Monday, May 27, 2019

Be a true Malaysian, Kit Siang!

BLAST you, Lim Kit Siang. You only care for Teoh Beng Hock and Indira's girl, the two old cases which you tried to put the blame on the past government. To you, the previous did nothing to find an amicable solution to the cases amid suspicion that there were cover-ups.

You also want the new IGP Hamid Bador to eliminate the 'sharks' within the PDRM, the force which you never 'trusted' all this while.

Why didn't you rake the past nicely? Don't be a racist (like what Dr Mahathir used to label you) by using the platform to dignify your politics? Remember what you said about Dr M and Anwar once, that you despised both of them?

What do you say about the Malays and Muslims cases involving fireman Adib who was killed recently, and reports of 'babi' being tosses into mosques and surau compounds a few years ago and of lately?

And how do you explain the bias judiciary against cases involving Umno top leaders and the 'escape from hell' saga involving your son Lim Guan Eng. Did the past government ever take any action in bringing the then leaders of the opposition to court over so many allegations, including building your 'lie factory' to tarnish the country's image?

Where is your fair mind about other cases?

The 19902 Forex scandal, for instance? Why the tight lips when you once hammered it nicely? Is it because your son Lim Guan Eng holds the finance portfolio now or because Dr M now your buddy in the Cabinet?

Where is Memali case? What's your stand when you yourself had wanted the culprits to be unveiled and punished? You are becoming a real maggot now!

Be practical, please my friend. Get rid of that racist stigma by championing the legal rights of all Malaysians, not just the non-Malays. Be a leader whom the rakyat can trust and rely in.

Know what? I have the original diary of the late Dato Harun Idris in jail and will produce the full transcript very soon. Your name is in it, and so is Mahathir's. You know, I adore Dr M when he was the fourth PM but it changed after he left Umno and after reading the diary.

You are a good politician, LKS... but you are also a person who is right and wrong. I have some 'likings' for you too...

Posted by bujai

Wednesday, May 22, 2019

CIKGU MELAYU MENGAJAR BAHASA MELAYU DI SEKOLAH CINA AKHIRNYA BERSUARA ============================== UEC: Antara tidak tahu dan buat tidak tahu Oleh ARIF ATAN


"Saya mengajar homeschool IGCSE. salah seorang pelajar saya bekas aliran UEC. ibu bapa mereka menukar sekolah kerana anak mereka tidak mahir berbahasa English dan Melayu. Sampai sekarang sudah 7 bulan, anak murid saya tidak mahu bercakap dengan saya menggunakan bahasa Melayu. Bersungguh saya mengajar dia bahasa Melayu. Dan dia tidak ada minat langsung dengan bahasa Melayu. Bukankah dengan bahasa, kita akan jadi lebih rapat bukan? dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan saya dan pelajar yang bukan berbahasa mandarin."

Itu antara reaksi mereka yang bergelumang dan berdepan sendiri dengan hakikat sikap murid asuhan UEC. Mungkin Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak tahu. Mungkin pula Timbalannya, Teo Nie Ching buat-buat tidak tahu. Mungkinlah. Kita pun tidak tahu.

Mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) sebenarnya satu langkah ke belakang kerana UEC datang dari sistem pendidikan berasaskan perkauman bukan berteraskan kebangsaan bagi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.

UEC lahir dari sekolah vernakular Cina warisan zaman penjajah yang tidak diiktiraf pendidikan kebangsaan. Mengiktiraf UEC bersifat kontradik dengan semangat Malaysia Baru dan ketika satu dunia bercakap tentang Revolusi Industri 4.0.

Mengiktiraf UEC sekaligus memberi isyarat bahawa kerajaan PH akan memberi muka kepada lebih banyak lagi tuntutan perkauman yang hanya meningkatkan lagi darjah prejudis antara rakyat berbilang kaum bahkan mencabar semangat Perlembagaan.

Syarat mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menghalalkan UEC untuk diiktiraf hanya solekan semata-mata sebabnya kurikulum dan format soalan penguasaan Bahasa Melayu bagi UEC jauh lebih rendah arasnya berbanding Bahasa Melayu SPM.

Bandingkan saja format Bahasa Melayu UPSR bagi kertas Penulisan dan Pemahaman antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Kalau mata pelajaran Bahasa Melayu bagi SMPC, apa tah lagi.

Dari segi roh dan praktikalnya, lepasan UEC berkiblatkan semangat Cina melangkaui jati diri sebagai anak Malaysia. Bayangkan bagaimana pemegang sijil UEC mahu hidup di universiti awam (UA) atau bekerja dalam perkhidmatan awam, atau UA dan sektor kerajaan akan datang perlu diubah ikut nilai pemikiran mereka yang tidak fasih berbahasa kebangsaan dan berkiblatkan Taiwan?

Sudah puluhan tahun Dong Zong menuntut supaya kerajaan memberi ruang lebih luas kepada pendidikan kaum Cina dengan mengenakan tekanan demi tekanan perkauman melalui pelbagai tuntutan menjelang setiap kali pilihan raya.

Sejarah asal usul lahirnya UEC mesti diketahui apa lagi di pihak kerajaan PH kerana setiap polisi yang hendak dibuat bukan sekadar untuk memancing undi kaum setiap kali pilihan raya tetapi paling penting kestabilan negara dan pengukuhan negara bangsa untuk jangka panjang.

Jadi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini jangan malas mengkaji sebelum membuat keputusan. Kerajaan PH perlu meneliti susur galur perjuangan pendidikan Cina termasuk bagaimana wujudnya sijil UEC ini yang  merupakan hasil 'perjuangan' menolak sistem pendidikan kebangsaan.

Itu realiti, kerajaan dan penyokong PH tidak harus nafi. Laungan Malaysia Baru juga tidak ada makna jika kerajaan PH tunduk pada tuntutan perkauman ketika banyak lagi manifesto Harapan belum nampak tunas pun lagi.

Sebaliknya, jika PH cepat-cepat mengiktiraf UEC sekalipun terang-terang boleh menjejaskan usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan kebangsaan, hanya akan membenarkan dakwaan sebelum ini bahawa PH atau pemimpin-pemimpin Melayu dalam PH adalah alat atau tunggangan DAP.

Adakah itu yang PH mahu ketika kerajaan pasca PRU-14 terbina pun atas sokongan undi Melayu yang relatif jauh lebih rendah berbanding bukan Melayu?

Bahkan, kalau PH terpaksa mengiktiraf UEC dengan sebab terhutang budi dengan pengundi Cina pada PRU-14, jelas itu juga anggapan yang terlalu naif politik. PH buat pertama kali berjaya tumbangkan BN di peringkat Persekutuan kerana turut mendapat sokongan pengundi Melayu bukan hanya Cina semata-mata.

Kalau PH tidak mengiktiraf UEC pun dengan hujah tegas mengutamakan kepentingan kebangsaan dan menumpukan usaha menggilap perpaduan nasional melalui pemerkasaan sebenar sekolah kebangsaan, mustahil PH akan hilang majoriti sokongan bukan Melayu terutama pengundi Cina.

Tapi kalau PRU-15 nanti, pengundi Cina boleh pula majoritinya menolak PH atas alasan kerajaan tidak mengiktiraf UEC seperti termaktub dalam buku Harapan, itu isyarat jelas untuk kita semua sebagai RAKYAT yang mencintai tanah air ini satu-satunya, BANGKIT tidak memberi muka langsung kepada bermacam-macam desakan perkauman sejak zaman merdeka lagi yang sebenarnya mengancam penerapan nilai-nilai kebangsaan yang telah lama disepakati untuk masyarakat berbilang kaum hidup rukun damai.

#TolakUEC
#JanganLayanDesakanCauvinis
#UtamakanPendidikanKebangsaan

*USAHA MENYINGKIRKAN DATO SRI NAJIB DAN DATO SRI ZAHID MELALUI PINDAAN PERLEMBAGAAN HARUS DIHENTIKAN SEGERA!* Oleh Lokman Adam

Saya agak kecewa bila Dato Sri Khaled Nordin mengemukakan Draf Cadangan Pindaan Perlembagaan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lalu.  Nampak sangat beberapa fasal yang dipinda dan diwujudkan bertujuan untuk menyingkirkan Dato Sri Najib dan Dato Sri Zahid dari UMNO.

Sungguhpun begitu, atas semangat Ramadhan, saya mengambil pendekatan mendiamkan diri walaupun saya sudahpun menyediakan bantahan bertulis mengenainya.  Namun, kenyataan orang kanan Dato Sri Khaled, Maulizan Bujang, Ketua UMNO Tebrau bertajuk “Zahid Perlu Terus Bercuti Atau Berhenti, Tak Perlu Acah-acah Nak Balik”, sudah agak keterlaluan dan sangat mengecewakan.  Ini memaksa saya mengemukakan bantahan bertulis saya terhadap niat jahat pindaan perlembagaan tersebut.

Maulizan mengatakan terdapat gerakan penyokong Zahid untuk membawa balik Zahid dari bercuti. Jika tiada penyokong Zahid mahu mengakuinya, biar saya mengakuinya, Ianya Benar.  Takkan Dato Zahid hendak tunggu beliau disingkir sebagai ahli UMNO melalui pindaan perlembagaan, baru hendak bertugas semula?

Saya sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan keputusan Presiden yang tunduk dengan desakan pihak yang tidak boleh menerima keputusan pemilihan parti ini.  Sejak bila suara satu dua orang Ketua Bahagian ini menjadi lebih besar daripada lebih separuh perwakilan 191 Bahagian UMNO yang telah memilih Dato Zahid?  Seperti biasa, alasan yang Maulizan gunakan adalah ketiadaan hala tuju, walaupun beribu perwakilan yang hadir Perhimpunan Agong UMNO sudahpun mendengar amanat dan halatuju yang telah dibentang Presiden dengan panjang lebar. 

Agak melucukan juga apabila beliau memberikan alasan ramai MP yang akan lompat Parti sekiranya Dato Sri Zahid tidak bercuti.  Seolah-olah kita tidak tahu mengenai “pakatan” Pro Mahathir ini dengan Dato Sri Hamzah Zainuddin yang melakukan kerja-kerja membawa MP UMNO keluar parti. Menurut Maulizan, kepimpinan Tok Mat Hassan dilihat lebih diyakini orang Melayu dan bersih dimata masyarakat manakala Zahid
dan Najib digambarkan sebagai pemimpin yang terpalit dengan pelbagai kekotoran.  Sudahlah kamu gagal menjadi garam yang memasinkan ikan, kamu pula membiarkan diri menjadi langau yang membusukkan ikan apabila kamu mengiakan fitnah tersebut.

Saya tidak nafikan, nasib Tok Mat dan Dato Khaled lebih baik kerana tidak didakwa di Mahkamah berbanding nasib mereka yang menentang Tun Mahathir berhabis-habisan.  Tidak perlulah saya mengulas bab siapa bersih dan siapa tidak, saya yakin selaku bekas Pegawai Kerajaan yang berkhidmat dibawah Perdana Menteri, mereka tahu apa yang saya tahu. Tidak perlulah saya buka aib sesiapa disini.

Jika benar gandingan Tok Mat-Dato Khaled ini lebih bersih dan diyakini orang Melayu, termasuk golongan pertengahan yang kononnya mengambil kira soal “kepimpinan yang tidak mengamalkan kronisma dan nepotisme”, bukankah lebih elok mereka mengambil-alih pucuk pimpinan UMNO melalui pemilihan parti? Saya yakin mereka pasti mempunyai banyak sokongan.  Namun, agak menyedihkan, jalan mudah memindahkan tiang gol digunakan untuk menyingkir Presiden dan Mantan Presiden kita melalui pindaan perlembagaan.

Tidak adakah sekelumit jasa mereka berdua kepada parti ini sehingga mereka diperlakukan sedemikian rupa dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.  Ingat, Dato Sri Najib dan Dato Sri Zahid tidak pernah meninggalkan UMNO ketika berlakunya pengharaman parti tahun 1987.  Mereka juga terus kekal bersama UMNO ketika badai melanda UMNO semasa Dato Sri Anwar dipecat 1998.  Sungguhpun Dato Zahid rapat dengan Anwar, namun beliau tetap setia bersama UMNO, malah sanggup menyerahkan kerusi Ketua Pemuda asalkan tidak dipecat oleh Tun Mahathir.  Takkanlah bila beliau sudah memenangi jawatan Presiden, beliau sekali lagi perlu tunduk dengan kehendak Mahathir yang bukan lagi ahli UMNO?

Tidak ada sebab untuk Dato Sri Zahid dan Dato Sri Najib melepaskan jawatan mereka di dalam UMNO.  Mereka menang pemilihan parti dan pilihanraya Umum.  Mereka lebih wajib menjalankan amanah yang telah diamanahkan dibahu mereka oleh ahli UMNO dan rakyat kawasan masing-masing daripada memenuhi desakan Maulizan yang hanya menulis mengikut kehendak boss beliau.  Lebih menyedihkan, Maulizan kini dijadikan kambing hitam dan diminta mengawal pertuturan oleh sang penguasa yang kerap baling batu sembunyi tangan.
Jika sudah tidak sabar menyingkirkan Dato Sri Najib dan Dato Sri Zahid dari parti, ada baiknya disegerakan pemilihan parti dan biarkan ahli membuat pilihan mereka.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Lampiran

*BANTAHAN BERTULIS TERHADAP CADANGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN*

PERKARA 3 : ASAS DAN TUJUAN

• Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri-Negeri selagi mana perlembagaan itu mempertahankan Kepentingan Melayu dan Bumiputera, Raja- Raja Melayu, Islam sebagai Agama Persekutuan dan lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153.

*BANTAHAN* : 

Sewajarnya Islam diletakkan dihadapan sebelum Kepentingan Melayu dan Bumiputra serta Raja-Raja Melayu.

TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI FASAL 10.16

Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.
Fasal 10.16 Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan mengikut satu tempoh yang difikirkan/diputuskan oleh Majlis Tertinggi.

*BANTAHAN* : Pemilihan parti perlu dilakukan 3 tahun sekali sepertimana dijanjikan oleh pimpinan parti ketika berkempen.  Amat mendukacitakan apabila kuasa yang diberikan kepada MT untuk menangguh pemilihan sehingga 18 bulan ingin dipanjangkan tanpa had.  MT dipilih untuk mewakili ahli, adalah satu pengkhianatan kepada ahli jika MT diberi peluang memegang jawatan selama mana yang mereka mahu sebegini.

TEMPOH PERKHIDMATAN
FASAL 9.3

CADANGAN PINDAAN
Terdapat cadangan untuk menghadkan:
i. 3 Penggal berturut-turut bagi jawatan Presiden,
ii. 3 Penggal berturut-turut bagi jawatan Ketua
Bahagian,
iii. 3 Penggal berturut-turut bagi jawatan Ketua
Wanita Bahagian dan Malaysia,
iv. 3 Penggal berturut-turut bagi jawatan Ketua
Pemuda Malaysia.

*BANTAHAN* :

Amalan sedia ada sudah memadai bagi melahirkan kepimpinan UMNO baru dan mengelalkan kepimpinan lama yang digemari rakyat.  Cadangan ini akan menyekat tokoh muda yang berwibawa untuk naik dan menyekat mereka yang sudah matang dan berpengalaman untuk meneruskan bakti mereka.  Adakah seorang Ketua Umno Bahagian yang memegang Jawatan Ketua UMNO Bahagian seawal usia 31 tahun perlu melepaskan jawatannya apabila genap 40 tahun? Adakah kita mahu mereka berhijrah ke parti lain? Jatuh bangun seseorang pemimpin biar ahli yang menentukan, kaedah pemilihan Pemimpin dari Peringkat Cawangan hingga ke Pusat kini yang melibatkan seramai mungkin ahli, sudah sedia molek.

DISIPLIN

Fasal 20.4
Lembaga Disiplin di Peringkat Negeri setelah mendengar atau berpuas hati terhadap pelanggaran peruntukan perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO, boleh mengenakan mana-mana hukuman mengikut kuasa yang tertakluk dalam Perlembagaan.

Pelanggaran Perlembagaan berbentuk rasuah serta kesalahan berunsur kewangan akan diserahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan susulan dan mengambil tindaan undang- undang.

*BANTAHAN* :

Adalah tidak masuk akal sama sekali sekiranya masalah disiplin ahli UMNO mahu diserahkan kepada SPRM untuk menentukan hukumannya. Tidakkan jawatankuasa Pindaan ini sedar bahawa SPRM kini dikuasai musuh kita iaitu Pakatan Harapan.

Usahlah terlalu yakin bahawa hubungan baik dengan Tun Mahathir boleh menjamin semua kes yang melibatkan kumpulan Pro Mahathir didalam UMNO digugurkan sepertimana kes rasuah di Johor. 

Serangan yang dilakukan keatas Bekas Pemimpin UMNO yang rapat dengan Tun Mahathir sebaik sahaja beliau menolak permintaan Tun Daim agar beliau meninggalkan UMNO, sewajarnya dijadikan iktibar.

DISIPLIN
CADANGAN FASAL BARU PERLEMBAGAAN PARTI

Mana-mana ahli yang disabit kesalahan atas pertuduhan rasuah atau jenayah akan digugurkan keahliannya secara automatik setelah selesai proses rayuan di peringkat tertinggi.

*BANTAHAN* :

Cadangan ini adalah jelas lagi bersuluh merupakan usaha pihak Pro Mahathir untuk menyingkirkan mana-mana pihak yang menentang Pakatan Harapan. 

Amat mendukacitakan bagaimana perkara seperti ini boleh dicadangkan. Meluluskan fasal ini bererti kita meletakkan kuasa mengugurkan keahlian pemimpin dan ahli kita ditangan musuh yang memerintah! 

Lainlah kalau kita yang memerintah dan keadilan sistem perundangan itu terjamin.  Apa yang hendak kita harapkan apabila Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara berpihak kepada Regim Mahathir DAP?

Memanglah siasatan dan pendakwaan tidak akan dilakukan keatas mereka yang Pro Mahathir, tetapi adakah kita mahu bunuh semua pejuang parti yang masih berjuang menentang Regim Mahathir DAP ini? Niat jahat fasal ini tidak hanya akan membunuh Dato Sri Najib dan Dato Sri Zahid sepertimana dimahukan Mahathir, namun ianya juga akan membunuh aktivis parti yang didakwa seperti Dato Sri Jamal yang didakwa kerana memecah botol arak di depan Pejabat SUK Selangor, Membasmi Judi Haram dan sebagainya. 

Malah saya dan Dato Mutalif juga akan hilang keahlian sekiranya kami didenda kerana menghentikan provokasi Mahasiswa DAP yang menghina Mantan Presiden Parti. Jika ini pendirian yang diambil oleh parti, tiada siapa lagi mahu berjuang untuk meningkatkan kesedaran rakyat bagi menentang Pakatan Harapan.

DANA DAN ASET
CADANGAN FASAL BARU PERLEMBAGAAN PARTI

Setiap Ahli UMNO dan pemimpin parti tidak dibenarkan sama sekali untuk menyimpan wang parti dalam akaun peribadi.

*BANTAHAN* :

Dalam keadaan UMNO menjadi Parti Pembangkang, adalah sangat tidak bijak untuk menyimpan wang UMNO semua dalam akaun parti. 

Bab ini sepatutnya kita ikut keputusan Tun Mahathir dan MT Penaja UMNO Baru dimana sebahagian disimpan dalam akaun parti dan sebahagian disimpan didalam akaun pemegang amanah. Kalau semua simpan dalam akaun parti, akaun parti beku macam sekarang, semua program parti terhenti.

Dalam rasional cadangan ini juga, JK Pindaan menyatakan bahawa dana parti tidak seharusnya dipegang oleh individu.  Suka saya jelaskan disini, Presiden UMNO juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional yang bertanggungjawab menyediakan Dana bagi 222 kawasan Parlimen dan lebih 500 Dewan Undangan Negeri. 

Katakanlah anggaran perbelanjaan satu pilihanraya ialah sekitar 1.5b ketika kita masih memerintah. Katakan jumlah diperlukan separuh dari jumlah berkenaan, ini bermakna Presiden secara automatik akan melanggar Perlembagaan Parti kerana menyimpan dana yang perlu diagihkan kepada perhubungan negeri dan parti komponen. 

Adalah tidak munasabah dana sebanyak itu juga boleh dikeluarkan dari bank sebaik sahaja pembubaran parlimen.

🔴 PENGAMPUNAN ANWAR YANG TIDAK SAH TELAH MENYEBABKAN PAKATAN HARAPAN PANIK (By: Ariff Ahmad)

❎ Didalam sebuah artikel bertajuk "ANWAR'S ILLEGAL PARDON CAUSING PANIC IN PAKATAN", Raja Petra Kamarudin berkata

🔶 Isu pengampunan Anwar Ibrahim TELAH MENYEBABKAN PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN PANIK.  Banyak pemimpin Pakatan seperti yang paling terkini Abdul Aziz Bari dari DAP Perak TELAH MENGULASKAN KENYATAAN Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengenai perkara itu

🔶 PEGUAM NEGARA DIPECAT pada 15 Mei 2018 dan Anwar DIAMPUNKAN pada 16 Mei 2018. Ada yang MERASAKAN INI SECARA SENGAJA DILAKUKAN AGAR Tun Dr Mahathir Mohamad SUPAYA DAPAT MEMPUNYAI ALASAN di kemudian hari UNTUK MEMBATALKAN PENGAMPINAN DAN MENGHANTAR Anwar kembali ke penjara untuk menjalani baki hukuman penjara beliau

🔶 Soalan pokok ialah: PENGAMPUNAN Anwar TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, JADI PENGAMPUNANNYA ADALAH TIDAK SAH. Oleh itu Anwar sebenarnya boleh dihantar semula ke penjara

👉🏿 Sila rujuk ARTIKEL RAJA PETRA KAMARUDIN dibawah

⬛ ANTARA FAKTOR-FAKTOR PENTING

👁‍🗨 Anwar Ibrahim DIBERI PENGAMPUNAN BUKAN ATAS DESAKAN atau CADANGAN DARIPADA PEGUAM NEGARA atau LEMBAGA PENGAMPUNAN BAHAWA ANWAR TELAH INSAF

🏢 Anwar Ibrahim JUGA TIDAK PERNAH KEMUKAKAN PERMOHONAN KEPADA DYMM AGONG ATAU KEPADA LEMBAGA PENGAMPUNAN UNTUK MENDAPAT PENGAMPUNAN

🔼 INI BERMAKNA BAHAWA SEHINGGA SEKARANG ANWAR TIDAK MENGAKU BAHAWA DIA TELAH MELIWAT SAIFUL

🔼 BILA ANWAR TIDAK MENGAKU KEATAS KESALAHAN MELIWAT SAIFUL MAKA TIDAK WUJUD ELEMEN YANG MENGATAKAN ANWAR TELAH INSAF

🔼 JADI KALAU ANWAR MASIH BELUM INSAF MAKA DYMM AGONG TIDAK SEPATUT MEMBERI PENGAMPUNAN PADA DIA

👁‍🗨 Sebenarnya Anwar DIBERI PENGAMPUNAN ATAS DESAKAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

🔼 APA HUBUNGAN MAHATHIR DENGAN ANWAR? ADAKAH MAHATHIR ISTERI ANWAR (😁😁),  ATAU ANAK ANWAR ATAU PUN MENANTU ANWAR (😁😁) ATAU PUN MERTUA ANWAR

🔼  BOLEHKAH MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMOHON DAN MEMBERI PENDAPAT UNTUK MENDAPAT PENGAMPUNAN BAGI PIHAK ANWAR

👉🏿 sila rujuk PERKARA 42(12)(b)(i)  PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

⬛ ARTIKEL 42(12)(b)(i) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

*️⃣ ARTIKEL 42(12)(b)(i) menyebut bahawa

💢 Apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong TIDAK BOLEH DISERTAI oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain TIDAK BOLEH DISERTAI oleh Menteri-Menteri Besar mereka;

👁‍🗨 Sepatutnya, Peguam Negara dan BUKANNYA Mahathir yang PERLU MENCADANGKAN kepada LEMBAGA PENGAMPUNAN yang diketuai oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk PENGAMPUNAN Anwar Ibrahim.

🏢 Tetapi masalahnya ialah Mahathir TELAH PECAT Peguam Negara Mohamed Apandi Ali pada 15 Mei 2018 dan Tommy Thomas PULA DILANTIK pada 4 Jun 2018.

🔼 SEDANGKAN ANWAR DI BERI PENGAMPUNAN PADA 16HB MEI 2018

🔼 MAKA WUJUD KERAGUAN ATAS NASIHAT DAN LAPORAN SIAPA YANG LEMBAGA PENGAMPUNAN MEMBUAT KEPUTUSAN

👉🏿 sila rujuk PERKARA 42(12)(b)(iI)  PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

⬛ ARTIKEL 42(12)(b)(iI) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

*️⃣ ARTIKEL 42(12)(b)(ii) menyebut bahawa

💢 Sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja HENDAKLAH MENIMBANGKAN APA-APA PENDAPAT BERTULIS YANG MUNGKIN TELAH DI BERIKAN OLEH PEGUAM NEGARA tentang perkara itu;

👁‍🗨 Maka jelas di sini bahawa PENGAMPUNAN yang diberikan kepada Anwar ADALAH TIDAK SAH KERANA IANYA TIDAK MEMATUHI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

💢 SEKALI LAGI TERBUKTI BAHAWA PAKATAN HARAPAN MENGGUNAKAN RULE OF THE JUNGLE

⬛ ISU BEKAS BANDUAN

👁‍🗨 Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan MEMPERSOALKAN SAMA ADA RAKYAT MAHU SEORANG BEKAS BANDUAN seperti Presiden PKR, Anwar Ibrahim SEBAGAI BAKAL PERDANA MENTERI.

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: PAS: Mahu kita jadikan bekas banduan sebagai PM kita?

https://m.malaysiakini.com/news/475648

🔼 KENAPA Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah, Azmin Ali, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil, AMK Kelantan Muhammad Arif Mukhtar PERLU MELENTING

🔼 Ini adalah kerana, JIKA ISU INI TERUS DIMAINKAN MAKA PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP ANWAR AKAN MEROSOT

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Isu bekas banduan: PKR panik jika rakyat tolak Anwar - Politik - Utusan Online

http://m.utusan.com.my/berita/politik/isu-bekas-banduan-pkr-panik-jika-rakyat-tolak-anwar-1.900976

👁‍🗨 Walau bagaimanapun Anwar dan SEMUA pemimpin Pakatan Harapan PERLU SEDAR BAHAWA

🔼 PENGAMPUNAN YANG DEBERIKAN KEPADA ANWAR ADALAH UNTUK KES LIWAT-2

🔼 BAGAIMANA PULA DENGAN KES ANWAR DI PENJARAKAN PADA TAHUN 1988 HINGGA 2004 DULU ATAS KESALAHAN SALAHGUNA KUASA

🔷 Dalam tahun 1999, Anwar TELAH DIJATUHKAN HIKUMAN PENJARA SELAMA ENAM TAHUN KERANA DIDAPATI BERSALAH ATAS KESALAHAN PENYALAHGUNAAN KUASA.

🔼 Pada tahun 2000 pula, Anwar TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA SEMBILAN TAHUN KERANA DIDAKWA MELAKUKAN KESALAHAN DI LUAR TABII (LIWAT-1).

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Anwar Ibrahim - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

https://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

🔼 WALAUPUN pada tahun 2004 Mahkamah Persekutuan Malaysia TELAH MENGUGURKAN SABITAN KESALAHAN LIWAT-1 KEATAS ANWAR,

🔼 TETAPI SABITAN KEATAS KES PENYALAHGUNAAN KUASA MASIH KEKAL SEHINGGA KE HARI INI

🔼 Oleh demikian, Anwar dan SEMUA PEMIMPIN dan PENYOKONG Pakatan Harapan TIDAK SEPATUTNYA MELENTING TERHADAP KENYATAAN Takiyuddin Hassan KERANA IA ADALAH FAKTA YANG TIDAK BOLEH DI SANGKAL LAGI

👁‍🗨 Jadi APA YANG Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah, Azmin Ali, Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil, AMK Kelantan Muhammad Arif Mukhtar dan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan MELALAK NI?

🏢 TAK KAN LAH Menteri-Menteri Kabinet Pakatan Harapan PUN TAK TAHU UNDANG-UNDANG

🏢 Atau pun MEREKA SENGAJA BUAT-BUAT TAK TAHU?

⏩⏩ MALAYSIA TODAY ⏪⏪

⏹ Anwar’s illegal pardon causing panic in Pakatan – Malaysia Today

NO HOLDS BARRED
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Isu pengampunan Anwar Ibrahim telah menyebabkan pemimpin Pakatan Harapan panik.  Banyak pemimpin Pakatan seperti yang paling terkini Abdul Aziz Bari dari DAP Perak telah mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengenai perkara itu.

Peguam Negara dipecat pada 15 Mei 2018 dan Anwar diampunkan pada 16 Mei 2018. Ada yang merasakan ini secara sengaja dilakukan agar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya dapat mempunyai alasan di kemudian hari untuk membatalkan pengampunan dan menghantar Anwar kembali ke penjara untuk menjalani baki hukuman penjara beliau.

Soalan pokok ialah: Pengampunan Anwar tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan jadi pengampunannya adalah tidak sah. Oleh itu Anwar sebenarnya boleh dihantar semula ke penjara.

Selain daripada itu, pengampunan Anwar bukanlah satu pembebasan maka dia masih dianggap sebagai bekas banduan.  Pengampunan semata-mata mengecualikan dia daripada menjalani hukuman penuhnya.  Ia tidak membatalkan hukuman.  Ini bermakna Anwar masih bersalah kerana meliwat.

https://www.malaysia-today.net/2019/05/14/anwars-illegal-pardon-causing-panic-in-pakatan/
Sent from my iPhone

Ketua-Ketua Cawangan di Tebrau tidak setuju tindakan Ketua Bahagian

Gabungan Ketua2 Umno Cawangan Bahagian Tebrau  ( GKCUT ) Mengambil Maklum Kenyataan Datuk Maulizan Bujang, Ketua Umno Bahagian Tebrau Pada 20hb Mei 2019, Mendesak Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Meletakkan Jawatan Sebagai Presiden Umno Malaysia. Namun kami terpanggil untuk memberi sedikit pandangan ikhlas kami yang berada di akar umbi.

1. Kita meraikan  kepelbagaian dan perbezaan pendapat tetapi biarlah dalam ruang lingkup yang tertib dan teratur.

2. Umno ada proses penambahbaikan dan perlu nya mengikut saluran yg betul bagi menyuarakan  pandangan iaitu melalui persidangan cawangan / bahagian /MT. Mengeluarkan kenyataan secara terbuka sebegitu bukan lah budaya umno apatah lagi ia nya di buat oleh seorg KB.

3. Sebagai ahli umno kita perlu akur bahawa proses pemilihan secara demokrasi telah dilaksanakan dan semua pihak kena akui  sistem pemilihan parti dan berlapang dada sebagaimana KB yg menang di tebrau walaupun cuma dengan 25 undi.

4. Adalah ebih molek jika KB tebrau "move on" dan fokus pada bahagian  tebrau yg masih banyak kecelaruan dan kelemahan serta memikirkan untuk merampas semula ketiga tiga kerusi yg kalah di tebrau.

5. Jangan lah menjadi   jaguh seperti ayam berkokok tetapi ekor bergelumang tahi.

6. Jadilah pembangkang yg KONSTRUKTIF dan bukan pembangkang
yg DESTRUKTIF.

Sekretariat
Gabungan ketua-ketua umno cawangan tebrau