Thursday, September 23, 2010

SEDAPNYA NASI MENDY



Nasi Mandi atau Mandey Rice mungkin tidak asing bagi mereka yang sering berkunjung ke Asia Barat atau khususnya Makkah. Tidak seperti nasi Melayu yang mempunyai pelbagai masakan berlauk dan sayuran, Nasi Mandi mudah dan tanpa itu semua.

Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk ke Makkah atau tempat lain di Asia Barat, mereka juga kini sudah boleh menikmati hidangan masakan Arab seperti Nasi Mandi di Malaysia. Pelbagai restoran Arab kini seperti cendawan tumbuh. Malah gerai-gerai masakan Arab juga sudah ada di Food Court di Pusat Beli Belah.

Bukan sahaja di kawasan lambakan warga Arab di Ampang, restoran eksklusif Arab juga terdapat di Sri Petaling, berhampiran Stadium Bukit Jalil. Restoran Al-Diafah tidak asing bagi mereka yang meminati masakan Arab.

Berkunjung ke restoran itu untuk meraikan Hari Ulang Tahun isteri pertengahan September lalu seakan berada di negara Arab. Hiasan dalaman berkonsepkan Arab menyebabkan kita berasa tidak berada di Malaysia.

Bayaran untuk sekeluarga seramai lapan orang kira-kira RM500 atau kira-kira RM60 seorang, berbaloi jugak. Masing-masing dengan citarasa sendiri. Tapi sudah tentu saya pilih Nasi Mandi kerana lama tak pekena sejak ke Makkah lebih dua tahun lalu.

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan,
tuan kan org news,main sikit la cite ni bagi harga nasi mandi ni kurang sikit.
bayangkan dekat rest mekah yg dah tutup tu sbb pembangunan,cuma $14 je sepinggan dan boleh makan 2 ataupun 3 org..kenyang lagi.
tok arab mai nego sini nampaknye macma nak mencekik saja..

LEKLOOK said...

Biar mahal dulu. Nanti kalau restoran depa dah banyak kat sini murahlah. Tambah-tambah bila orang Jowo tahu buat sendiri dan bukak restoran.