Thursday, January 10, 2019

Negara Sedang Diperintah Bangsa DAP

8 JAN: Pengakuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara sedang diperintah bangsa DAP bukan mengejutkan kerana UMNO dan PAS sudah membayangkan perkara ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangkang sebelum ini dilihat seolah-olah cuba menakut-menakutkan rakyat khususnya orang Melayu malah dianggap rasis apabila ramai pemimpin kedua-dua parti cuba menyampaikan dan membayangkan keadaan sebenar pemerintahan negara hari ini di bawah Kerajaan PH.

“Perkara ini dilihat kononnya cubaan membangkitkan ketidakselesaan antara kaum dan pemimpin UMNO dituduh “rasis” bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana Bangsa DAP ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai ‘puppet’ dan boneka semata,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Semalam Tun Mahathir mengakui bahawa DAP memainkan peranan besar khususnya dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk kedudukan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.

“Bagi saya ianya tidak mengejutkan. Ini yang kami cuba sampaikan kepada rakyat apabila sebilangan kecil dari kaum minoriti sedang menentukan halatuju negara kita aitu Bangsa DAP dalam tulisan saya sebelum ini https://dsismailsabri.com/icerd-gugat-kedudukan-melayu-dan-anak-negeri-sabah-sarawak-secara-senyap/

“Jelas melalui pengakuan Tun Mahathir bahawa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang akan mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas ini juga merupakan perancangan dan penentuan yang telah ditetapkan oleh DAP,” kata Ismail Sabri.

Beliau yang menjalankan tugas-tugas Timbana Presiden UMNO menegaskan, sama ada Tun Mahathir atau Anwar yang menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PH , mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada DAP.

Justeru kata Ahli Parlimen Bera itu, tidak hairan tindakan dan dasar Kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan.

Antaranya pelantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara ,Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang dilihat mesra DAP.

Malah, banyak kementerian-kementerian penting dikuasai oleh DAP sama ada sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Selain itu, Bajet kerajaan PH yang tidak langsung memberikan tumpuan kepada golongan B40 yang ramai dari golongan masyarakat Melayu dan Bumiputera terutama yang berada di luar bandar.

Menurut Ismail Sabri lagi, insentif yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu terhadap rakyat miskin Melayu dan Bumiputera dihapuskan.

“Insentif-insentif untuk peniaga kecil bumiputera seperti “Status Kontraktor Bumiputera” tidak lagi diteruskan.

“Kita juga boleh lihat bagaimana beberapa institusi-institusi penting “ Orang Melayu” Bumiputera dan Islam seperti Felda, Felcra ,Khazanah dan Lembaga Tabung Haji (TH) diceroboh oleh Bangsa DAP.

“Kenapa perlu hak berkaitan Islam perlu diurus oleh orang bukan Islam?. Contohnya Lembaga Tabung Haji yang 100 peratus milik dan hak Orang Islam diletakkan dibawah seliaan Kementerian Kewangan yang dikawal oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang jelas bukan Islam,” katanya lagi.

Ismail Sabri berkata, penjualan aset TH yang sebelum ini menjadi kekuatan dan asas keuntungan yang membolehkan pencarum dan pemilik akaun TH yang mana 100 peratus Islam mendapat dividen tertinggi setiap tahun adalah usaha kerajaan BN sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam dan Bumiputera.

“Kenyataan Tun Mahathir harus diteliti dan dilihat sebagai satu pengakuan kepada kebenaran apa yang kami cuba sampaikan sebelum ini betapa bahaya dan tergugatnya Melayu Islam dan Bumiputera hari ini dengan pemerintahan kaum minoriti DAP terhadap rakyat majoriti Melayu Islam di Tanah Melayu ini.

“Tun Mahathir dan kepimpinan Melayu dalam Kerajaan PH hanyalah “Puppet” dan “ Proksi” yang mengikut telunjuk Bangsa DAP,” tegas beliau.

No comments: