Wednesday, December 10, 2008

ZAHID BANTU HADI AWANG DI MAKKAH

Foto : Datuk Seri Dr Zahid mengunjungi Datuk Seri Hadi Awang di hotel penginapannya.

Minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mendakwa mendapat jemputan mengerjakan haji dari kerajaan Arab Saudi. Tetapi kerana dokumen tidak lengkap beliau dilaporkan tersangkut di Jeddah beberapa hari dan tidak dapat masuk ke Makkah.

Hasil bantuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub serta beberapa pemimpin PAS yang lain dapat masuk ke Makkah dengan menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Datuk Zahid.

Namun ketika ditanya wartawan mengenai perkara itu beliau segera menafikan ’tersangkut’ dan cuba mengelak untuk menyebut nama Zahid. Malah sebaliknya beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dan kedutaan Brunei.
Namun bagi Datuk Seri Zahid, bantuan kerana Allah tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Tapi tinggi jugak ego Presiden PAS tu ye!

Monday, December 1, 2008

LAGI FOTO DI SEKITAR MAKKAH

Motosikal roda tiga digunakan oleh agen muasasah untuk membawa jemaah haji yang sesat.


Simpang ke Muzdalifah dan Mina dari Arafah.
Bersama rakan dari TV3, Zaini yang terserempak ketika berjalan melalui deretan kedai berhampiran Masjid Kucing. Rezeki Zaini diizinkan Allah untuk menunaikan haji tahun ini.

Bersama KK & Ayeh di Makkah, yang mengikut ayah mereka melawat maktab-maktab jemaah haji.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut jemaah haji Malaysia di depan maktab.


Jemaah beritikaf di Masjidil Haram menantikan solat Isya.

DI SEBALIK FOTO DI MAKKAH

--->Meninjau tapak khemah di Arafah

--> Persiapan menjelang wukuf di Arafah

--> Hotel penginapan Janadiriah (Berwarna coklat) menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji di Makkah serta kira-kira 7,00o jemaah haji muasasah.

--Projek pembesaran Majidil Haram, pemandangan dari bukit di sudut tempat Sa'ie.

--> Kumpulan Media Tabung Haji yang terdiri daripada TV3, Bernama, RTM dan TV9

Tuesday, November 25, 2008

TAHNIAH! AZNIL GUNA PAKEJ HAJI RM100 RIBU

AWAL Disember nanti berangkatlah pengacara dan penyampai Era, Aznil Nawawi berseorangan diri menyambut panggilan Kaabah sekali gus menunaikan rukun Islam kelima.

Siapa sangka, tanpa perlu menunggu lama, tiba-tiba peluang untuk mengerjakan ibadah Haji terbentang luas buat pengacara nombor satu negara ini.

Rezeki tuhan, memang tiada siapa dapat menduga. Justeru, apabila mendapat tahu namanya tersenarai untuk menjadi tetamu Allah tahun ini, Aznil menyambut berita itu dengan penuh kesyukuran.

Malah menurut Aznil segala urusannya untuk membolehkannya menunaikan ibadah itu seolah-olah dipermudahkan Tuhan.

(Nota : Risik-risik dengan TH Travel, Aznil rupanya menggunakan pakej haji paling mahal iaitu Al-Mas bernilai RM120 ribu. Menawarkan bilik mewah untuk seorang. Dan ketika berwukuf pula tinggal di khemah yang istimewa berhampiran Jamrah, tidak seperti kebanyakan jemaah haji. Tahun lalu hanya tujuh orang menggunakan pakej itu termasuk Datuk Seri K dan Datuk Siti Nurhaliza. Apapun cabaran haji tetap ada bergantung kepada ketentuan Allah s.w.t)

Sunday, November 23, 2008

LAUTAN MANUSIA DI MAKKAH

Lautan manusia mula memenuhi kota Makkah. Setiap waktu selepas solat fardhu begitulah keadaannya. Pada hari wukuf nanti di padang Arafah dijangkakan kira-kira 3.5 juta umat Islam akan berhimpun.

Desakan tugas tidak mengira tempat. Penyelia Siaran/Sukan Radio Malaysia Alor Star, Nor Rashid Rejab dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Zulkifli Salleh terpaksa menggunakan kemudahan terhad di dalam bilik untuk menyiapkan laporan berita mereka.

Sekadar berjinak-jinak dengan pakaian yang dipakai oleh kebanyakan mereka yang berada di Makkah.

Friday, November 21, 2008

JEMAAH SEMAKIN MEMENUHI SETIAP SUDUT MASJIDIL HARAM

Bahagian bumbung Masjidil Haram mula dibuka semula tiga hari lalu. Jumlah jemaah semakin hari semakin ramai menjelang hari wukuf 16 hari lagi. Wajah-wajah mirip bangsa Cina dan Eropah mula kelihatan di masjid, yang sebelum ini didominasi oleh wajah-wajah Turki, bangsa Asia Selatan dan Nusantara.

Dataran Kaabah kini sendat dengan jemaah yang mengerjakan tawaf pada sebilangan masa kecuali ketika solat fardhu berjemaah. Untuk bersolat di dataran atau pada aras bawah perlu sentiasa berada di masjid untuk beriktikaf. Jemaah yang lewat hanya ditawarkan bersolat di aras dua atau bumbung.

Masjidil Haram kini dalam proses pembesaran sejak Februari tahun lalu. Projek itu berupaya menampung peningkatan jumlah jemaah sehingga 35 peratus pada masa depan. Kini Masjidil Haram atau hanya disebut ’haram’ oleh masyarakat tempatan mampu menempatkan 1.2 juta jemaah pada satu satu masa.

Seorang kawan apabila saya membawanya ke bahagian pintu hadapan masjid (Babul Malik Abdul Aziz) berhampiran Mecca Tower, baru dia terasa berada di depan masjid teragung itu.

Selama ini kami hanya menggunakan pintu tempat mengerjakan sa’ie berhampiran Babul Salam yang kini ditutup. Bahagian itu kini sentiasa berdebu kerana kerja-kerja perluasan kawasan masjid sehingga 300 meter daripada kawasan sekarang.

Wednesday, November 19, 2008

JEMAAH HAJI MALAYSIA BANYAK BERBELANJA

Menjelang 18 hari lagi sebelum wukuf, jemaah haji Malaysia di Makkah sudah mula merancang untuk melakukan ibadah korban. Namun Tabung haji hanya menetapkan lima ribu unit sahaja untuk melakukan ibadah itu pada hari nahar atau hari-hari tasyrik, walaupun menjangkakan permintaan untuk korban amat tinggi.

Sebenarnya ibadah korban di Makkah diselaraskan oleh agensi korban yang dilantik kerajaan iaitu al-Rajhi. Bagaimanapun Tabung Haji sekadar untuk memberi perkhidmatan tambahan itu bagi memudahkan sebahagian jemaah.

Disebabkan Tabung haji tidak dapat menampung permintaan yang tinggi itu, seorang jemaah hanya dibenarkan melaksanakan dua korban dengan satu unit bernilai SR400.

"Bagi urusan korban kita akan buka kaunter di mana jemaah boleh debit akaun melalui Tabung Haji mereka. Urusan korban untuk tahun ini kita sediakan sehingga lima ribu unit sahaja, kata Pengarah Operasi Kewangan musim haji ini, Adi Azuan Abd Ghani.

Bagaimanapun menurutnya bayaran dam tiada had dan jemaah yang mengerjakan haji tamattu boleh juga membuat bayaran selepas musim haji.

Mengenai pengeluaran wang, setakad ini sebanyak RM18 juta telah dikeluarkan oleh jemaah di Madinah dan Makkah. Beliau menjangkakan sebanyak lebih RM100 juta akan dikeluarkan oleh jemaah sehingga akhir musim haji, sebagaimana dilakukan tahun lalu.

Jemaah haji ketika ini dibenarkan mengeluarkan simpanan mereka sehingga SR10 ribu setiap hari. Bagaimanapun purata jemaah hanya mengeluarkan satu ribu riyal setiap transaksi.

Beliau juga mengingatkan jemaah supaya tidak mengeluarkan dalam jumlah yang banyak kerana dikhuatiri tidak selamat, manakala kaunter dibuka dua sesi setiap hari sehingga jam 10 malam di sebahagian besar hotel penginapan.

Menurut Adi sebanyak kira-kira RM303 juta dikeluarkan bagi menampung kos operasi haji sepanjang musim ini. Jumlah itu tidak termasuk tambang penerbangan sebanyak RM6,300 bagi setiap jemaah.

Dengan kos operasi yang meningkat, tambahan sebanyak RM70 juta terpaksa ditampung oleh Tabung Haji atau subsidi lebih dua ribu ringgit bagi setiap jemaah.

Ketika ini setiap jemaah muasasah dikenakan sebanyak RM8,973 sebagai wang pembiayaan haji, berbanding kos sebenar sebanyak RM11,500.

Adi juga turut menjangkakan kos bagi setiap jemaah akan meningkat kepada RM13,500 tahun depan.