Sunday, May 30, 2010

MAJLIS BACAAN SELAWAT NARIYAH

اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ








Anak cucu berkumpul.
Membaca Selawat Nariyah sebanyak 4,444 kali yang dikongsi oleh anak-anak dan cucu-cucu serta pelajar-pelajar Maahad Tahfizah bagi meringgankan beban yang ditanggung emak yang menderita sakit angin ahmar. Setiap empat kali bacaan dikira dengan sebiji kacang.
اللهم صل صلاة كاملة، وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذى تنحل به
العقد، وتنفرج به الكرب، وتقضى به الحوائج، وتنال به
الرغائب، وحسن الخواتم وسيتشقى الغمام بوجهه الكريم، وعلى أله
وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك
Allohumma sholli ‘sholaatan kaamilatan wa sallim salaaman taaamman ‘ala sayyidina Muhammadinilladzi tanhallu bihil ‘uqodu wa tanfariju bihil qurobu wa tuqdho bihil hawaaiju wa tunalu bihir roghooibu wa husnul khowaatimu wa yustasqol ghomamu biwajhihil kariem wa ‘ala aalihi wa shohbihi fie kulli lamhatin wa nafasim bi’adadi kulli ma’lumin laka

BERKUNJUNG KE 'ISTANA' BETENG BERAS BASAH

Beteng Beras Basah di muara Sungai Perak di Bagan Datoh. Tempat ini adalah destinasi terakhir proses pertabalan Sultan Perak. Sultan yang akan ditabalkan biasanya akan mudik ke hilir sungai dan perlu menjejakkan kaki di benteng berkenaan.

Walaupun menjadi anak Bagan Datoh dan hanya beberapa minit perjalanan berkereta dari rumah, kunjungan ini adalah yang pertama buat saya ke kawasan berkenaan.

Namun ketika kecil dulu pernah mengikuti rombongan Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat yang diketuai bapak sebagai mudirnya. Bot nelayan yang disewa tersangkut di beteng berkenaan ketika dalam perjalanan pulang dari pantai Teluk Batik.

Kunjungan Jumaat lalu disertai beberapa orang adik-beradik rupanya sudah diduga oleh penjaga kawasan ini, walaupun kami tidak memberitahunya hasrat itu. Penjaga berkenaan yang bukan sentiasa berada di kawasan ini, sampai beberapa minit sebelum ketibaan kami.

Kami diberitahu oleh seorang daripada adik-beradik supaya memberi salam dan bersedekah Fatihah sebelum melangkah ke jambatan ini. Tiada pantang larang. Cuma pengunjung diminta tidak mengotorkan kawasan dan menjaga percakapan.

Mengikut sejarah kawasan ini adalah pendaratan pertama Sultan Perak ketika membuka negeri. Dan pondok 'istana' itu adalah tempat baginda mula ditabalkan. Menurut penjaga kawasan, lambang di dinding 'singgahsana' itu adalah bendera asal negeri Perak.

Manakala bendera Perak, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor yang terpacak di tengah beteng yang ditengelami air laut itu melambangkan asal-usul sultan yang ada kaitan dengan negeri-negeri berkenaan.

Ketika kami pulang menyusuli jambatan ini, sekumpulan burung-burung tiba-tiba muncul di atas kepala mengiringi kami sehingga ke penghujung jambatan.

Saturday, May 22, 2010

SYAFINAZ TINGGALKAN TV9




Semalam seorang kakitangan perintis Jabatan Berita & Ehwal Semasa TV9, Syafinaz Yunus meninggalkan stesen untuk berhijrah ke stesen TV Al-Hijrah. Majlis perpisahan diadakan untuk beliau. "A quiter never win, a winner never quit", itu antara intipati ucapan saya semalam. Namun saya juga menegaskan, berhijrahlah untuk mencari sesuatu yang lebih baik bagi diri anda, keluarga dan ummah. Nabi Muhammad juga pernah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Dan semua manusia pastinya juga akan 'berhijrah'.

Thursday, May 20, 2010

SHOPPE SINGAPURA





























Singapura - ada bulan karnival beli-belah. Selain YES pada bulan Disember, Jun juga antara bulan jualan murah. Tapi tidak kurangnya sale di Kuala Lumpur melainkan design terkini ada di Singapura. Di Bandung pula, walaupun harganya murah di factory outlet tetapi tiada ketulenan dan jenamanya. Pilihan di tangan kita!

Monday, May 17, 2010

DUNGUN KOPITIAM







.....sebagaimana yang dicadangkan oleh Datuk Ahmad A. Talib kepada saya. Boleh tahan...!