Sunday, August 22, 2010

UBAT MUJARAB DI PEOPLE CONNECT

Minggu lalu sebuah konglomerat media mengadakan majlis Iftar untuk seluruh warga kerjanya dan meraikan anak-anak yatim. Tanpa diduga kakitangan sebuah jabatan kecil dalam rangkaian syarikat itu terhalang untuk menikmati juadah berbuka.

Mereka tidak berkesempatan untuk bersama-sama memenuhi meja jamuan kerana kekangan kerja. Namun pihak penganjur ada menyediakan sajian buffet untuk mereka yang sedang bertugas. Bagaimanapun entah di mana silapnya, kakitangan jabatan kecil itu dihalang untuk mengambil juadah buffet itu kerana kononnya untuk warga kerja jabatan yang sudah ‘establish’.

Kerana rasa terkilan beberapa kakitangan jabatan kecil itu meluahkan rasa hati melalui kemudahan interaktif dalam intranet yang baru diperbaharui dan diberi nilai tambah. Kesannya amat menakjubkan. Pihak pengurusan tingggi mengesan kepincangan majlis itu.

Namun apa yang dikesali beberapa komen di dalam sistem itu oleh kakitangan jabatan kecil berkenaan dipadamkan. Sebaliknya apa yang muncul mengantikan komen berkenaan adalah puji-pujian dan ucapan tahniah di atas penganjuran majlis iftar itu.

Kemudahan interaktif berkenaan sebenarnya alat yang amat berkesan bagi pengurusan atasan memantau kepincangan pentadbiran terutamanya jabatan yang berasaskan perkhidmatan. Komen-komen yang berterus terang tanpa mengira batas dan peringkat jawatan memudahkan pengurusan atasan bertindak segera tanpa kekangan birokrasi.

Kaedah itu jugalah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan beberapa menterinya dalam menyelami isi hati rakyat terhadap pentadbirannya. Blog, facebook dan twitter kini sudah tidak asing lagi bagi Perdana Menteri menyalur maklumat dan menerima tindak balas daripada rakyat.

Dalam konteks syarikat, amalan itu seharusnya tidak disekat walaupun didakwa ada alternatif lain untuk menyelesaikan masalah. Ini kerana kemudahan itu sudah tersedia untuk warga kerjanya berinteraktif dan memberi pandangan.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Jadi jangan diselindung dan diselewengkan, kerana selepas ini mungkin ada lagi komen yang pahit tetapi mujarab oleh kakitangan terhadap pihak pengurusan bagi memperbaiki mutu kerja dan perkhidmatan.

5 comments:

AkaZukii ChaCha said...

salam ciklok,

lama tak jenguk, sekali "wajah" baru gitu blog ciklok ni...:)

AkaZukii ChaCha said...

selepas baca semula entry ni macam dapat relate je...hehe

power to the people tak gitu ciklok? freedom of expression..selagi tidak memincangkan...setuju.

LEKLOOK said...

Setuju banget Nurul......pernah mengalaminye ke?..

AkaZukii ChaCha said...

dalam konteks 'people connect' tak pernah lah hehehe..tapi sy alami skrg dalam konteks 'e-aduan uitm' ..gist of the story: truth hurts, if you complaint you get hurt even more..clok windu ofs dan kegilaan dramanya di situ hehehe kem salam semua...

LEKLOOK said...

Nurul, mailah jenguk sesekali. No hal.