Monday, November 26, 2018

WAN SAIFUL SERANG ZAHID UNTUK MENUTUP KEGAGALAN BELIAU MENUNAIKAN JANJI PAKATAN HARAPAN KEPADA PEMINJAM PTPTN


Oleh : Dato’ Lokman Noor bin Adam

Wan Saiful Wan Jan, Ahli MT Pribumi yang memohon maaf kerana kemunafikan pemimpin Pakatan Harapan memungkiri janji pilihanraya kepada peminjam PTPTN telah menyerang Presiden UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan tuduhan Dato Seri Zahid mahu menjadi tuhan.

Serangan ini berikutan pertanyaan Dato Seri Zahid terhadap Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Pakatan Harapan, “Agama apakah beliau?”.  Untuk makluman Wan Saiful, saya berada diatas pentas yang sama ketika Presiden berucap dihadapan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian-bahagian seluruh Wilayah Persekutuan.  Soalan itu dibangkitkan Dato Seri Zahid kerana beliau dan umat Islam lain hairan dengan kesungguhan Saifuddin untuk menunjukkan keliberalan beliau dengan beria-ia mahukan Malaysia meratifikasi ICERD yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Izinkan saya memberi sedikit kuliah sejarah kepada Wan Saiful, yang kelihatan seolah-olah beliau amat daif dalam memahami sejarah kemerdekaan negara ini.  Ketika British mahu memberikan kemerdekaan kepada Malaya pada tahun 1957, mereka telah meminta orang Melayu menerima orang Cina yang mereka gunakan untuk menjarah bijih timah kita sebagai warganegara, British juga meminta orang Melayu menerima orang India yang mereka guna untuk menjarah hasil getah kita sebagai warganegara.  Sebagai timbal balas, orang Cina dan India bersetuju untuk memberikan sedikit kelebihan kepada orang Melayu, bangsa pribumi atas pengobanan yang mereka buat menerima orang Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu sebagai warganegara. Apakah kelebihan itu?

1. Islam diangkat sebagai agama Persekutuan.
2. Hak Istimewa Orang Melayu.
3. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
4. Kedudukan YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.                      

Pada ketika itu, orang Melayu boleh memilih untuk menolak syarat British dan orang Cina dan India juga boleh memilih untuk bersetuju dengan 4 kelebihan yang diberikan kepada orang Melayu itu atau memilih untuk dihantar pulang ke negara masing-masing.  Boleh saya simpulkan disini, masyarakat majmuk yang berada dalam Malaysia hari ini adalah waris kepada nenek moyang mereka yang telah bersetuju dengan kontrak sosial ini.

Persoalan kini, kenapa hari ini ada orang Melayu yang beragama Islam sendiri tergamak untuk merampas hak pribumi negara ini demi meraih populariti dikalangan masyarakat bukan Melayu.  Maka apa yang dipersoalkan oleh Dato Seri Zahid sangat tepat,  kerana manusia yang tergamak mengadai Islam dan hak bangsanya demi meraih undi sangat sukar ditemui. Tidak perlulah Wan Saiful membuat kenyataan bodoh bahawa persoalan yang dibangkitkan oleh Dato Seri Zahid itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kes Mahkamah yang beliau hadapi.

Untuk makluman Wan Saiful, ini Presiden UMNO, bukan penakut macam Presiden Bersatu!  Presiden UMNO pernah ditahan tanpa bicara dibawah ISA.  Beliau sudah biasa menentang kerajaan sejak menuntut di Universiti Malaya.  Kalau takat 45 pertuduhan yang kertas siasatanpun belum ada dan pihak SPRM pun sebut, kita dakwa dulu, siasat kemudian, kamu fikir dia ambil kisah ke kes tersebut? Kurang-kurang 4-5 tahun baru kes itu akan selesai, tengok sahaja bagaimana Dato Seri Anwar menangguh kesnya sebanyak 66 kali.  Mungkin ketika pembicaraan selesai, kami sudah memerintah semula akibat manusia munafik macam kamu merangka manifesto yang menipu dan mengecewakan rakyat.  Adakah kamu fikir kami tidak boleh mendapatkan khidmat Tommy Thomas untuk menasihati kami cara menggugurkan kes penyokong BN sepertimana beliau menggugurkan kes penyokong Pakatan Harapan?

Wan Saiful juga patut menilai pemimpin partinya terlebih dahulu sebelum menuduh Dato Seri Zahid sebagai seorang yang tidak berpegang kepada Islam kerana gagal cegah kemungkaran ketika dikelilingi oleh perasuah berbilion-bilion.  Siapa sebenarnya yang sentiasa dikelilingi billionaire ya?Bukankah Pengerusi kamu merupakan antara individu yang sentiasa dikelilingi Tokey-tokey Cina dan India?  Bukankah Pengerusi kamu, Tun Mahathir yang sentiasa di kelilingi oleh billionaire seperti Tan Sri Arumugam, Tan Sri Lee Kim Yew, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Francis Yeoh, Tan Sri Ting Pek Khiing dan lain-lain lagi.  Ada ke kamu mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh Pengerusi kamu ketika beliau bersuka-ria membedak khazanah negara diatas kapal mewah bersama bilionaire-bilionaire tersebut atau ketika beliau menunggang kuda di “ranch” milik Arumugam di Australia? Atau ketika beliau meraikan ulangtahunnya di hotel mewah yang dibiayai oleh tokey judi Tan Sri Vincent Tan? Tidak ada pun saya dengar kamu bersuara bila Vincent Tan dianugerah lesen judi sukan sebaik sahaja Pakatan Harapan memerintah? 

Maka sebelum menyuruh Dato Sri Zahid bertaubat, ada baiknya kamu suruh Pengerusi kamu yang berusia 93 tahun itu bertaubat dulu.  Kurang-kurang, kami tahu bahawa 45 tuduhan yang Dato Seri Zahid hadapi berhubung kait dengan sumbangan yang Yayasan Akal Budi terima iaitu sebuah yayasan yang telah membina lebih 50 buah masjid serata dunia, telah membina lebih 150 biji surau, 50 biji pusat tahfiz dan pelbagai kerja kebajikan lain.  Malah Dato Seri Zahid juga telah melafazkan sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa semua sumbangan yang beliau terima sepertimana dituduh didalam 45 pertuduhan itu adalah bagi tujuan kebajikan yang saya sebutkan tadi dan tiada satu senpun digunakan untuk tujuan peribadi.  Agak-agak berani ke Mahathir bersumpah bahawa sumbangan yang beliau terima tiada satu sen pun untuk tujuan peribadi?

Adalah tidak bijak juga jika kamu menuduh bahawa jika berlaku pertelagahan kaum dan agama, ia hanya akan menguntungkan Dato Seri Zahid.  Sejak dari awal rancangan untuk menghimpunkan Ummah pada 8/12/2018 ini, ianya merupakan perhimpunan aman.  Tiada sebarang kekecohan berlaku apatahlagi rusuhan ketika 50,000 penyokong UMNO dan PAS berhimpun di Pasir Salak baru-baru ini dan In Sya Allah perkara yang sama akan berlaku di Kuala Lumpur.  Apa yang pasti, jika berlaku sebarang provokasi, ianya pasti merupakan rancangan licik Mahathir.  Hanya Mahathir akan memperolehi keuntungan jika rusuhan kaum berlaku dalam negara ini.  Kerana dengan rusuhan itu, beliau boleh mengistihar darurat dan terus berkuasa tanpa perlu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Dato’ Lokman Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
26hb Nobember, 2018

Sunday, November 25, 2018

KALAU RUMAH KITA KACA, JANGAN CUBA BALING RUMAH ORANG


16 Rabi’ul Awwal 1440 | 24 November 2018

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
https://m.facebook.com/serbandililit

1. YB Anwar Ibrahim telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik.  Kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

2. Saya kira Anwar telah alami _*“rabun dekat”*_  atau _*“tuli badak”*_ bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

3. Barangkali pemikirannya juga *mudah dieksploit oleh fitnah* sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.

4. Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu *menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka* dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB ?

5. Saya juga sambil-sambil melilit serban besar ini , terfikir beberapa soalan untuk Anwar Ibrahim.

6. Di mana suara lantang beliau ketika *skandal kewangan yang terburuk* dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?

7. Anwar menyertai UMNO pada tahun 29 Mac 1982. Kemudian, beliau bertanding dan memenangi PRU di Permatang Pauh dan akhirnya dilantik menjadi *Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri* pada tahun 1982.

8. Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981? 

9. Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah *RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)?*

- Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak *RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?*

- Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga *RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988?*

- Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian *RM10 bilion dalam isu forex?*    

10. Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?

11. *Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan* daripada Timbalan Menteri di JPM (1982), kemudian Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983), Menteri Pertanian (1983), Menteri Pendidikan (1986), Menteri Kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).

12. *Setelah dipecat* daripada kerajaan dan UMNO, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

13. Sebelum memenangi PRU Ke-14, *Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir*.

14. *Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?* Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

_Kalau Rumah Kita Berdinding Kaca_
_Jangan Melontar Batu ke Rumah Orang_

Sekian.

Tuesday, November 20, 2018

Bukan mudah turunkan Zahid sebagai presiden Umno, kata akar umbi

BUKAN senang untuk mendesak Ahmad Zahid Hamidi bercuti rehat tanpa desakan menyeluruh ahli Umno sendiri, kata beberapa pemimpin akar umbi parti, selepas presiden Umno itu didakwa dengan 45 pertuduhan di mahkamah.

Kata mereka, Zahid yang dipilih melalui perhimpunan agung Umno di peringkat bahagian di seluruh Malaysia perlu melalui proses yang sama, kalau mahu direhatkan daripada tugasnya sebagai presiden parti.

Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata setakat ini hanya ada cakap-cakap saja mahukan Zahid berundur sementara.

“Tetapi tidak ada gerakan seperti mengadakan undi tidak percaya. Zahid dipilih dalam perhimpunan agung bahagian-bahagian, jadi hanya kuasa perhimpunan agung saja yang boleh mengubah kedudukan Zahid.

“Jadi tidak ada cerita gerakan besar-besaran. Setakat perbezaan pendapat atau rungutan, itu perkara biasa,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Setiausaha Agung Barisan Nasional Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata akar umbi Umno perlu membincangkan kedudukan Zahid dan membuat ketetapan sekiranya mereka mahu beliau bercuti sementara sebagai presiden parti sehingga kes mahkamahnya selesai.

Nazri membuat kenyataan itu mengulas sokongan tiga pemimpin Umno Bahagian di Johor dalam mesyuarat tertutup bersama presiden Umno dan Majlis Tertinggi Umno terhadap gesaan agar Zahid berehat sehingga perbicaraan kesnya selesai.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata pihaknya hanya akan mengadakan mesyuarat tergempar bahagian sekiranya majoriti cawangan-cawangan membuat desakan.

“Jika ada desakan daripada ahli, ia perlu dibawa ke cawangan dahulu. Kalau macam di Pasir Puteh ini ada 212 cawangan. Kalau lebih separuh cawangan buat desakan barulah kita boleh mesyuarat tergempar di bahagian.

“Kalau setakat satu dua cawangan buat undi tidak percaya, tidak logik kita nak desak di peringkat bahagian. Sekarang ini tidak ada satu cawangan pun yang mendesak Zahid berehat,” katanya.

Jelas beliau, cakap-cakap mengenai kedudukan Zahid itu perkara biasa dan tidak boleh dijadikan alasan untuk presiden Umno membuat keputusan patuh padanya.

“Cakap-cakap orang tidak suka itu, biasalah. Kalau macam itu, Mahathir (Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad) pun kena letak jawatan sebab sekarang ini ramai juga yang sudah tidak suka,” katanya.

Gerakan mendesak presiden Umno letak jawatan melalui cawangan-cawangan pernah dilakukan sebelum ini ketika Najib Razak menerajui parti itu.

Pada 2015, seramai 13 Ketua Cawangan Umno Bahagian Telok Kemang mendesak Najib Razak meletak jawatan. Bagaimanapun desakan itu dipandang sepi kerana hanya sebahagian kecil daripada 54 cawangan yang ada di Bahagian Telok Kemang.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Noran Zamini Jamaluddin berkata setakat ini beliau masih belum melihat terdapat gerakan di Bahagian mahupun cawangan Umno bagi mendesak Zahid berehat.

“Cakap-cakap di kedai kopi itu adalah tetapi kalau hendak kata sampai ada gerakan, itu saya tidak nampak,” katanya, yang sedang aktif bergerak ke seluruh negara memberi ceramah isu semasa kepada akar umbi.

“Sebenarnya, jelajah yang sedang dilakukan oleh Zahid ke negeri-negeri banyak melegakan akar umbi. Semangat untuk bangkit untuk sudah mula nampak,” tambahnya.

Pergerakan Pemuda Umno dalam satu mesyuarat pada 25 Oktober lalu sebulat suara mencadangkan Zahid agar bercuti seketika daripada jawatan presiden parti sehingga kes pertuduhannya di mahkamah selesai.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan ini bagi membolehkan Zahid memberi tumpuan terhadap kes pertuduhannya di mahkamah dan bukannya disuarakan atas sebarang muslihat jahat untuk menjatuhkan presiden Umno itu. – 20 November, 2018. (https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/112678)

Isu ICERD satu analisis

1. LGE pulangkan isu ini ke
    Tun M

2. Wayta Moorti tabur fitnah
    memburukan Malaysia di
    The Haque katanya itu 10
    tahun dulu.

3. DSAI kata ICERD bagus cuma perlaksanaanya perlu ditangguh.

4. AMK kata ICERD baik.

5. Dato' Salehudin kata Amanah menolak ICERD ..tapi komentar Mujahid dan KM Melaka tidak melambangkan solidariti Amanah dalam menolak ICERD

6. Tun M kata sukar utk laksana ICERD perlu 2/3 sokongan dewan utk pinda Perlembagaan

7. Abang Mat diam seribu bahasa...mungkin sibuk perbaiki pesawat TUDM

Semua statement diatas dibuat setelah mereka melihat Umat Islam dan Melayu bersatu menetang ICERD. Kerana ICERD bukan isu politik tapi isu Ketuanan dan Kedaulatan Raja2 Melayu, Islam dan Bumiputera.

Keadaan diburukkan lagi bila video Wayta Moorti yg dibuat di Belanda 10 tahun dulu menjadi Viral. Menurut sy video ini telah menjadi
"a killing field for PH" yang terusik emosinya bukan PAS atau UMNO tetapi adalah Umat Islam dan Melayu. Kerana tuduhan masyarakat India didiskriminasi, dipaksa masuk Islam utk mendapat pekerjaan sebagai kakitangan Kerajaan dan 10,000 Kuil telah dirobohkan dan 23,000 menanti waktu.Semua statement diatas tidak ada kesan kepada BN kerana didalam BN ada MIC, MCA dan Gerakan. Tetapi statement beliau sebenarnya menikam tepat kejantung umat Islam dan Melayu.

Maka setiap yg masih kental Islam dan ke Melayuanya pasti akan merasa pedih dan sakitnya tikaman itu.Kecuali mereka yg telah tercabut ke Melayuannya atau yang telah kenyang dengan wang dan jawatan tidak akan merasakannya.

Lebih 60 tahun kita layani mereka dengan baik. Memang menjadi adat budaya Islam Melayu meraikan tetamu, dan itulah yg kita lakukan terhadap mereka.

Kenyataan W.Moorty ini seolah2 kita tumpangkan dia dirumah kita, dilayani dgn baik, berkongsi atap dan makan bersama selama 60 tahun tiba dia mengadu ke tetangga bahawa dia diperlakukan dgn buruk sekali.

Kelihatannya Tun M dan DSAI mengambil jalan selamat. Kerana kedua2nya perlukan dukungan DAP utk menempatkan posisi dikerusi M1. Sebb itu kita lihat statement mereka tidak melambangkan mereka menolak ICERD dibimbangi akan melukakan hati Abang Besar yg menjadi King Maker dalam PH.

DSAI cuba mengalihkan isu kemarahan Umat Islam Melayu terhadap ICERD kepada 1MDB  seolah Tun M tidak punya rekod buruk terhadap penyelewengan wang negara.Semuanya telah bersih selepas BN tumbang.

Sepertinya PAS tidak sensitif kepada isu penyalah gunaan kuasa!..kesian bila Melayu mudah lupa....ini zaman Digital..semuanya bisa dijejaki..dimana mahu diletakkan muka bila video lama2 diviralkan kembali......apakah anda menjilat ludah sendiri atau atas kepentingan Politik peribadi anda, anda buat muka tebal,pekakan telinga dan butakan mata dan hati.

Dan yang paling jaguh adalah LGE dan DAP utk memperjuangkan Malaysian Malaysia negara harus lakukan retifikasi ICERD. Melalui wakil Batu Kawan isu ini dibicarakan di Parlimen. Ayam tambatanya adalah Wayta Moorti dan Mujahid.
W.Moorti anak Panahnya Mujahid pula menjadi perisai...

Apabila mereka sedar akan kebangkitan umat Islam Melayu menentang ICERD..cepat2 LGE membuat statement bahawa isu ini diserahkan ke Tun M. Mengapa harus baling batu sembunyi tangan..gentlemen lah sikit.
Seperti biasa Tun M akan salahkan orang lain..mencari "scape goat". Kali ini Zahid Hamidi yg jadi mangsa...katanya memancing emosi org2 Melayu. KALAU anda mengikuti Tun M dari tahun 1980 anda akan tahu sifatnya yg.tidak pernah mengaku salah.....Baling Batu Sembunyi Tangan.

Sy melihat semua mereka agak keteteran dalam menangani isu ini. Sbb itu perbahasan diparlimen tidak ada sesiapa dari PH yg membela W.Moorti apabila beliau dibalun oleh YB Pembangkang. Siapa buka mulut pasti akan menerima padah bukan diDewan tapi dari Umat Islam Melayu yg menjadi Majoriti dari penduduk Malaysia.

LGE,DAP dan PH harus ingat bukan semua orang Melayu boleh dikasi dedak....cuma 26% sahaja dan itulah yg menyebabkan PH menang dgn 30% undi Non Muslim. Dan dari 26% itu bukan semuanya pengundi tegar PH..majoriti memilih PH kerana mahukan perubahan dari kesempitan hidup dgn kos sara hidup yg tinggi, janji manis manifesto dan fitnah yg dimainkan oleh PH sendiri.

Walaupun menang disemua PRK bukan menjadi ukuran untuk DAP campur tangan dalam urusan agama Islam dan budaya Melayu.

Sy melihat bukan PAS dan UMNO sahaja tetapi anak2.muda, NGO2 Islam dan PAKEDA juga turut bersuara..
Inilah yg amat menakutkan LGE dan DAP...faktur ini juga menyebabkan DSAI panik terpaksa membuat statement yg lembut supaya kerusi M1 bisa diamankan. Bak.kata2 teman di Indonesia PH hari "kebakaran jenggot" dalam menangani isu kebangkitan Umat Islam Melayu yg mereka mulakan dgn isu ICERD dan Video W.Moorti.

Lebih banyak pimpinan PH bersuara akan bertambah gawat lagi suasana....

Ini isu anugerah Allah kepada umat Islam di Malaysia seperti kecoplosan AHOK yg menyatakan jangan mahu dibohongi oleh surah Al Maidah ayat 51. Isu inilah yg mematikan karier politik AHOK dan beliau kalah di pemilihan Gabenor Jakarta. Gelombang kebangkitan Umat Islam tidak berhenti di Jakarta bahkan terus hidup sehingga PDIP dan JOKOWI yg menjadi pembela Islam liberal ditumbangkan dalam PELIEG DAN PILPRES 2019 mendatang.

Sy berpendapat ISU ICERD dan Video Wayta Moorti akan menjadi "killer issues" dalam menumbangkan PH pada PRU15. Kecuali kalau Melayu mudah lupa dan diam dgn habuan dedak.

Bersatulah Umat Islam..Biarlah Islam memimpin insyaAllah keadilan dapat ditegakkan keatas semua kaum dan agama.

Sesungguhnya kami tidak rasis.Anda sendiri telah merasakan hidup harmoni bersama kami lebih dari 60 tahun.

Game ini anda yg mulakan dan bukan kami...PH yg mulakan bukan kami orang Melayu Islam.

Allahu akhbar..Allahu akhbar...

Abu Izzat Al Fateh
Sg. Udang
19/11/18.

Monday, November 19, 2018

100 dalil gabungan Pas-Umno bakal tumbangkan PH

KUALA LUMPUR - Kerjasama strategik Pas-Umno dinilai bakal mengalahkan PH dalam PRU15 nanti berdasarkan 100 dalil yang dikongsikan seorang pemerhati politik.

Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi melalui perkongsiannya menggariskan keputusan PRU14 yang diraih Pas dan Umno yang berada dalam komponen BN.

Antara dalil itu adalah kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno untuk menguasai majoriti di Parlimen berdasarkan kajian kuantitatif Ilham Centre.

Berikut merupakan 100 dalil bertajuk Kerjasama Pas-Umno: 100 Fakta Kuasa Melayu-Islam yang dikongsikan Abdul Muein:

1. Kerjasama strategik Pas-Umno bakal mengalahkan PH dalam PRU15 kelak kerana hanya perubahan sekitar 11 peratus undi Melayu diperlukan Pas dan Umno untuk menguasai majoriti di Parlimen (kajian kuantitatif Ilham Centre).

2. Undi Umno dalam PRU14 lalu ialah 2.5 juta.

3. Undi Pas dalam PRU14 lalu ialah 2.04 juta.

4. Usaha PH mengubah sistem pilihan raya daripada ‘First Past the Post’ kepada ‘Proportionate Representative’ dalam PRU15 juga akan memberi kelebihan besar kepada gabungan Pas-Umno berdasarkan pola undi popular dalam PRU14 lalu.

5. Undi popular kedua-dua Pas dan Umno jauh meninggalkan undi Bersatu iaitu 700 ribu dalam PRU14 lalu.

6. Undi Amanah pula sekitar 640 ribu – dan rentetan kenyataan apologetik Menteri dari Amanah dalam isu sebatan golongn lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan ‘Hifz al-Din’ serta persepsi syiah yang sukar ditepis, pengaruh parti tersebut dijangka terus merosot teruk. 

7. Demikian juga undi Melayu-Islam yang diperoleh PKR boleh digugat dengan pelbagai isu dalaman dan luaran yang bakal menjejaskan 2.1 juta undi popular mereka dalam PRU14 lalu.

8. Pengakuan terbuka Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bahawa Umno sedang berusaha untuk kembali menjadi kerajaan dengan kaedah rundingan seolah-oleh membenarkan desas-desus kerjasama Umno-PKR (Anwar) di balik tabir.

9. Tindakan Zahid ‘merestui’ niat Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim untuk berkempen menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Port Dickson menjadi petunjuk tambahan.

10. Sekiranya terbukti benar, maka Zahid kini sedang dalam langkah membentuk kerjasama bukan sahaja Umno-Pas, tetapi juga Umno-PKR (Anwar).

11. Ditambah pula dengan kunjungan hormat Anwar bertemu Tan Sri Taib Mahmud, tokoh Parti PBB yang paling berpengaruh di Sarawak memberi satu bayangan: 13 kerusi parlimen diterajui PBB yang kini dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terlibat dengan percaturan penting.

12. Malah, jika Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak mengharamkan Umno susulan isu 1MDB, ahli Umno boleh segera menyertai Pas – atas dasar kerjasama pemimpin Pas-Umno ketika ini – sebagai reaksi balas untuk mewujudkan blok lawan yang kuat menghadapi PH dalam PRU15.

13. Demikian juga jika PKR berpecah susulan pemilihan 2018, kem PKR yang mesra dengan rundingan Zahid boleh bekerjasama secara tidak langsung dengan Pas dalam menghadapi lawan PKR yang pastinya cenderung kepada Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Dr Mahathir.

14. Penguasaan Pas di Kelantan dan Terengganu serta Umno di Perlis dan Pahang bakal diperkukuhkan hasil pemupukan persefahaman Pas-Umno menjelang PRU15.

15. Isu kebajikan rakyat terutamanya di bawah rejim PH yang bersifat neoliberal dengan mengutamakan pengurangan perbelanjaan awam boleh dipantau bersama Lajnah Kebajikan Pas dan Biro Kebajikan Umno.

16. Melalui kerjasama strategik Pas-Umno, mereka boleh melimpahkan lebihan undi mereka di Pantai Timur ke Pantai Barat melalui penempatan semula daftar pengundi dalam kalangan penyokong mereka.

17. Malah penguasaan PH yang diterajui Bersatu di Kedah juga bakal ditamatkan – dibantu kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang masih tiada visi dan dipersoalkan ahli bawahan PH sendiri.

18. Kerajaan PH di Perak juga akan runtuh memihak kerjasama Pas-Umno. Ditambah pula dengan sikap DAP yang dikenang mendesak jawatan Speaker Dun dan tuntutan tanah 999 tahun.

19. Pergolakan dalaman PKR antara kem Anwar-Rafizi-Abdullah Sani-Nurul Izzah-Saifuddin Nasution bertembung dengan Azmin-Zuraida Kamaruddin-Amirudin Shari-Tian Chua-Dr Afif Bahardin-Latheefa Koya bakal memungkinkan cah keting berlaku sesama PKR pasca Pemilihan 2018 menuju PRU15.

20. Isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir kepada Anwar bukan sahaja bakal memberi impak kepada politik dalaman PKR, bahkan juga perpecahan antara sesetengah pemimpin dan ahli parti PH; terutama sekali antara Bersatu dengan PKR, PKR dengan Amanah. Kemungkinan besar ‘cah keting’ antara Bersatu dengan PKR (Kem Rafizi-Abdullah Sani-Anwar) dalam PRU15 kelak juga sukar untuk dinafikan.

21. Kewujudan gabungan Pas-Umno sebagai satu benteng yang kukuh dalam menghadapi PRU15 bakal menarik undi protes segmen PKR, Bersatu, mahu pun Amanah yang terpinggir susulan peralihan kuasa Dr Mahathir-Anwar.

22. Pemberian royalti petroleum lima peratus kepada Kelantan dan Terengganu bakal membantu kedua-dua kerajaan negeri Pas tersebut untuk melonjakkan prestasi kerajaan negeri sekali gus mengukuhkan sokongan kepada kerjasama Melayu Islam Pas-Umno. Apatah lagi jika 20 peratus diberi seperti mana Manifesto PH.

23. Perlu diingat, pihak berkuasa di Sabah dan Sarawak kedua-duanya masih menuntut royalti petroleum daripada PH seperti mana yang dijanjikan PH dalam PRU14 lalu. Sabah secara khusus menuntut 20 peratus royalti seperti mana yang terkandung dalam Buku Harapan.

24. Sebaliknya, kerajaan PH khususnya Azmin dan Dr Radzi Jidin jelas cuba mengelak daripada memberikan 20 peratus royalti kepada kesemua negeri pengeluar minyak dengan pelbagai alasan. Sepatutnya royalti petroleum juga dibayar kepada empat negeri pengeluar setidak-tidaknya Oktober 2018. Namun hingga kini keputusan akhir belum dibuat PH.

25. Berbeza dengan pemahaman kebiasaan pemberian royalti yang melibatkan ‘hasil pengeluaran’, PH sebaliknya cuba mencari jalan dengan mereka kaedah pengagihan baharu iaitu pemberian berdasarkan ‘hasil keuntungan’.

26. Cadangan pembayaran daripada hasil keuntungan ini ditolak keras Kerajaan Pas Terengganu, PAS Kelantan dan GPS Sarawak kerana ia bertentangan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Malah, ia juga mengurangkan hasil yang sepatutnya menjadi hak negeri-negeri pengeluar petroleum.

27. Negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis juga dihukum dari segi agihan ahli parlimen di mana ahli parlimen PH menerima RM500k berbanding RM100k sahaja bagi ahli parlimen pembangkang termasuklah Umno dan Pas.

28. Malah, tindakan PH cuba membatalkan projek ECRL sepenuhnya di Pantai Timur seolah-olah menghukum dan menafikan majoriti orang Melayu Pantai Timur dari mencapai pembangunan strategik jangka panjang – tanpa sebarang perancangan alternatif.

29. Berdasarkan pengumuman Dr Mahathir bahawa bajet 2019 bakal menyaksikan banyak pihak tidak berpuas hati, ia akan menjadi kesilapan besar jika royalti kepada Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak dikurangkan.

30. Kerjasama Pas-Umno di Semenanjung bakal menarik (atau memperkuat) Umno Sabah (bahkan juga Warisan) dan GPS Sarawak seandainya cara PH menangani isu royalti berterusan tidak cermat.

31. Apatah lagi dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja lagi, tentunya GPS ingin memanfaatkan royalti minyak tersebut untuk membuktikan kewibawaan kerajaan mereka.

32. Senario ini membayangkan kemungkinan PH terpinggir ke sokongan masyarakat Cina bandar di Pantai Barat Semenanjung – dengan Umno-Pas-PKR (Anwar) bakal berpeluang menubuhkan kerjasama politik berskala besar bersama-sama Gabungan Bersatu Sabah (GBS) atau bahkan Warisan Sabah dan GPS di Sarawak.

33. Tindakan PH mengangkat individu yang mendedahkan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong sebagai Penasihat Perdana Menteri akan dikenang sebagai cabaran kepada institusi Beraja. Demikian juga tindakan PH yang tidak mengambil tindakan ke atas pengarang Sarawak Report yang memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam kes Jho Low dan TIA bakal memberi mesej kelemahan memelihara maruah institusi beraja.

34. Timbulnya cadangan untuk menurunkan had usia layak mengundi juga bakal memberi impak ke atas pola undian PH – dengan demografi Melayu dan Bumiputera mengatasi kadar kelahiran bukan Melayu. Sekali gus manfaat kepada Pas-Umno (+PKR Anwar).

35. Tindakan Dr Mahathir yang berterus-terusan melempar tuduhan bahawa Orang Melayu ‘malas’ dan ‘mengharapkan bantuan tongkat kerajaan’-sedangkan keluarga beliau sendiri kaya-raya dilimpahi projek-projek kerajaan-bakal memberi kesan jangka panjang mengalih sokongan kepada Pas-Umno.

36. Kegagalan Manifesto PH seperti Janji 100 Hari PH juga bakal mengalih sokongan PH kepada gabungan Pas-Umno sebagai satu-satunya blok pembangkang tunggal.

37. Isu kegagalan menunaikan manifesto ini lebih terkesan ke atas undi PH di kawasan bandar dan separa bandar dijangka memberi impak di Selangor dan Johor.

38. Senario sebegini dibuktikan dengan jelas dalam PRK Seri Setia di mana PH hilang 15,000 undi yang mereka perolehi dalam PRU14 lalu. Demikian juga kemerosotan teruk undi PH di Sungai Kandis.

39. Tindakan PH mengurangkan bantuan kepada segmen penerima BR1M – dengan cadangan jelas Dr Mahathir untuk menghapuskan BR1M secara perlahan-lahan akan memberi kelebihan besar kepada kewujudan blok pembangkang Pas-Umno tanpa tiga penjuru.

40. Gandingan Pemuda Pas dan Pemuda Umno akan dapat disinergi di bawah pimpinan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi lulusan Portsmouth University United Kingdom (UK) dan Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki lulusan Loughborough University, UK.

41. Saiz jentera penerangan dan media Pas dan Umno bakal mengasak kerajaan PH dengan lebih agresif hasil kerjasama Pas-Umno. Koordinasi pemilihan isu untuk dipermasalahkan antara Pas dan Umno juga akan wujud, menjadikan tekanan ke atas PH seperti dalam sistem politik dwi-parti.

42. Pas Sabah juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang sedang didaftarkan sebagai blok pembangkang tunggal di Sabah. Setakat ini GBS menyatukan Umno, Parti Bersatu Sabah (PBS), dan STAR.

43. Polemik yang tidak sepatutnya dalam hal ehwal agama Islam seperti isu sebatan LGBT di Terengganu boleh dihadapi dengan suara yang lebih besar hasil kerjasama Pas-Umno.

44. Lajnah Perpaduan Nasional Pas dan Biro Pendidikan Politik Umno boleh memantau kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’ dalam pentadbiran PH hari ini.

45. Dalam isu pemilikan hartanah Bumiputera, Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan Pas boleh bekerjasama dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Umno serta Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Umno untuk memantau dan memberi input berguna kepada kementerian PH yang berkaitan.

46. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Pas boleh bekerjasama dengan Biro Kebudayaan Umno dalam memantau dan menambahbaik garis panduan hiburan di bawah kerajaan PH.

47. Dalam isu hal ehwal pertanian dan alam sekitar, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar Pas boleh bekerjasama dengan Biro Asas Tani Umno di seluruh negara untuk mengimbangi dasar-dasar pertanian dan alam sekitar PH di samping saling menambahbaik tadbir urus berkaitan petani dan nelayan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis.

48. Perkiraan undi yang tidak terpecah tiga juga bakal memberi impak ke atas kerjasama Pas-Umno.  Selain daripada PRK Seri Setia baru-baru ini, keputusan PRU14 yang lalu juga boleh dijadikan seperti yang telah disenaraikan oleh Prof Madya Dr Kamarul Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berikut:

49. Di Perlis, iaitu di Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (15306) dan Pas (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2862 undi.

50. Di Kedah, iaitu di Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (12413) dan Pas (12829), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18695) sebanyak 6547 undi.

51. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16975) dan Pas (13375), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

52. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18390) dan Pas (23401), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (28959) sebanyak 12832 undi.

53. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19400) dan Pas (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5919 undi.

54. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-Umno (20830) dan Pas (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9546 undi.

55. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1191 undi.

56. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan Pas (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6636 undi.

57. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18299) dan Pas (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8025 undi.

58. Di Perak pula ialah di Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (13655) dan Pas (12312), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (16753) sebanyak 9214 undi.

59. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-Umno (33341) dan Pas (14948), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (38661) sebanyak 9628 undi.

60. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21555) dan Pas (10135), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (21955) sebanyak 9735 undi.

61. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan Pas (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4953 undi.

62. Di Pahang pula di Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4707 undi.

63. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17628) dan Pas (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6565 undi.

64. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan Pas (14696), engatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5556 undi.

65. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-Umno (22094) dan Pas (14734), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (23998) sebanyak 12830 undi.

66. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan Pas (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3674 undi.

67. Di Selangor pula melibatkan Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-Umno (16636) dan Pas (7220), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (17350) sebanyak 6506 undi.

68. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan Pas (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3229 undi.

69. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21344) dan Pas (8535), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (29842) sebanyak 37 undi.

70. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan Pas (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10106 undi.

71. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-Umno (26127) dan Pas (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1619 undi.

72. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-Umno (19701) dan Pas (6845), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (23840) sebanyak 2706 undi.

73. Di Negeri Sembilan pula di Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-Umno (17845) dan Pas (4347), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (18045) sebanyak 4147 undi.

74. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-Umno (21433) dan Pas (4598), mengatasi undi calon PH-Amanah yang menang (22435) sebanyak 3596 undi.

75. Di negeri Melaka pula melibatkan Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-Umno (27761) dan Pas (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4302 undi.

76. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-Umno (18223) dan Pas (4548), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21511) sebanyak 1260 undi.

77. Di Johor pula adalah di Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan Pas (2962), mengatasi undi calon PH-Bersatu yang menang (21255) sebanyak 2438 undi.

78. Maka sekiranya PH mengekalkan sistem ‘First Past the Post’, selain 54 kerusi yang dimenangi Umno dan 18 kerusi yang dimenangi Pas, adanya 29 kerusi lagi yang berpotensi besar untuk dirampas ke tangan Umno-Pas.

79. Jumlah 101 kerusi ini (54 Umno campur 18 Pas campur 29 Pas-Umno) menyaksikan hanya 11 kerusi Parlimen sahaja yang perlu dirampas daripada PH untuk mencapai angka 112 bagi membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

80. Kerjasama strategik Pas-Umno juga menepati empat kaedah Feqah menurut neraca Siyasah Syariah (Politik Islam). Pertamanya ialah Fiqh Muwazanah (pertimbangan) yang dimaksudkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang bererti “membuat pertimbangan yang wajar dalam beberapa perkara untuk dipilih menjadi keputusan yang terbaik dari segi Maqasid As-Syariah (tujuan mencapai matlamat menegakkan Islam), bukannya meninggalkan syariat”.  Keputusan bekerjasama dengan Umno dan mengelakkan tiga penjuru menjelang PRU15 kelak bakal memberi tamparan hebat kepada lawan politik Melayu-Islam dalam Pakatan.

81. Seterusnya dari perspektif Fiqh Waqi’ (setempat) atau realiti atau fakta, yakni yang dimaksudkan Abdul Hadi sebagai “perkara yang benar-benar berlaku dalam masyarakat, khususnya yang berkait dengan perkara yang mengalami perubahan apabila berlainan zaman dan situasi, sama ada zaman yang berbeza atau daerah yang berbeza jarak jauhnya di antara satu sama lain, serta berlainan kefahaman manusia dan kemampuan”.  Demikianlah Umno hari ini bukan lagi Umno yang dahulu – di mana Umno hari ini lunak dengan agenda ‘Islam Memimpin’ oleh Pas. Kerajaan Pusat hari ini juga bukan kerajaan pusat yang dahulu di mana segmen Melayu-Islam kelihatan lemah berhadapan campur tangan bukan Melayu-Islam yang lantang dan lancing saban hari dalam isu hal ehwal agama Islam.

82. Perspektif ketiga ialah Fiqh Aulawiyyat (keutamaan) yang menurut Abdul Hadi bermaksud “memilih keutamaan daripada beberapa pendekatan, apabila tidak ada pilihan yang lain melainkan memilih yang lebih membawa maslahah (yang terbaik dari segi kebaikan atau manfaat) dalam perkara agama dan dunia, di antara perkara-perkara yang disenaraikan semuanya baik…Begitu juga dalam aspek menolak keburukan dengan memilih yang lebih ringan keburukan atau kurang mudharatnya, apabila tidak ada cara yang lain dalam perkara yang disenaraikan”. Kerjasama dengan Umno mengundang maslahat politik Melayu-Islam di Malaysia yakni penguasaan ke atas kuasa eksekutif, manakala kerjasama dengan PHberisiko seperti kes Raja Kamarul Bahrin (Amanah) yang menyokong pelaksanaan sebat ke atas pasangan lesbian Terengganu, tetapi kemudiannya ditolak hebat oleh Dr Mahathir yang jelas apologetik dan tiada ‘izzah memelihara dan mengangkat kemuliaan Islam secara bertahap-tahap.

83. Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menurut Abdul Hadi maksudnya ialah “memahami dan mengambil kira natijah atau akibat yang positif atau negatif disebabkan daripada melaksanakan sesuatu hukum, sama ada dalam perkara wajib, haram atau harus”. Contoh menarik yang disebut presiden Pas berkenaan ialah cara Rasulullah S.A.W “merahsiakan perkara strategik atau menyembunyikan beberapa tindakan yang diambil mengikut hukumnya kerana mengambil kira akibat selepasnya seperti menangguhkan tindakan meroboh berhala di sekitar Kaabah sebaik sahaja Fathu Makkah…Tujuannya mengambil kira tahap kefahaman penduduk Makkah baru sahaja menganut Islam dan mempersucikan Kaabah secara jahiliah”.  Demikian juga kerjasama Pas-Umno ini mungkin kurang disenangi sebahagian pendukung Pas yang sekian lama berhadapan dengan Umno. Namun harus mereka ingat bahawa Umno yang ditentang selama 22 tahun dahulu kini menjadi Perdana Menteri PH.  Bukannya Umno hari ini yang dipimpin  Ahmad Zahid.

84. Ulama Pas dan ulama Umno bakal menjadi kuasa semak dan imbang yang bersepadu ke atas setiap langkah yang diambil oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa serta kelancangan anasir yang cuba mengambil kesempatan di atas sikap apologetik PH seperti Ambiga yang jelas ‘menampar’ Fuziah Salleh dengan pendirian keras dalam hak perjuangan promosi LGBT.

85. Dalam mendepani isu-isu hal ehwal antarabangsa juga, termasuklah isu dasar luar negara di bawah PH, kerjasama Pas-Umno melalui Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dengan Biro Antarabangsa Umno Misi bantuan kemanusiaan ke luar negara juga boleh diselaraskan antara Pas dan Umno, tidak bersifat ‘ad hoc’ seperti misi bantuan kepada Rohingya sebelum ini.

86. Kerjasama kewangan pendanaan politik untuk agenda Melayu-Islam juga akan dapat dirangka melalui kerjasama Umno-Pas.

87. Suara untuk mempertahankan identiti Melayu Islam sebagai teras peradaban Malaysia bakal diperkasakan melalui persepakatan ini – cukup penting dalam menghadapi kemaraan agenda ‘Malaysian Malaysia’.

88. Kepentingan Melayu-Islam dalam aspek pendidikan seperti pemerkasaan Bahasa Melayu akan dapat dipantau dengan lebih agresif melalui persepaduan Lajnah Pendidikan Pas dan Biro Pendidikan Umno.

89. Institusi Pendidikan Pas seperti Taman Asuhan Tunas Insan (Tasti), Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti), Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), dan pelbagai sekolah serta kolej akan turut menerima sokongan dan dukungan dalam kalangan ahli Umno.

90. Kerjasama Pas-Umno juga akan dapat dilimpahkan ke kerjasama Pas-BN seperti mana kunjungan MIC kepada presiden Pas baru-baru ini. Begitu juga dengan Pas tidak meletakkan calon di PRK Dun Balakong memberi laluan sepenuhnya kepada MCA.

91. Dakwah Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) boleh dilebarkan dengan kerjasama parti komponen BN seperti MIC dan MCA dengan syarat agenda Islam tidak diganggu-gugat.

92. Cabaran dalaman Umno seperti kewujudan suara sumbang yang menyeru Umno ke arah liberal dari dalam boleh diimbangi menerusi kerjasama dengan Pas.

93. Isu Pindaan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dapat diperjuangkan bersama Pas dan Umno ke atas pihak Pakatan.

94. Kerjasama NGO dan parti politik termasuklah NGO Melayu-Islam dengan dua parti Melayu Islam terbesar negara Umno dan Pas boleh diselaraskan untuk penambahbaikan tadbir urus negara.

95. Biro Agama Umno dan Lajnah Dakwah Pas boleh bekerjasama termasuklah dengan kerajaan PH dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia.

96. Muslimat Pas dan Wanita Umno boleh menyelaraskan gerak kerja besar-besaran dalam mempertahankan nilai kekeluargaan Melayu-Islam yang terlalu dilihat ditolak ansur dalam PH.

97. Pembangunan sahsiah dalam kalangan remaja wanita boleh diusahakan secara intensif melalui kerjasama Ameerah Pas dan Puteri Umno agar tidak hanyut mengharungi keterbukaan di bawah PH.

98. Dalam isu hak pekerja dan gaji minimum, Lajnah Pekerja dan Pengguna Pas juga boleh menjalinkan kerjasama strategik dengan Biro Sumber Manusia Umno dalam pelaksanaannya di Terengganu, Kelantan, Pahang, dan Perlis serta di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang dikuasai PH menjelang PRU15.

99. Golongan berpendapatan menengah dan rendah seperti B40 juga memperoleh suara pengimbang melalui kerjasama strategik dua Lajnah Pas dengan dua Biro Umno iaitu Lajnah Ekonomi, Hartanah, & Pembangunan Usahawan Pas dan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas dengan Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Umno serta Biro Kebajikan Masyarakat Umno. Apatah lagi dengan dasar PH yang semakin hari semakin jelas memihak kapitalis kroni sahaja.

100. Kesimpulannya, kerjasama Umno-Pas melalui kerangka Fiqh Muwazanah (pertimbangan), Fiqh Waqi’ (setempat), Fiqh Aulawiyyat (keutamaan), dan Fiqh Ma’alat (implikasi hukum) menjelang PRU15 bakal membawa kuasa politik Melayu-Islam menerajui Malaysia – Islam memimpin mengalahkan anasir-anasir kapitalis kroni, apologis agama, nepotisme keluarga, liberal, dan sekular yang jelas mengambil kesempatan ke atas kerapuhan ideologi PH hari ini.

© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf

Wednesday, November 14, 2018

Tadabur Wahyu Siri 13, 14 & 15

**Tadabur Wahyu Siri 13**

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Maqasid Al-Quran Mengikut Ibnu Asyur*

  Ibnu Asyur berpendapat, mereka yang berkecimpung di dalam bidang tafsir perlu mengetahui maqasid asliyyah dimana Al-Quran diturunkan kerananya.

Beliau telah merumuskan Maqasid tersebut dalam 8 perkara iaitu:

1- Membaiki akidah dan mengajar iktikad yang benar.

2- Membentuk akhlak yang mulia.

3- Menurunkan pensyariatan dalam bentuk hukum-hakam sama ada yang umum ataupun khusus.

4- Memandu urusan pentadbiran ummah.

5- Mengambil pengajaran daripada pengalaman umat terdahulu.

6- Mengajar ilmu-ilmu sesuai dengan zaman wahyu diturunkan seperti pengetahuan dalam membuat penilaian, cara berkomunikasi dan sebagainya.

7- Memberi peringatan sama ada dalam bentuk amaran atau dalam bentuk memberi galakan dan berita baik.

8- Mengandungi 'ijaz Al-Quran yang menjadi bukti kepada kebenaran Rasulullah SAW.

*Tadabur Wahyu Siri 14*

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Ibnu Asyur & Metode Penulisan Tafsir*

Di dalam mukaddimah ke 4 ini, Ibnu Asyur menjelaskan 3 metode penulisan tafsir yang telah diambil oleh para ulama’ tafsir:

1- Pertama mereka yang mentafsir Al-Quran mengikut maknanya yang zahir.

2- Mentafsir  maksud-maksud disebalik dari kata-kata dan lafaz yang zahir menggunakan situasi yang wujud atau ilmu-ilmu semasa.

3- Menghubungkan ayat Al-Quran dengan situasi atau maklumat lain yang bersamaan makna dan keadaannya.

Di dalam muqaddimah ini, Ibnu Asyur menolak pandangan al-Syatibi yang tidak menerima adanya hubungan antara Al-Quran dengan ilmu-ilmu kemanusiaan khususnya yang lahir selepas zaman penurunan wahyu.

*Tadabur Wahyu Siri 15*

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Ibnu Asyur Menolak Pandangan Imam Syatibi*

Di dalam muqaddimah keempat, Ibnu Asyur menolak pandangan al-Syatibi yang tidak menerima adanya hubungan antara Al-Quran dengan ilmu-ilmu kemanusiaan khususnya yang lahir selepas zaman penurunan wahyu.

Ibnu Asyur menolak pandangan tersebut dengan memberikan enam hujah:

1- Pandangan al-Shatibi itu seolah-olah menafikan pertukaran situasi orang-orang Arab dari suasana awal mereka yang tidak memiliki ilmu-ilmu lain kepada keadaan mereka yang bertamadun dan berilmu. Ibnu Asyur menolak pandangan ini dengan membawa hujah dari ayat 49 surah Hud.

2- Maqasid Al-Quran itu sendiri berupa dakwah untuk sepanjang zaman. Oleh itu Al-Quran mestilah mengandungi atau berupaya untuk difahami berdasarkan ilmu-ilmu umat selepasnya.

3- Golongan salaf bahkan al-Syatibi sendiri mengatakan bahawa Al-Quran tidak akan berhenti menunjukkan keajaiban dan mukjizatnya. Keadaan ini tidak akan tercapai jika sekiranya Al-Quran hanya memiliki ilmu umat di zaman ianya diturunkan sahaja.

bersambung...

Disediakan oleh:     
                                                                                                                            Ustaz Rosli                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Tuesday, November 13, 2018

Umur Seumpama Ais

Ketika ada kesempatan, pergilah bersama sahabat sahabat teman, kumpul kumpul bukan sekadar makan minum dan berbual bual, tapi ingat waktu hidup kita semakin singkat.

Mungkin di lain waktu kita tidak bertemu lagi ...

Mungkin di lain waktu kita sudah semakin susah untuk berjalan.

Menghabiskan sebahagian waktu dengan teman atau sahabat akan membuat hidup lebih sehat secara mental dan fizikal ...

Umur kita seumpama ais...Diguna atau tidak, akan tetap mencair ...

Begitu juga dengan umur kita, dimanafaatkan atau tidak, umur kita akan tetap bertambah...
kesihatan kita akn tetap
merasa lemah...

Apa yang harus selalu dilakukan adalah tersenyum dan berfikir positif ...

Air yang mengalir tidak dapat menentang arah, itulah hidup kita ...

Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi, kita akan menjadi tua sakit dan mati ...

Jalanilah hidup ini dgn sabar dan santai ...

Jangan suka mahu menang sendiri ...

Jangan suka menyakiti sesama kita ...

Jangan suka mengeluh ...

Jangan suka mencela ...

Jangan suka berdusta ...

Jangan suka khianat ...

Jangan suka memfitnah ...

Jangan suka mencuri atau mengambil hak orang lain ...

Hiduplah dengan ceria ...
Perbanyaklah waktu untuk berkumpul dengan sahabat, teman dan saudara saudara kita dengan damai ...

Buang jauh jauh sifat ego kita ...bersahabatlah dengan apa adanya, bukan kerana ada apanya ...

Nikmati semua gurau tawa ...

Hargai semua perbezaan ....

Mempercayai kualiti sahabat sahabat kita ...

Jaga perasaan masing masing, tutupi aib mereka dn jangan sekali kali berburuk sangka dalam fikiran kita terhadap mereka.

Bantu ketika mereka terpesong..

Sediakan bahu ketika dia menangis ...

Tepuk tangan ketika dia berjaya...

Sebut namanya dalam doa kita ...

Bukan iri dengki ketika mereka dipuji orang ...

Bukan mencemoh saat tahu dia bersedih ...

Bukan memfitnah ketika dia lebih maju ...

Bukan tertawa saat dia menderita ...

Bersahabatlah dengan hati yang baik dan tulus.

Ketika hati kita baik dan tulus, percayalah ...
Allah juga akan selalu bersama kita.

Ayuh...
terus dan kekalkan ukhwah sehingga Allah memanggil kita pulang kehadratNya ...

Monday, November 12, 2018

Kehidupan Langau dan orang politik

"Adat kehidupan langau mesti mencari sampah".

Sunday, November 11, 2018

JANGAN FIKIR MAHATHIR LEBIH BERSIH DARIPADA NAJIB’ – TUN MUSA HITAM

Tun Musa Hitam dalam satu wawancara dalam program Diskusi, pernah membangkitkan sikap jahat Mahathir yang dianggap sebagai satu dosa besar.

Dalam video yang diterbitkan dalam YouTube atas nama WartaMalayaNews merakamkan wawancara tersebut.

Kata Tun Musa, “Mahathir nak blackmail saya, ‘Kau berhenti kalau tidak aku akan dedahkan aktiviti kau dengan seorang perempuan bawah umor’.

“Dia berdosa.. biarlah dia berdosa besar, dia punya cerita, punya kotor…” tambah Tun Musa.

Walau bagaimanapun Tun Musa Hitam terpaksa tunduk dengan tekanan Mahathir kerana dia berpendapat sekiranya dia melawan diktator zalim itu, dia juga akan mengalami kezaliman sebagaimana yang dialami oleh DS Anwar Ibrahim.

Dengan itu juga Tun Musa Hitam menegaskan, “Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh merasakan dirinya lebih bersih daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.”

Najib ada kekuatan tersendiri tetapi Najib tidak berjuang secara diktator.

Mengakui kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi-tubi daripada Mahathir itu, Musa berkata kesempatan untuk diasak dengan lebih teruk akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak Mahathir.

Jika Najib mengaku salah, maka ia akan menunjukkan kelemahan Najib sekaligus tidak boleh dibiarkan berlaku bila berhadapan dengan seorang diktator.

“Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situlah kekuatan Najib.”

Namun hanya Najib yang tahu dia tidak bersalah dan mahkamah akan membuktikannya. Itupun sekiranya mahkamah tidak dikawal oleh kuasa diktator.

“Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan dia akan mengeksploitasi kamu”, kata bekas Timbalan Perdana Menteri.

Namun hari ini, dia bukan sahaja mengeksploitasi, tetapi dia akan seksa sebagaimana dia menyeksa Anwar Ibrahim.

Melihat kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak mudah mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri.

“Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni.”

Dia (Mahathir) tidak akan sekali-kali mudah mengaku kesilapannya, malah dia akan menyalahkan orang lain jika berlaku kesilapan atas arahannya.

“Tapi saya akui satu perkara, walaupun sesetengah orang tidak menyukainya, sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia sangat menakjubkan,” tambah Musa.

Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.

Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya.

Namun dia butakah dengan sumbangan besar Najib kepada rakyat selama ini terutamanya rakyat miskin tegar dan rakyat miskin bandar?

Menurut Musa, perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti.

Jika ada yang salah, jangan sekali-kali berkata  ‘saya minta maaf’, ia satu kesilapan jika mahu menentang seorang diktator.

“Najib mesti ada keberanian,” ujar Musa lagi.

Dalam perjuangan dengan manusia firaun yang terkenal kerana kediktatorannya, Najib tidak boleh sekali-kali ‘mengaku salah’.

Lawanlah habis-habisan kerana asas senjata diktator hanyalah fitnah dan kedengkian.

Setakat ini, jelaslah bahawa DS Najib telah menunjukkan keberanian dan keperwiraan untuk menentang pemimpin tamak haloba yang pandai menangis dipentas, tetapi penuh hasad dengki di dalam kamar.

Sebagaimana kata The Third Force, “Mahathir is the greatest liar Malaysia has ever seen.”

Akhirnya dia telah tunduk pada Anwar dan kemudian memberitahu media, “Anwar tidak bersalah, Anwar dizalimi, maafkan dosa silam saya.”

Namun kenyanyukan diktator itu juga sudah beberapa kali tertonjol akhir-akhir ini. Bukan salah dia, tetapi itulah ketentuan Tuhan, setiap yang bermula akan berakhir juga nanti.

Setiap yang sihat akan sakit, setiap yang sempurna akan rosak juga pada penghujung usia.

(Dipetik daripada group whatsapp)

Tadabur Siri 12

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Maqasid Al-Quran Mengikut Ibnu Asyur*
 
Ibnu Asyur menjelaskan bahawa Maqasid Al-Quran ialah menerangkan perlakuan yang membawa kepada penjagaan terhadap agama.

Iradah Allah SWT telah berkehendakkan bahawa kitab suci Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab yang jelas sebagai wahyu sementara orang-orang Arab menjadi tulang belakang kepada agama berdasarkan kepada hikmah-hikmah berikut:

1- Bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih serta mudah tersebar. Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang mengandungi maksud yang mendalam dengan ibarat yang pendek.

2- Sementara pemilihan orang-orang Arab sebagai tonggak agama dan peneraju kepada perjuangan baru ini ialah kerana keadaan mereka yang terselamat daripada situasi kemewahan yang telah berlaku di dalam persekitaran mereka pada ketika itu. Dengan itu banyak sahaja ayat-ayat Al-Quran yang menujukan arahan serta pengajaran mereka terhadap orang-orang Arab secara khusus.

Namun demikian, perlu sekali disedari bahawa keadaan di atas bukanlah bermaksud bahawa syariah Islam diturunkan hanya kepada mereka sahaja bahkan syariah Islam adalah diturunkan untuk seluruh manusia di sepanjang zaman.

Bersambung.....

(Disediakan oleh : Ustaz Rosli)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Saturday, November 10, 2018

Tadabur Siri 11

*Ringkasan dan Ulasan Kitab al-Tahrir wa al-Tanwir Oleh Ibnu Asyur*

*Maqasid Al-Quran Mengikut Ibnu Asyur*

Di dalam mukaddimah keempat, Ibnu Asyur membincangkan isu berkaitan maqasid Al-Quran. Ketika membincangkan topik ini, Ibnu Asyur menyatakan bahawa salah satu kewajipan ahli tafsir ialah mentafsir Al-Quran berdasarkan kepada maqasid yang betul seperti mana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Mengikut Ibnu Asyur, kitab Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT untuk membawa kebaikan dan rahmat dalam urusan manusia keseluruhannya. Perkara ini berlaku apabila mereka melaksanakan ajaran dan mematuhi apa yang dituntut oleh Allah SWT. Dengan itu Allah SWT menerangkan setiap perkara yang perlu diketahui sebagai petunjuk dan rahmat kepada manusia.

Kebaikan yang dibawa itu bersifat individu, berbentuk didikan terhadap jiwa dan penyucian jiwa. Perkara itu berlaku dengan penekanan terhadap etika kerana etika adalah asas kepada terbentuknya adab dan pemikiran seterusnya dari situ terpancarnya kebaikan individu biarpun ketika bersendirian.

Pendidikan jiwa dilakukan dengan pensyariatan ibadah yang zahir seperti solat serta ibadat batin seperti berakhlak dengan akhlak yang mulia dan menjauhi sifat-sifat keji seperti hasad dengki dan sombong.

Adapun islah terhadap masyarakat ianya berlaku dengan adanya islah secara individu, kerana individu adalah komponen bagi masyarakat. Tidak akan terbentuk masyarakat yang mulia kecuali apabila terbentuknya individu-individu yang mulia terlebih dahulu. Dengan itu Islam telah membawa ajaran yang mengatur kehidupan bermasyarakat berupa tatacara-tatacara bermuamalat atau dinamakan dengan as-siasah al-madaniyah.

Adapun Maqasid Al-Quran dari sudut penjagaan terhadap ketamadunan manusia, maka ia adalah lebih luas dari apa yang telah dibincangkan di atas. Ia adalah penjagaan terhadap sistem dalam dunia Islam, pengawasan terhadap tindak-tanduk kelompok masyarakat serta hubungan mereka dengan kelompok yang lain. Kesemua itu demi menjaga kepentingan semua pihak. Ia dikenali sebagai ilmu umran atau ilmu ijtima'

Bersambung......

(sumbangan Ustaz Rosli)

Tuesday, November 6, 2018

ICERD - Faham Tak Perlembagaan?


Kepada Menteri Dato Saifuddin Abdullah,

Saya letakkan dihadapan anda senarai petikan dari tokoh dalam bidang perundangan dan pakar perlembagaan yang mungkin 'TAK FAHAM PERLEMBAGAAN';

1) Tun Abdul Hamid - Mantan Ketua Hakim Negara

"Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/icerd-rugikan-bumiputera-tun-hamid-1.778610#ixzz5VfnANxgv

2) Tuan Hj Haniff Khatri - Peguam Kanan Kes Tun Dr. Mahathir

Beliau secara amnya turut membangkitkan ketidaksetujuan beliau dalam isu ratifikasi ICERD atas hujah-hujah pencabulan Perlembagaan.

Rujuk rakaman video beliau disini: https://youtu.be/XyIsdNnalnY.

3) Tuan Lukman Sheriff - Peguam & Exco Malaysia Bar Council

"Definisi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan; MARA hendaklah ditutup; MRSM hendaklah ditutup; UiTM ditutup; Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan; Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi; Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan; Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan; Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendakalah dihapuskan."

Baca lanjut disini: https://www.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10155469769517820

4) Tuan Yusfarizal bin Yusoff - Peguam (Bakal bertanding untuk jawatan Exco Bar Council)

"Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebat antarabangsa, sebagaimana Arab Saudi dan Yemen. Ertinya, jelas lagi bersuluh bahawa ICERD adalah hak asasi acuan barat, yang tidak sesuai sama sekali dengan acuan Malaysia, sehingga hampir mustahil untuk menerimanya tanpa merombak hampir keseluruhan asasnya."

Baca lanjut disini: https://www.facebook.com/yusfarizal.yussoff/posts/10216804079801901

5) DATUK SALLEH BUANG - Mantan Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

"Andainya konvensyen ini dilaksanakan di negara ini, beberapa institusi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Rejimen Askar Melayu terpaksa dimansuhkan. Beberapa undang-undang lain yang telah wujud ratusan tahun seperti Enakmen Tanah Rizab Melayu (yang menjadi asas perundangan tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung) juga terpaksa dimansuhkan."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/rekreasi/rakyat-bantah-ratifikasi-icerd-1.777481#ixzz5VfrGYUfU

6) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar - Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
"Ini kerana ia melibatkan pelbagai implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-terburu-buru-ratifikasi-icerd-1.775854#ixzz5VfrgODav

7) Pn. Ilyanie Khuszairy - Peguam Tun Dr. Mahathir & Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)

"Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi untuk menghapuskan kleptokrasi, korupsi para pemimpin terdahulu dengan menggadaikan maruah dan kedaulatan Raja berperlembagaan??"

Petikan Facebook beliau: https://www.facebook.com/ilyanie.khuszairy

8 ) Dr. Muhammad Fathi Yusof - Penyelidik Undang-undang & Perlembagaan UTM

"Peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak persamaan dari aspek agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir sudah cukup kuat melindungi rakyat Malaysia. Kenapa kita perlu bergantung kepada undang-undang antara bangsa dalam soal dalaman negara kita sendiri."

Baca lanjut disini: https://bit.ly/2qokvu1

9) Ahmad Yazid Othman, CEO of Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Lukman Sheriff Alias, founder of Malaysian Lawyers Circle (MLC); and Aidil Khalid, activist with Concerned Lawyers for Justice (CLJ) - Joint Statement

"We believe that Malaysia have not signed ICERD all these years for various reasons, and it is certainly not due to racist or supremacist ideology, but rather for the sake of developing and uniting a diverse melting pot of culture in Malaysia."

Baca lanjut disini: https://bit.ly/2P66TCg

10) Prof Dr. Torla Hassan - Pengerusi Panel Hak Asasi Manusia Majlis Dakwah Negara

"ICERD bertujuan menghapus segala bentuk diskriminasi, termasuk 'diskriminasi positif' seperti hak orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan istimewa agama Islam dan Raja-Raja Melayu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,"

Baca lanjut disini: http://www.1media.my/2018/11/icerd-bukan-semua-nilai-baik-global.html

Maka Dato Saifuddin Abdullah,

Dari kesepuluh (malah ramai lagi) pakar perlembagaan dan pakar perundangan yang telah sebegitu lama ahli dalam bidang mereka ini, sebutkan pada rakyat, celah mana yang kamu wahai Menteri, lebih arif dan bijak dari mereka ini?

Jom bantah dan tandatangan petisyen BANTAH RATIFIKASI ICERD disini: https://chn.ge/2O2o7ep

Untuk faham lebih lanjut tentang ICERD klik sini: https://www.facebook.com/669402819/posts/10155475087442820/

Hidup Rakyat!

Hazwan Mohamad
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC)
2/11/2018