlam dewan rakyat lagi.

Berbalik kepada isu membina rumah ibadat di Shah Alam ini, mana suara org yg tersangat bising masa kempen PRU 12 dulu... spesifik soalan ini utk Hassan Ali. Besarnya dia bercakap, berdegar degar nya dia berkempen, tapi maruah agama & bangsa kita mula tergadai.

Cukuplah UMNO atau pun PAS. Korang memang sama saja. Tak ada kerja lain asyik nak mengata sana, mengata sini. Tapi dalam BN, kita org Islam masih berkuasa... dalam PR kita mula di tindas... di jadikan kambing hitam utk meruntuhkan agama kita sendiri... wallauhua'lam. Ini pendapat peribadi aku sebagai org yg langsung tidak berminat dgn mana man parti politik di Malaysia skrg ni.

Kalau ikut aku, UMNO & PAS, bermuafakatlah. DSAI insaflah yg sedare menggadai maruah agama dan bangsa kita. Semua kita, tak kira parti apa pun, ketepikan politik demi agama. Bukan bermaksud demi agama kita akan berperang dgn agala lain. Tidak, sebaliknya hidup dgn lebih aman dgn muafakat sebagai satu masyarakat berbilang bangsa dan agama. Bermuafakatlah... dan terlebih dulu, bermuafakatlah wahai org mukmin sekelian.

Kalau ada antara yg membaca email ini non muslim, saya sebenarnya berniat untuk menyedarkan sahabat handai saya, saudara mara saya yg mereka ini dah jauh tersesat dari tujuan asal. Bukan untuk memburuk burukkan anda semua. Kerana dalam Islam sebenarnya, kami di ajar untuk menghormati agama lain, bukan menghina. Malah Islam melarang kami dari bermusuhan dgn penganut agama lain. Semoga semua faham apa yg terbuku dalam kepala saya ni....
From: Fairuz Bin Kamarulzaman Kamarulzaman

1 comment:

infomajlisilmu said...

i just watched obama ramadhan message at www.infomajlisilmu.blogspot.com